Saturday 6 June 2015

Aduh... Kenapa aku sakit kepala

Aku masih ingat pada tahun lepas aku diserang sakit kepala misteri. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba je kepala aku rasa pening berpanjangan, pandangan aku berpinar-pinar dan kadang-kadang tu aku rasa letih dan tak bermaya. Kadang-kadang tu aku rasa pandangan aku bergerak-gerak macam nak tumbang. Kalau setakat 2,3 hari tu aku tak hairan. Mungkin aku tak cukup rehat atau tak cukup tido kot. Tapi dah 2,3 bulan tau... jadi aku suspek tekanan darah aku tak stabil. Yelah, masa hamil anak pertama dulu tekanan darah aku kerap jugak rendah. Tapi taklah rendah sangat, setakat 90/60. Rendah ke?... bagi aku biasa je tu.

Mula-mula aku nak ignore je lah mana tahu kot-kot pulih serta merta. Macam-macam dalam kepala aku fikir tentang sakit kepala misteri aku nih. Kot-kot aku pregnant tanpa sedar. Tapi macamana aku boleh pregnant pulak sebab masih dalam perancangan nak tambah lagi. Tapi kalau ada 'tuan' pun apa salahnya kan?. Keh keh keh.. gatal... Aku pun dengan rasa berdebar-debar pergi farmasi beli upt. Dengan perasaan berdebar-debar aku tunggu result upt yang tengah slowly bergerak kat tingkap result. Eh... eh... ceh 1 line je.. kah kah... Aku tak pregnant pun. Aku nak tunggu dulu lah beberapa hari lagi biar kepala aku berhenti pening. Oleh sebab aku ni kerja depan komputer, jadi aku suspek komputer ni pun penyebab kepala aku selalu sakit. Ye ke?. Yelah kot... Pada suatu hari tu aku dengan suami pergi beli barang kat pasar raya. Entah kenapa tiba-tiba pandangan aku rasa berombak dan aku rasa macam nak tumbang. Eh, apasal dengan aku ni?. Masa tu kepala aku still rasa pening. Bukan masa kat pasaraya je, tapi kat rumah pun aku tiba-tiba rasa berpinar. Ahhh tak boleh jadi ni. Aku ada penyakit apa ni?... esok aku decide nak pergi cek dekat klinik. Aku masa ni yakin 99% yang aku sakit kepala sebab tekanan darah tak stabil.

Esoknya aku pergi lah klinik terdekat. Aku cerita la dari A-Z apa yang aku rasa. Doktor perempuan tu mula-mula ingatkan aku pregnant. Tapi masa tu aku baru lepas seminggu datang 'tetamu' jadi memang taklah kan... Lepas tu doktor tu cek tekanan darah aku. Katanya Excellent!!.. Berapa result tu aku tak tanya tapi katanya tekanan darah aku memang ok lah. Pendek kata aku ni memang sihat la. Tiba-tiba dia bangun dan tunjukkan aku sesuatu yang dia tampal kat dinding. satu poster yang ada tulisan-tulisan kat atas tu. Ada tulisan kecik ada tulisan besar. Dia tunjuk tulisan yang agak kecik kat poster tu. "Awak boleh baca tak?" Aku pun perhati jelah tulisan yang dia tunjuk tu. "Erk... tak boleh..". Doktor tu senyum jer, katanya dia boleh baca. Doktor sahkan aku ada rabun silau atau nama saintifik dia 'astigmatisme' dan aku dinasihatkan pergi ke optometris untuk sahkan. Perghh... aku rabun silau rupenye kenapa aku boleh tak tahu. Nasib baik jugaklah aku tak sakit kronik ape-ape. Tapi agak malang bila doktor tu bagi vitamin A berharga RM30.00. Katanya baik untuk mata. Dari aku beli vitamin A yang tak seberapa banyak tu lebih baik aku beli lobak merah RM30.00. Aku pun terus pergi Kat kedai optometris terdekat. Jadi memang betullah aku ada rabun silau. Taklah tinggi sangat. 170 sebelah kanan, 180 sebelah kiri. Hampir cecah 200 jugak lah power dia tu. Patutlah sakit kepala. 

Esoknya aku dan suami pergi ke optometris yang ada doktor mata. Optometris kelmarin xde doktor mata pun. Ada doktor mesin je pun. Hari tu jugak aku dah ada mata empat segi. Macam janggal la pulak pakai spek mata  ni. Dah berpuluh tahun aku hidup di muka bumi tibe-tibe kena pakai spek mata aku rasa janggal. Nasib baik la aku xde rabun jauh. Rabun silau je semata-mata. Doktor cakap rabun silau ni sebenarnya boleh sembuh. Satu lagi katanya, usia macam aku ni kalau ada rabun silau, power dia biasanya dah tak naik. Kalau power aku sekarang ni 170 & 180, power ni akan kekal macam ni lah. Kalau aku masih remaja ada kemungkinan silau tu akan meningkat lagi. Doktor tu pun cakap rabun silau ni boleh turun kalau kita amalkan pemakaian spek ni. Spek ni akan baiki balik titik fokus mata kita. Rabun silau ni walaupun kita anggap biasa tapi boleh undang bahaya jugak. Lebih-lebih lagi waktu malam. Kalau nak drive kita akan rasa semua orang pasang 'lampu tinggi'. Padahal mata kite yang silau. Korang nak tahu tak rabun silau ni apa?. Setahu aku rabun silau ni berlaku bila 2 atau lebih titik fokus berlaku dalam mata (ayat apa aku guna ni?). Jadi korang akan nampak sesuatu objek akan berlapis-lapis. Patutlah aku tengok bulan mengambang malam-malam dah tak cantik macam dulu-dulu. Rupa-rupanya aku ada rabun silau sejak dari sekolah rendah.Sekarang bila aku pakai spek dan tengok bulan, barulah aku nampak bulan tu punyelah comel. Selama ni aku tengok bulan tu berlapis-lapis, Tak nampak bulat. Aku jadi asyik pulak bila dah dapat spek ni. Semuanya dah jadi clear. Tapi bukan mudah nak biasakan pakai spek untuk rabun silau ni. Walaupun mata lebih clear, tapi kepala agak sakit nak terima. Kena paksa diri jugak. Kalau tak paksa diri nanti mata akan lebih sengsara, Kesian mata tau! Jadi aku nak nasihatkan la sape-sape yang ada sakit kepala misteri tu boleh la cek mata kat optometris ye. Tak bayar pun, free jer. Kalau mata korang ok, barulah pergi cek klinik kot2 la bukan disebabkan rabun. Lepas dah dapat spek mata ni, aku baru teringat vitamin A yang aku tertinggal dalam kereta berhari-hari. Cehhhh... dah cair!!kalau vitamin B mesti dah semerbak dalam kereta aku. Cair duit aku 30 hingget... Kahh kahh kahh





No comments: