Sunday 7 June 2015

Ekzema Ketika Dewasa

Asyik nak post pasal kesihatan je kan?. Kelmarin post pasal mata, sekarang aku nak post pasal ekzema pulak. Apebende ekzema ni ek? Sejenis makanan laut ke?. Eh xla, ekzema ni sebenarnya sejenis penyakit kulit tau. (macam la korang tak tahu) Kadang-kadang bukanlah penyakit kulit tapi keradangan kulit atau boleh jadi jugak alahan kulit. Korang pernah ada ekzema tak?. Aku rasa mesti pernah kan. Aku rasa memang benda yang biasa kalau baby yang kena. Biasalah kulit masih sensitif dan  lembut. Biasanya bila baby dh besar sikit ekzema tu akan hilang. Walaupun akan hilang tapi sebagai parents kena jugak perhati dan beri rawatan sewajarnya. Tapi tahu tak ada jugak penderita ekzema ni tak pulih-pulih sampai la dewasa malah sampai dah tua pun penyakit tu tetap degil tak nak sembuh.  Hanya penderita ekzema je yang tahu betapa deeritanya bila terkena penyakit ni. Pesakit akan rasa gatal yang amat sangat dan ruam-ruam. Ada jugak kes di mana kulit akan jadi kering dan bersisik. Ya Allah, siksa! Ada yang cakap ekzema ni bukan penyakit tapi alahan. Bagi aku, ekzema ni tetap penyakit kerana ia 'menyakitkan' dan membuat sseseorang 'menderita'. Ekzema ni sebenarnya ada banyak jenis. Oleh sebab aku bukan doktor dan malas pulak nak mengkaji, jadi aku tak tahu la jenis-jenis ekzema tu. Keh keh keh.  Walaupun aku bukan doktor tapi aku sebenarnya seorang penderita ekzema tegar. Yang menghairankan aku, masa aku kecik-kecik dulu xdenye penyakit ni. Bila aku dah masuk sekolah menengah baru la datang tetamu tak diundang ni. Spoil betul kan.. aku baru nak menginjak remaja dan baru nak kenal-kenal cinta monyet  (abaikan!) tibe2 je dah terkena ekzema. 

Aku terkena penyakit ni kat tapak kaki. Aku tak tahu la nama saintifik penyakit aku ni tapi mula2 tapak kaki aku yang dulunya comel (perasan) mula menggelupas sedikit demi sedikit. Aku hairan jugak kenapa kulit aku ni tiba-tiba menggelupas. Masa tu aku tak syak apa-apa. Baru umur 13 tahun katakan. Aku sapu jelah mana-mana ubat nak hilangkan gelupas ni. Hodoh tahu tak. Tapi tak jugak sembuh-sembuh. Aku ada tunjuk kat mak aku tapi mungkin mak aku ingat benda tu biasa jadi abaikan aje lah. Mak suruh je aku sapu apa-apa ubat. Lama-kelamaan aku rasa kaki aku bukan setakat gelupas tapi jugak gatal. Gatal tu memang sedap digaru tapi tak boleh garu kuat sangat nanti kulit koyak. Pedih! bayangkan kulit korang tertanggal dan berdarah. Barulah mak aku perasan yang kaki aku ni dah terkena penyakit kulit. Sedih aku wey.. tetiba je kena macam ni. Puas kami cuba macam-macam ubat tapi semuanya hanya untuk bertahan. tak ada satu pun ubat yang boleh betul-betul sembuhkan kaki aku. Nasib baik la kena kat tapak kaki. Kalau kena kat muka ke, tapak tangan ke susah jugak kan. Nampak macam biasa kan gelupas dan gatal. Tapi kesengsaraan aku bukan sampai kat situ je. Lebih malang bila nak solat, jari kaki aku rasa macam nak putus tersiat-siat setiap kali tahiyyat awal dan akhir. Pergerakan solat aku pun terbatas dan aku tak mampu nak tahiyyat sempurna macam orang lain. Sakit!!!

Kaki aku menjadi semakin gatal dan mula bersisik. Setiap kali aku garu, kaki aku akan berdarah dan mula la aku terpaksa berjalan terhincut-hincut. Aku mula cemburu lihat kaki kawan-kawan dan adik beradik yang cantik2. Nak beli selipar pun best, cantik je bila pakai. Kaki aku dah macam alien. Mak pernah tegur supaya aku pakai sarung kaki sebab teruk sangat nampak kaki aku ni. (padahal memang wajib tutup kan?) tapi aku tak endahkan. Apa taknya, setiap kali aku cabut sarung kaki, berterabur kulit aku tau. stoking tu siap berbunyi prap-prap seolah-olah aku sarung ikan kerisi. Punyelah bersisik. Aku cuba pelbagai ubat klinik swasta tapi hampa. Sampailah aku pergi ke sebuah klinik swasta, doktor India tu memang terkejut tengok keadaan kaki aku yang bersisik dan merekah pecah berdarah. Katanya keadaan aku dah teruk. Dia terus buat surat dan suruh aku refer ke Pakar Kulit Hospital Kerajaan. Kaki aku semakin gatal dan aku perasan kulit semakin menebal, sisik dan gelupas pun semakin banyak. Nasib baik tak berbau, kalau tak tentu aku lebih stress.. 

Tapi aku tak rasa ubat Klinik Pakar ni berkesan, Aku rasa sama jugak macam ubat klinik lain. Kalau aku tersilap pakai sabun dan losyen tertentu, mesti keadaan makin teruk. Tidur malam aku dah tak lena, asyik menggaru je walaupun mata nak tidur keletihan. Aku tak dapat tumpukan perhatian pada pelajaran. Hidup aku resah gelisah dan sangat derita. Kadang-kadang aku menangis jugak mengenangkan nasib aku. Bila aku mula rasa stress dan down aku mula memberontak tak nak makan ubat. Mengantuk okeh!.. ubat tu buat aku rasa nak tidur. Tapi aku akan kena marah sebab abaikan ubat makan tu. Macamana aku nak belajar kalau macam ni. Oleh sebab tak ada perubahan ubat dari Klinik Pakar tu, aku adukan jugak la kat doktor tu yang kaki aku takde perubahan. Nak tahu tak apa doktor tu cakap? Katanya memang xde ubat pun untuk penyakit aku ni. Memang takkan pulih dah... Katenye ubat yang dia kasi untuk bertahan jelah. Kalau kaki aku nampak macam dah baik, sebenarnya penyakit tu akan datang balik. Doktor tu wak muke seposen bagitahu aku. Bertahan ape nye... menyusahkan betul la berjam-jam tunggu giliran kat hospital, kerja sekolah tang ke mana, ulangkaji tang ke mana tup2 dapat ubat untuk bertahan je. Kalau untuk bertahan kenapa xde perubahan. Lepas doktor tu cakap macam tu aku terus tak pergi sampai bila2...teruk jugak la aku kene marah dengan kedegilan aku ni. Aku jadi degil dan tak nak pakai dan makan ubat. Anggap jelah aku tak sakit. Janji aku tak meninggal disebabkan ekzema ni dah la...kah kah..Sekarang aku dah berumur 28 tahun. Maknanya dah 15 tahun la ekzema ni duk berumah tangga kat kaki aku. Lantaklah weh... Janji suami aku sekarang terima aku seadanya. Sebelum kawen aku awal-awal lagi bagitahu kaki aku sakit. Dia selamba badak je kata ooo ye ke... (untung nasib dapat suami penyayang.) Dia pun rajin belikan ubat-ubat untuk kaki aku ni. Bolehlah bertahan. 

Okey ada perkara pelik yang berlaku masa aku menderita penyakit ni sepanjang aku bergelar student di sebuah IPTA. Setiap kali aku pergi belajar kat Shah Alam, kaki aku secara automatik akan beransur-ansur sembuh. Kenapa ye?. Jika kat kampung aku tak boleh tidur selagi tak sapu pelembap kat kaki. Tapi kat IPTA, aku hampir terlupa yang kaki aku sakit.. aku boleh tidur lena xpayah sapu ubat. Kaki aku pun tak gatal bila duduk kat sana. Aku bebas nak makan apa pun. xde alahan langsung. Aku tak sabar nak balik kampung bagitahu family aku yang kaki aku dah nak sembuh!..Aku nak tunjuk kaki aku yang makin cun semula ni. Tapi sebaliknya berlaku bila aku balik kampung. Kaki aku mula gatal-gatal balik. pecah-pecah merekah dan sepanjang aku bercuti semester, sepanjang cuti tu jugaklah aku terhincut2 dan menahan sakit. Macam-macam yang berlegar kat kepala aku. Air kat kampung kotor ke?. Bukan guna air perigi pun, guna air paip jalan sama jugak macam kat IPTA. Nak kata cuaca, aku bukan duk kat luar negara pun. Nak kata pemakanan, aku lagi la makan main hentam kat IPTA. Udang, sotong pun aku belasah. Kat rumah mak aku tak bagi. Kesian tak kat aku. Seolah-olah terkena sumpahan kampung!.  (ini hanyalah fiksyen rekaan semata2). Bila aku balik semula ke IPTA, kaki aku beransur2 pulih dan aku boleh tidur selesa macam biasa. Pelik kan?.. Tapi xpelah... Walaupun sampai sekarang kaki aku tak nak pulih sekurang2nya hidup aku sekarang dah bahagia. Umur aku dah dewasa, nak ada kaki cantik pun xde peluang dah. Haha...  


Kenapa aku suka cerita Korea

Tajuk tak boleh blah! Hahaha... Tapi apa yang aku nak cerita ni benda yang berlaku kat keliling kita sekarang ni. Kenapa aku suka cerita korea?. Aku yakin ramai gugurl kat luar sana suka sangat dengan cerita Korea kan?. Walaupun aku suka cerita Korea, bukan bermakna aku ni tergedik-gedik minat nak tengok Mat Korea. Takde maknanye aku nak minat Mat Korea. Aku cuma minat penceritaan semata-mata. Depend masing-masing lah, ada yang suka tengok hero semata-mata, ada jugak yang suka tengok heroin dan paling aku tak nafikan (termasuk aku ler) ada jugak yang suka cerita Korea sebab suasana dan pemandangan cerita Korea sangat romantis dan cantik. Aku nak listkan sebab utama aku Fall in Love with Korean Dramas...

1) Jalan penceritaan yang bersahaja dan mempunyai maksud yang sangat mendalam
Setiap kali ada cerita Korea episod baru, aku mesti teruja nak tahu sambungan episod yang seterusnya. Aku paling suka tengok drama yang berunsurkan kekeluargaan yang hidup secara sederhana, lepas tu kebiasaannya cerita Korea akan tunjukkan kasih sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga masing2. Aku bukan nak perlekehkan cerita Melayu, tapi sememangnya aku memang bosan giler dengan penceritaan drama-drama Melayu sekarang ni. Jarang sekali beri unsur-unsur yang positif. Biasanya cuma tunjuk kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan masing2 jer. Asyik2 cerita tentang laki bini yang asyik gaduh. Kejap baik, kejap gaduh pastu baik pulak. Bosan okeh. Sori terimalah kenyataan bahawa drama Melayu tak masuk selera. Lagi satu perasan tak drama Korea ni walaupun dia ada watak utama, tapi diorang akan tumpukan jugak setiap penceritaan watak-watak sampingan yang lain. Jadi kat situ ada banyak konflik, ada banyak cerita berbeza yang biasanya saling berkaitan. Kalau cerita Melayu ni pulak biasanya tunjuk sikit-sikit je kisah watak sampingan tu. Biasanya akan muncul sekali sekala. Cerita pulak agak mendatar dan 'berterus terang'.  Kebanyakan cerita memang dah boleh agak ending dia macamana. Tak ada unsur suspen sangat, Seumur hidup, ada dua drama Melayu yang aku suka tengok. Pertama, Cerita tajuknya Dendam terlerai dan satu lagi cerita Nur Kasih. Aku dah tengok kebanyakan cerita Korea, konflik dan masalah yang diberi untuk melakonkan watak tu sangat hebat. Aku tak nak komen banyak2 nanti orang marah pulak. Haha..  Tapi satu je aku nak puji cerita Melayu, walaupun drama Melayu tak menarik tapi tahniah kebanyakan drama masih ada unsur Kemelayuan dan Islamik (Tak termasuk cerita suami isteri tak sah berpegang pegangan)

2) Heroin yang bersahaja, cool dan comel
Setiap kali aku tengok cerita Korea, aku mesti perasan watak heroin mesti menggambarkan seorang gadis yang bersahaja, cool dan agak comel. Diorang tak perlukan solekan tebal sampai mata jadi hitam biru, gincu merah menyala, rambut beropol-ropol ikal mayang, pipi pulak dah macam kena tampar. Make up diorang simple jer. Mesti ada yang kata "ala.. plastic surgery"... Biarlah plastik surgery pun, bagi aku heroin cerita Melayu pun boleh comel dengan solekan ringkas. Kalau cerita Melayu aku sampai naik menyampah tengok makeup macam dah nak jadi pengantin 30 hari sebulan. Bulu mata tak lekang, nak tidur pun pakai bulu mata.. Wakaka... Paling best bab rambut heroin cerita Korea ni biasanya simple je diorang dandan. Kadang-kadang tu macam tak bersikat pun ada. Bukanlah selekeh tapi simple. Yang paling sentap watak negatif dalam cerita Korea ni lah biasanya yang makeup lebih-lebih, terlebih seksi dan biasanya ada rambut yang lebih cun. Nampak tak kat situ?. Hahaha.... Apa yang paling best tentang watak heroin cerita Korea ni, mereka meletakkan harga diri yang tinggi. Diorang biasanya berwatak lebih agresif dalam mempertahankan diri dan bukan seorang yang mudah menumpahkan air mata.


3) Pemandangan dan Shooting yang menarik
Aku tak nafikan suasana negara Korea memang cantik sangat-sangat. Aku pernah lihat kawan aku upload gambar dia Trip ke Korea. Perghhh memang menawan kalbu betullah. Kat Malaysia memang tak ada salji, tak ada daun Sugar Maple dan tak ade jugak pokok sakura. Tapi bagi aku setiap negara ada keunikan dan kecantikan tersendiri. Salah satu sebab aku suka dengan cerita Nur Kasih sebab pengambaran yang kreatif. Tak lain tak bukan tu pengambaran kat Malaysia. Aku suka dengan pemilihan tempat yang cantik, menampakkan sawah bendang yang menghijau, rumah kampung yang kemas dan bersih. Pergh, aku rasa nak pergi jer tempat tu. Alangkah bagusnya jika drama kat Malaysia boleh pilih tempat shooting yang menarik macam tu. Baru best nak tengok. Ni asyik kat rumah mewah yang ada barang-barang mahal, kolam renang , bosanlah. Tengok ajelah penangan cerita Winter Sonata, pengarah pandai cari lokasi yang cantik bertemakan salji sampai cair hati ramai rakyat Malaysia kat ceria Korea. Seingat aku cerita Winter Sonata la pertama kali singgah kat Malaysia sebelum cerita-cerita Korea yang lain mendarat sama. Jatuh cinta dengan suasana dan pemandangan yang indah macam tu. 


4) Lagu yang best
Yang ni aku tak nafikan kebanyakan lagu Korea memang best-best dan sedap didengar. Aku tak maksudkan lagu Melayu tak best, tapi tak ada identiti dalam drama. Kadang-kadang tu aku tengok drama ni lagu sama, tengok pulak drama ni duk ulang lagu tu jugak, tengok pulak cerita lain, ada jugak lagu tu. Tu maksud aku tak ada identiti. Tapi ada jugak yang ada lagu khas untuk satu-satu cerita je. Tapi kebanyakan memang tak ada identiti lagu. Haha.. Tengok drama Korea, bila ada lagu 'From the beginning until now' kita dah boleh tahu tu dari cerita Winter Sonata, Bila dengar lagu 'Never Say Goodbye' kita pun bayangkan cerita My Girl. Cerita Korea bukan jer kreatif dalam penyusunan cerita tapi jugak penyusunan lagu, pemilihan lagu malah muzik latar pun diorang bukan sembarangan letak. Bila tengok memang ada feel.  

Hahaha... Merapu pulak aku petang-petang ni bab Drama Korea vs Drama Melayu. Bukan nak vs sangat la tapi aku just bagi pendapat aku jer. Ada jugak kot yang lebih suka drama Melayu. Bukan anti, sekadar meluahkan kekurangan. Tanpa kekurangan memang tak ada la perubahan  Aku harap cerita Melayu akan tambahkan lagi kualiti pembikinan ke peringkat yang lebih baik..