Thursday 28 April 2016

Hidup dalam Mati : (




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suamiku...
Saban hari ku rasa keadaanku tidak mungkin dapat bersamamu untuk 20 tahun lagi. Aku kini hidup penuh dengan kedukaan. Saban hari menanggung siksa penyakit yang kualami. Seandainya aku akan pergi, redhakanlah kepergianku sayang.. Aku meratap sendirian, mengenangkan anak-anak kita yang masih kecil. kadangkala aku terfikir adakah anak-anak kita akan kehilangan ibunya untuk beberapa detik lagi.. 

Suamiku...
Kdg2 aku ingin membawa diriku jauh dari pandanganmu. Aku tak sanggup melihat kau rasa jijik memandangku satu hari nanti. Tak sanggup kuhadapi saat-saat itu. Suamiku, diriku ingin hidup sempurna dan sihat seperti dulu. seperti sebelum dan awal perkahwinan kita. Aku ingin terus berhias cantik untukmu, ketika aku dipandang cantik dimatamu. Adakah saat itu hanya tinggal memori dan lagenda dalam ingatanmu.. 

Suamiku...
Andai ajalku menjemputku sebelummu, maafkanlah segala salah silapku sepanjang menjadi isterimu. Sungguh aku sangat mencintaimu suamiku. Aku bahagia selama hampir 5 tahun melayari bahtera rumahtangga bersamamu. Suatu hari nanti aku takkan lagi mampu memelukmu, takkan mampu lagi memegang tanganmu dan pastinya sudah tidak mampu lagi menjagamu.. maafkan ku suamiku..



Friday 25 March 2016

Bila suami tidak romantik

Sebut je bab romantik aku rasa macam frust jer.. macam stress jer..  huh!. Tengok isteri lain dapat hadiah, aku pun rasa nak ugak... tengok isteri lain dapat kata-kata romantik, aku pun rasa nak ugak. Bagi pompuan kalau suami tak romantik tandanya suami tak sayang.. eh eh betul ke?? Walaupun ramai yang kata aku ni keras pedal aka keras kepala (suami aku sendiri yang cakap! kah kah) tapi hati aku ni lembut nak perhatian macam pompuan lain jugak. 

Suami tak pernah bagi hadiah..sobss..
Tengok kawan-kawan upload gambar suami bagi bunga, aku cuma mampu like.. like.. wow.. dengan harapan post yang aku like naik kat newsfeed facebook cik abang.. kah .kah... Tengok pulak kawan dapat handbag dari encik suami.. Alahai cemburunya aku.. Beg aku pun dah lama koyak, alangkah bagusnya kalau suami nak bagi beg tangan, 20 ringgit pun jadilah. Asyik-asyik kereta dia je yang boleh melawa. Aku pakai beg menggelupas.. Sobss sobss... Tu belum lagi tengok kawan-kawan bergambar peluk bahu, peluk pinggang, duk rapat-rapat pastu si suami sendiri yang upload gambar dengan caption "with my lovely wife".. "semoga cinta kita sampai jannah".. "terima kasih ibu menjadi ibu untuk anak-anak kita" "i love u my wife".. bla.. bla... romantik giler..... Aku setahun sekali ada la suami tag gambar bersama aku itupun caption untuk anak-anak jer, takde caption untuk aku.. hahaha... bukan gambar kami berdua pun, gambar aku dengan anak, dia dengan anak. 5 tahun kahwin aku belum ada hadiah kesayangan yang aku boleh simpan seumur hidup aku dari suami. dapat beg harga 20 ringgit pun cukup membahagiakan aku. (lagi-lagi nak beg).

Suami dah tak nak rai diri saya... sobss..
Yang ni aku cuma sempat rasa sekali je masa mula-mula kawen.Aku rasa masa tu aku orang paling bertuah dalam dunia. aku rasa akulah yang dapat suami paling sweet dalam dunia. Tapi itu cuma masa sebulan selepas kawen. Bukan main lagi sambut hari lahir akubuat makan-makan, beli kek.. tapi bila dah masuk tahun ke-2, ke-3, ke-4 barulah aku tahu yang tu cuma sambutan hari lahir saya yang pertama dan terakhir dari suami. Ayah mertua aku pulak yang lagi romantik dengan mak mertua aku, time hari lahir atau sambutan ulang tahun bukan main lagi rai dan menggembirakan mak mertua aku, Tiap-tiap tahun lak tu. Kadang-kadang aku pun teringin nak rasa dihargai. Tak mahal tak ape janji ingat dan berusaha nak buat aku gembira, Itu je.. kadang-kaadang aku terfikir jugak, susah sangat ke nak hargai sikit?. Lebih buat aku sedih bila suami dah lupa hari lahir aku. Kadang-kadang mesej dari celcom lak yang ucap untuk aku. "HAPPY BIRTHDAY... ".. Bila kawan-kawan cerita suami dia tak romantik tapi sweet.. Tak romantik macam mana?.. Katanya suami dia nak buat surprise party tapi tak jadi macam perancangan, suami dia tempah tempat khas untuk dia. Aku nak je bagitahu dia memang dah dapat suami super romantik dah kalau tahap macam tu... Aku?? Surprise??.. Kate suami aku... jangan nak tunjuk kat orang... Sobs...Aku tak suruh bagitahu satu dunia pun.. alasan...


Suami jarang peluk, kiss... sobss lagi....

Bab ni memang sensitif sikit tapi yang ni pun memang disukai para isteri. Isteri mana yang tak suka suami selalu peluk, kiss pipi?. Takkan nak peluk dan kiss time "nak pakai" je.. Isteri bukan perempuan simpanan. Kena la selalu peluk atau kiss. Lepas bangun tidur ke, sebelum pergi kerja ke, sebelum tidur ke... barulah isteri rasa diri dia berharga.. berharga kerana dia disayangi setiap masa dan bukan disayangi masa nak guna... yang ni ramai suami yang tak nak ambik tahu... bagi isteri pelukan dan ciuman dari suami adalah lambang kasih sayang... jadi si suami pandai-pandai la ek...



SUAMIKU MEMANG TIDAK ROMANTIK, TAPI... DIA SEORANG LELAKI YANG .........

Kalau tanya orang pompuan semestinya maksud sebenar kasih sayang seorang suami seperti yang aku cakap kat atas. Mula-mula aku memang berjauh hati, sampai aku terfikir suami aku sayang tak kat aku sebenarnya...?.. Ye... jawapannya...

DIA SEORANG LELAKI YANG PENYAYANG, BERTANGGUNGJAWAB DAN SETIA!
Dia memang tidak memeluk aku setiap hari, dia memang tidak mencium aku setiap hari. Dia memang tidak pernah memberiku hadiah walaupun setahun sekali...Tapi, dia cukup menyayangiku... ketika aku sakit.. dialah yang mengambil kain basah dan tuam di dahiku, ketika aku berpantang, dialah yang menguruskan anak-anak , dia yang basuh berak kencing anak, dia yang basuh kain baju, ketika kami makan kat kedai, dialah yang tolong pegang anak kecik, dia bagi aku makan kenyang-kenyang. Dialah yang menyara hidup aku, sampaikan satu sen pun duit aku tidak luak untuk makan minum kami sekeluarga...suamiku memang tidak pernah beritahu satu dunia akulah "his beloved wife", "akulah wanita kesayangannya", tapi... dia menampal namaku pada dashboard keretanya, dan di situ aku tahu akulah satu-satunya wanita yang dia sayangi, tak ada wanita lain yang diheret sekali naik kereta dia, dia kadang-kadang memuatnaik gambar aku dalam facebook walaupun tak ada caption kata-kata manis dan romantis untuk aku. Jadi, di situ aku tahu dia tiada skandal dalam facebook. Dialah yang selalu memaafkan aku ketika aku selalu merajuk dan cemburu buta...kadang-kadang terlontar kata-kata mengguris hati dari bibirku, dialah yang menerima kata-kata ku dengan ucapan maaf . Akulah yang selalu mencari-cari kesalahan dirinya kerana aku terlalu takut dengan sebuah kehilangan dan kecurangan..dialah yang selalu jujur dalam berkata-kata dan kata-katanya tak pernah lari dari apa yang aku tahu.. memang suamiku tak p-pernah membawa aku pergi berbulan madu ketika kami masih tiada anak, tapi dialah yang selalu membawa kami sekeluarga bersiar-siar, dialah yang dukung anak ke sini sana asalkan aku boleh berjalan-jalan dengan senang hati.. dialah suamiku... terlalu banyak kebaikan yang ada padanya... aku bersyukur dengan adanya suamiku yang tidak romantik itu..  memang suamiku kadang-kadang tidak terlalu mengambil berat padaku, tetapi dialah yang pernah tidur dalam kereta berjam-jam untuk mengambil nombor giliran terawal asalkan aku boleh dapatkan rawatan, kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari-cari kesalahan teman hidup kita. Cubalah pejam mata dan ingat segala kebaikan yang ada pada diri pasangan. Pasti kita akan lebih bersyukur dan berbahagia. 



Sunday 20 March 2016

Pengalaman bersalin anak kedua ~~~ Induce + ketuban darah

Kali ni aku nak berkongsi pengalaman bersalin secara induce + ketuban darah. Pengalaman yang cukup-cukup menakutkan aku rasa. Masa hamil anak kedua, aku terkena GDM (kencing manis ketika hamil). Memang terpaksa la kene induce, kena paksa masuk wad. Masa mula-mula peggy dulu aku kena suntik insulin tapi last-last doktor suruh stopkan insulin sebab lama-lama keputusan BSP aku dah normal. (mungkin sebab aku kawal makan ketat2 time hari BSP kih kih). Masa ni nurse bagitahu supaya aku kena daftar masuk wad seminggu awal dari trikh jangkaan. Ikutkan due patutnya aku bersalin 28 Disember 2015, tapi sebab dah ada GDM, 21 Disember tu aku memang kena masuk wad dah. Aku memang susah hati. Google punya Google pun semua cakap induce ni memang sakit giler. Tapi ada jugak yang cakap macam sama jer sakit induce dgn beranak biasa. Biras aku pun ada cakap induce memang sakit giler-giler. Dia suruh aku berdoa biar bersalin seminggu awal dari jangkaan, biar bersalin normal jangan sesekali kena induce.

Bila dah nak masuk 21 Disember, aku langsung takde tanda nak bersalin. Tapi perut aku betul-betul dah turun ke bawah. Sesekali baby mengeras dalam perut. Aku memang takut nak bersalin tapi dalam masa yang sama aku tak sabar nak tengok si comel ni. Akhirnya masuk jugak 21 Disember. Terpaksa la aku serah diri kat hospital. Aku mati-mati ingatkan doktor akan bagi aku duduk dulu untuk 2,3 hari sementara tunggu bersalin secara normal tapi jangkaan aku meleset. Jalan bersalin baru terbuka 1cm. Hari tu jugak doktor masukkan ubat buka jalan. Sementara tu aku tak boleh buang air, tak boleh bangun dan tunggang tungging. Aku cuma kena berbaring je dalam masa lebih kurang sejam. Aku kena induce lebih kurang pukul 2pm. Lebih kurang pkul 3 pm macam tu aku dah rasa lain macam. Mula-mula aku tak perasan pun yang aku dah rasa contraction. Ingatkan braxton hicks. Tapi aku mula rasa macam nak buang air besar. Aku ke tandas takde pulak membuang. Hahh sudah... Aku dah start sakit dah...Makin lama makin kerap pulak sakitnya. Sesekali dia datang memulas2. Yang bestnya kali ni perut aku tak memulas, tak macam anak pertama tapi tulang punggung aku masyaAllah sengal dan rasa macam lenguh sangat-sangat. Aku SMS suami aku bagitahu aku dah sakit-sakit. suami aku bagitahu nak datang nanti. Aku lihat jam labih kurang pkul 6 lebih macam tu. Petang tu aku masih boleh makan nasik. Aku makan kenyang-kenyang sementara menahan sakit. Rasa sakit aku macam tak tertahan-tahan lagi. Jam sudah hampir maghrib. Aku nak cek jalan semula. 2cm jer!. Hui huiii... Aku memang dah tak tahan lagi dah... sakit lain macam ni.. tak macam kontraksi masa anak pertama. Dari jam 3pm ke 6 pm cuma terbukak 1cm. Lepas isyak suami aku pun sampai. Sebab dia bawak anak, jadi aku lah yang kena keluar kejap kat lobi depan. Aku duduk-duduk kat situ. Sambil mata aku jeling2 tengok ada orang lain yang dah boleh keluar wad sambil bawak si comel. Cemburunya... Jam terus melangkah ke pukul 10 pm. Aku mengerang kesakitan dan mundar mandir menahan sakit. Aku ke tandas, ada keluar darah dan lendir yang agak banyak. Ini lah yang dinamakan ketuban darah. Orang cakap ketuban darah sakit!. Ya Allah aku dah tak tertahan-tahan lagi. Aku nak cek jalan. Nurse cek sambil mengeleng kepala.. still 2 cm!. Aku terkejut. berjam-jam aku tunggu dari pkul 6pm sampai 10 pm jalan langsung tak terbukak??.. Ya Allah berapa jam dah aku sakit ni. Lebih kurang 7 jam aku kesakitan macam ni. Security guard bersembang dengan aku. Katanya, ramai sangat yang terpaksa caesar kes jalan tak terbukak.. Hah sudah.... Bila dah tengah malam tu, aku kena masuk semula ke wad dan kembali ke katil. Aku rasa malam ni memang takkan dapat dukung baby lagi la... Aku berguling-guling atas katil. Sakitnya memang kerap dalam 5 minit sekali..5 minit sekali tapi jalan entah terbuka ke tak. Ada sorang kakak yang dah lepas bersalin kasihan tengok aku. Dia cakap memang induce menyakitkan. Dia suruh aku minum air selusuh yang aku bawak. Aku pulak tak berani nak minum kes tak nak kesakitan bertambah. Kakak yang baik hati tu berikan aku zikir-zikir dan ayat-ayat untuk memudahkan bersalin. Mulut aku tak lekang dengan doa nabi Yunus. Lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzholimin.. berulang kali aku ucap sambil mengerang kesakitan. Jam sudah menunjukkan 3 pagi. Ini bermakna sudah 12 jam aku menahan sakit. Aku menahan sakit sambil memikir-mikir dosa yang aku buat. Rasa macam nak tercabut nyawa menahan sakit. Sakitnya dalam 5 minit sekali. Masa anak pertama dulu sakit macam ni kalau jalan dah terbukak 7-8 cm. Dahsyatnya sakit induce. Jam 3 pagi tu aku sekali lagi pergi cek jalan. Sekali lagi aku kecewa... hanya 3cm!. Aku dah tak tahan-tahan lagi. Kalau caeser pun caeser lah, aku dah tak tahan sangat. Aku terus minum air selusuh yang aku bawak dari rumah. Kakak yang baik hati tadi carikan aku minyak selusuh pulak untuk diminum. Aku hanya ada air selusuh. Selepas tu aku hanya duduk di katil menanti si comel keluar. Jam lebih kurang 7.30 am. Ini bermakna aku sudah menahan kesakitan teramat dalam lebih kurang 16 jam. Aku cek jalan dan kali ni Alhamdulillah... 6cm!. Nurse cepat-cepat usung aku masuk labour room. Aku cepat-cepat hubungi suami aku. Suara aku dah lain macam orang nazak. hahaha.... Kesian suami aku semalaman tidur dalam kereta. Alhamdulillah tepat jam 8.45 am aku selamat melahirkan seorang baby boy seberat 2.79 kg... Paling best aku langsung tak luka dan langsung tidak dijahit. Ayah mertua yang dapat tahu aku selamat bersalin terus melakukan sujud syukur. Aku tak habis-habis mengucapkan syukur pada Allah sebab membebaskan aku dari kesakitan induce. jadi total aku menahan kesakitan 17 jam.. Hahahaha.. Kalau ditakdirkan dapat baby ke-3, aku dah tak nak kena induce.. Sakit sangat-sangat-sangat-sangattttttttt




Saturday 19 March 2016

Dari mana aku dapat gangguan?

Sebenarnya di sebalik apa yang terjadi pada aku masih ada lagi perkara yang lebih menyakitkan. Suami aku.. Bila aku bagitahu nak pergi berubat kat DarusSyifa hari tu suami aku macam tak berapa setuju. Katanya aku mengarut dan cakap memang tak ada benda2 ghaib tu melekat pada aku. Sebenarnya sejak dulu (sejak tahun-tahun lepas) lagi aku mengadu asyik bermimpi bukan-bukan. "abang tak percaya la mimpi-mimpi macam tu tanda ada gangguan. mengarut." Aku cuma mampu diam aje la bila suami aku dah tak percaya. Jadi aku kena bertindak seorang diri. Memang sebelum ni aku ada alami mimpi yang pelik-pelik. Nak tahu mimpi apa??

Mimpi dan bangun dalam keadaan terkejut dan berdebar
antaranya aku mimpi ada seorang kanak-kanak perempuan memegang tangan aku dengan kuat dan tak nak lepas. Aku cuba lepaskan pegangan tangan budak tu tapi aku terbangun dalam keadaan berdebar. Selain tu, aku ada mimpi dikejar bayangan orang mengejar aku. Masa aku mimpi tu aku terus terjaga dalam keadaan ketakutan. Mimpi yang lebih menakutkan berlaku masa tahun lepas. Aku mimpi berada dalam bilik air dan melihat cermin. Entah macamana wajah yang aku lihat dalam cermin bertukar menjadi wajah wanita menakutkan menyeringai melihat aku. Aku cuba menjerit meminta tolong tapi suara aku tak terkeluar. Aku tiba-tiba terbangun dalam keadaan berdebar dan rupa-rupanya aku hanya bermimpi. Aku lihat suami dan anak aku tidur nyenyak atas katil. Kebetulan masa tu aku tidur sorang diri. Dada aku berombak laju.

Mimpi dalam tidur yang lena  
Pada suatu malam aku bermimpi dikelilingi orang yang tidak dikenali. Aku tak nampak muka tapi aku hanya nampak tangan ke bawah je sedang dukung seorang bayi comel. Kemudian dia serahkan baby tu pada aku. Aku pun terus ambik dan merenung wajah baby tu. Kemudian aku dah tak ingat aku mimpi apa. Aku pun memang kerap bermimpi najis, tandas kotor, eeeeuuwwwww.... bukan setakat tu je aku mimpi buang air sekali. Aku pun mimpi dikejar dan digigit anjing, mimpi kucing, harimau, ular (siap kena patuk), kala jengking (siap kena sengat plak tu, sakit!) dan macam-macam binatang lah. Serigala hitam dan garang pun ada, dikejar beruk pun ada. Tapi setiap kali aku mimpi mesti ada suami aku ada sekali. hahaha.. aku pernah mimpi suami aku dukung kera. Pernah jugak aku dan suami mimpi dukung bayi tapi bayi tu tajam dan menakutkan. Aku pun selalu mimpi tempat-tempat seram dan menakutkan. Kadang-kadang aku siap baca ayat kursi lagi. tak kurang jugak aku mimpi kuil dan gereja. Ahhh kalau aku nak listkan semua mimpi aku rasanya sampai esok pun aku tak habis taip. hehehe....

Kawan aku ada bagitahu kalau mimpi baby tandanya ada saka, atau ada gangguan. Aku pun try lah google.. memang perghhh betul, banyak betul tandanya.. rasanya hari tu aku dah buat satu artikel tentang ni cer klik cer klik mimpi tanda gangguan jin?. Tahun 2015 tu.. Haaa... sekarang dah masuk 2016. Masa ni aku pendam sengsorang akhirnya memakan diri. Semuanya angkara suami tak percaya.. tak percaya dan langsung tak nak percaya. Siapa lagi aku nak bergantung harap dan mengadu?. Aku ke pusat rawatan islam seorang diri. Kadang-kadang tersayat hati tengok pesakit lain ditemani suami. Aku??.. Ini la aku nak pesan sikit, kalau korang dah tak nak percaya apa yang isteri cakap, sekurang-kurangnya temankanlah dia. Kalau tak nak percaya, sekurang-kurangnya isteri tu percaya pada diri sendiri. Tak hadap nak kepercayaan suami pun. Sebelum aku berubat kat DarusSyifa tu aku merajuk sikit dengan suami. Dia macam perlekehkan aku nak buat rawatan islam. Katanya aku mengarut dan tak ada apa-apa gangguan pada aku. Aku rasa suami aku cuma percaya aku ada gangguan kalau aku dah menjerit-jerit histeria. Walaupun dia izinkan aku pergi, tapi cara dia suruh pergi tu betul-betul buat aku kecik hati. "Pergilah nak pergi pun..".. katanye. Aku mengeleng kepala. Jauh di sudut hati aku mahu dia temankan aku. "Dah kenapa?? Pergilahhh tadi kata nak pergi!". Sungguh aku begitu kecik hati dengan cara dia. Last2 aku terpaksa drive sendiri balik dari pusat rawatan dengan tangan terketar-ketar. Ustaz tu macam tak nak aku drive sorang-sorang sebab dia pun macam pelik aku datang sendiri. Nasib baik aku cuma menggeletar dan menangis je masa ruqyah. Aku balik dan ceritakan pada suami. "Alah.. DarusSyifa selalu macam tu... selalu kata ada gangguan... bla.. bla..". Aku terus pergi tinggalkan suami aku. Sakit hati tak terkata. Kalau dia bukan suami aku dah lama aku pecahkan cermin kereta dia. Geram!.

Macam ni haa... lagak kitorang

Kebetulan tengahari tu kami nak pergi makan kenduri. Masa kat rumah pengantin tu aku bertembung dengan seorang pengamal perubatan Darus Syifa a.k.a sepupu suami aku!. Dia bagitahu mak mertua aku, dia nampak muka aku seolah2 panas membara.. macam tulah lebih kurang. Itu pun mak mertua aku kol. Petang tu suami aku sms nak bagitahu aku something. Katanya nak bawak aku pergi berubat. Mungkin mak mertua aku dah bagitahu aku suami aku. Hahahaha... Sekarang baru nak percaya ke?. Rasanya dah terlambat, aku dah bawak diri aku sendiri untuk rawat diri sendiri. Jadi tak payahlah suamiku sayang nak bersusah payah pulak. Suami aku nak bawak aku jumpa dengan sepupu dia. Masa aku tengah bersiap tu aku pulak yang main angin. " Rasanya tak adelah gangguan. Mengarut... Orang boleh kata belaka.. bla.. bla.. ". Suami aku tengok aku. "Pulak dah.... bila abang tak percaya sayang marah,.. ni sayang pulak kata macam tu."Aku diamkan diri. Entah kenapa aku tak nak pergi berubat pulak. Macam tak ada mood. Aku jawab ." Bukan marah... cuma abang tu... macam tak percaya langsung.".. Sepupu dia kata dia menggeletar bila tengok aku. Aku macam biasa je, tak ada pulak rasa apa-apa. Tapi sepupu dia menggeletar dan kelihatan tergagap bila nak bercakap dengan aku. Macam-macam dia tanya aku untuk cari punca gangguan. Maaf, aku tak boleh jawab sebab simptom tu dan sekian lama.

Nak dijadikan cerita, sejak hari tu, malam tu... suami aku lah yang paling bersungguh-sungguh pasangkan CD alunan AL-Quran dalam rumah. Dia yang terlebih pulak dari aku. Hahahaha... Aku pulak kalau boleh dah tak nak fikir apa-apa lagi dah. Kalau aku sakit sekalipun, aku dah tak nak suami aku ambik tahu lagi. Bila aku dah terbiasa sendiri aku jadi lebih selesa begini.  Aku cuma menanti hari untuk sembuh seperti sedia kala. Suami aku pulak yang bersungguh-sungguh tanya bila aku cuti sebab nak mandikan aku dengan daun bidara. Buat masa ni aku bertahan dengan wangian kasturi. Sejak aku pakai minyak kasturi, muka aku dah kurang rasa tertarik-tarik nak herot. Suami aku siap suruh aku ambik wudhuk sebelum tidur. Nampaknya Allah dah buka mata suami aku. Alhamdulillah...


Monday 14 March 2016

Rupanya bukan masalah saraf biasa

Kenapa mata aku kedut-kedutan

Rasanya lama giler aku x update blog aku nih. Banyak sebenarnya aku nak luahkan tapi masa tak begitu mengizinkan. Pada penghujung 2014 dulu mata belah kanan aku asyik berkedip-kedip jer. Kalau setakat sehari dua xpe jugak, tapi berminggu-minggu kedutan kat mata aku tak berhenti jugak. Sebab tak rasa sakit jadi aku tak ambik pusing sangatlah. Apelah sangat setakat mata kedut-kedutan macam ni. Tapi bila kedutan  semakin parah sampai hujung hidung dengan sudut bibir kanan aku pun turut rasa tertarik ke atas, aku dah mula gelabah. Bukan kedutan biasa!. Aku mulalah bertanya encik Google tentang gejala kedut-kedutan ni. Ada yang sebut tentang Bells Palsy, ada yang sebut pasal Hemifacial Spasme. Hah.. sudah!. Tak fikir panjang aku terus jumpa doktor kat klinik kesihatan. Doktor hairan dengan masalah aku. Dia tidak dapat mengenalpasti apa masalah aku dan suruh aku ambik ujian darah. Tapi lepas tu aku tak dapat apa-apa jawapan dari Klinik Kesihatan. Kedut-kedutan aku semakin tidak menghilang. Bila aku pejamkan mata, sudut hidung dan bibir aku memang jelas rasa tertarik ke atas. Aku terus merujuk ke bahagian pesakit luar kat Hospital Besar pulak. Prosedur sama macam klinik kesihatan. Katanya mungkin aku kekurangan Kalsium. Doktor bagi kalsium tapi kedutan tetap tak menghilang. Oleh kerana keputusan darah aku menyatakan aku sihat walafiat, doktor merujuk aku ke fisioterapi kerana aku dikhuatiri mengalami gangguan saraf. Sempat jugak lah buat 2 kali rawatan tapi x larat aku nak temujanji kat hospital. Mak mertua aku pulak membebel katanya x ada ape2 pun, x payahlah risau sangat. Boleh pulak macam tu eh. Mentang-mentang tak sakit. Bila dia cakap macam tu aku dah fedup nak pergi buat rawatan dan biarkan ajelah.

Nak mata cantik cenggini.. Heliza pinjam mata ;-p

Setahun berlalu tapi mata aku tak pulih sepenuhnya. Tak begitu teruk tapi yang pasti muka aku tak senget macam bells palsy dan tak terkedip-kedip sangat macam hemifacial spasme. Pada awal tahun 2016, kedutan semakin menjadi-jadi dan semakin jadi tertarik ke atas. Oleh sebab aku dah check up dengan rawatan moden, jadi aku akan cuba dengan rawatan jenis akupunture dan urutan pulak. Tapi sebab aku tak mampu nak bayar tiap-tiap bulan sebab mahal, jadi aku tak jadi teruskan. Hahaha... Lagipun tak ada perubahan jugak. Tukang urut tu pulak pandai main duit, aku nak rawat saraf dia pulak cari penyakit-penyakit aku yang lain. Katanya nak rawat dari A-Z tapi rasanya dia nak cekau duit dari A-Z. Cuma sempat buat rawatan 2 kali dan aku dah tak buat rawatan lagi lepas tu.
Tapi kedutan ni menghilang macam tu je masa tahun 2015. Ada jugak sikit2 tapi tak kuat. Aku ingatkan semakin sembuh dan berharap akan pulih sendiri.

Rawatan Tradisional a.k.a rawatan islam

Masuk tahun 2016,  mata aku buat hal lagi.. aku rasa macam nak tampor2 pipi sendiri. rasa tertarik-tarik dan bergerak-gerak. Tak selesa betul. Aku rasa malu nak bercakap dengan sapa-sapa. Bila aku bercakap je aku akan tunduk sebab tak nak orang perasan mata aku berjoget-joget. Macamana ni. Akhirnya encik suami ajak aku pergi jumpa ustaz yang pandai berubat kat sini, Penyakit medical ke non medic ke dia memang pandai. Tiba giliran aku berubat, ustaz tu hanya sentuh pergelangan tangan aku (berlapik ye) dan katanya saraf dalam telinga!. Aku hairan jugak macamana saraf yang duduk kat dalam tu boleh terganggu. Ustaz tu cakap masalah saraf ni akan buat muka aku kebas habis dan mulut boleh herot!. Ya Allah pilu hati aku dengar. Muka yang encik suami masuk minang 5 tahun lepas ni bakal herot tak lama lagi??. Ustaz tu tanya aku ada jatuh motor ke?. Aku kehairanan sebab setahu aku bukan setakat jatuh motor, jatuh tangga ke, jatuh longkang ke, jatuh terduduk ke memang tak pernah dalam tahun-tahun kebelakangan ni. Pastu ustaz tu tengok dalam mata aku. Dah ustaz ni kenapa?. Dia suruh aku lunjurkan kedua-dua kaki. Dia membacakan sesuatu dan letak jari tangan dia kat  jari manis kaki kanan aku. Aku mula mengadu kesakitan. Badan aku mula menggeliat... Aduhh Aduhhh sakit giler macam tertusuk jarum. agak lama jugak dia letak jari dia kat jari manis kaki aku. Sakit betul macam nak terkeluar air mata. Sambil dia pegang sambil dia melawak dengan suami. katenya suami aku silap kawin dengan aku.., patutnya kena tanya dulu aku ni ada penyakit ke x. Hampeh betul hahaha.. tapi selepas berubat dengan ustaz tu, keadaan sebelah muka aku semakin parah. Kebetulan aku kena pergi kursus 4 hari kat Selangor, Selama 4 hari tulah aku terpaksa menyombongkan diri dengan memecilkan diri, menunduk atau tutup muka bila bercakap. Mata aku seperti nak tertutup bila aku berpaling, mulut aku semakin tertarik, sungguh aku hilang harapan. Tak cukup dengan mulut herot, aku mula rasa kebas di sudut bibir dan pipi aku rasa seriau2 macam elektrik. Aku nak cepat-cepat balik ke kampung nak jumpa semula ustaz tu.Tapi kebetulan 2 hari ustaz tu x boleh berubat sebab ada kenduri. Aku bertahan dan aku ingin cuba pergi Darus Syifa pulak. Pagi tu aku pergi ke Darus Syifa sorang-sorang. Nasib baik tak ramai orang.

Aku Diruqyahkan

Aku masuk ke bilik rawatan dan beritahu masalah saraf. Ustaz tu kemudian masuk mengambil sebungkus daun bidara. Katanya daun bidara untuk sakit saraf. Aku mengangguk kepala. Ustaz beritahu mahu cek aku dulu. Aku duduk di atas kerusi dan ustaz meletakkan tangannya ke atas kepala aku. Mula-mula mendengar bacaan tu aku rasa biasa tapi bila masuk minit ke-5 macam tu aku rasa lain macam dah. Aku rasa badan aku seram sejuk, jantung terasa sedikit kencang dan terasa kaki macam ringan-ringan. (tak tahu nak cakap macamana). Aku cuba mengerakkan tangan, aku lihat tangan2 aku mula menggeletar, aku tunduk dan tiba-tiba muncul perasaan sedih yang amat sangat. Aku tak tahu apa yang aku sedihkan. Aku tiba-tiba menangis teresak-esak dan bunyi aku menangis sangat pilu. Aku tak dapat kawal tangisan tu yang berlaku sendiri. Tersedu-sedu!. Tangan dan tubuh aku menggeletar hebat. Ustaz meneruskan pembacaan ruqyah dan menepuk belakang sambil menyapu2 kepala aku. Setelah selesai sesi ruqyah, aku kembali tenang, tapi tangan aku masih sedikit ketar. Agaknya macam ni la rasanya bila dirasuk, Aku macam pernah rasa pengalaman macam ni seperti ada dua orang dalam 1 tubuh di dalam mimpi. Dalam mimpi tu aku dirawat sambil dirasuk. Dua kali aku mimpi dirasuk. Keadaan sama macam sesi ruqyah tadi. Ustaz bagitahu aku sebenarnya saraf aku tak ada masalah, aku sebenarnya ada gangguan. Perghhh horror gile  hahaha... Al kisahnya setahu aku memang kerja benda-benda tu merosakkan tubuh badan manusia bila dia dah berjaya masuk. Walaupun jin dah keluar dengan jayanya, tapi saraf aku macam dah nak rosak. Nampak gaya aku kena cari rawatan saraf semula. Mulai saat tu ustaz berpesan supaya aku membaca ayat-ayat pendinding diri. Aku beli satu buku kecik harganya RM 3. Nampaknya aku ada satu cara nak selamat dari gangguan ... jawapannya jadikan diri kita dekat dengan Allah, jadikan diri kita seorang yang alim. Walaupun niat asal nak jauhi diri dari gangguan, tapi insyaAllah apa yang kite amalkan lepas tu akan melekat di hati dan menjadi hamba yang tetap taat walaupun jin dah tak nak ganggu kite lagi.

YA ALLAH BERIKAN AKU KESEMBUHAN SEMULA... BETAPA SENGSARA AKU RASAKAN...





Sunday 19 July 2015

Tanda hamil anak lelaki dan Perempuan

Kali ni aku nak membicarakan tentang tanda2 hamil anak lelaki dan perempuan. Sape yang x teruja nak tahu jantina baby kan?. Aku nak bagitahu serba sedikit ciri ciri hamil anak lelaki (sebab anak aku yang sulong lelaki) mengikut apa yang diutarakan dalam blog tanda hamil anak lelaki.

Posisi perut. Jika kandungan ada di bawah perut, maka bisa dipastikan Anda sedang mengandung bayi laki-laki.
Masa ni aku tak perhati pun kandungan aku duk bawah perut ke tak, yang pasti kandungan aku berada di dalam  rahim. kih kih kih

Warna urine. Jarang sekali wanita melihat urinenya saat hamil, tapi inibisa menjadi tanda khusus. Jika urine berwarna lebih gelap, maka Anda sedang mengandung bayi laki-laki.
Ok yang ni memang urine aku berwarna lebih gelap. Kadang2 tu aku perasan masa test urin kat klinik, aku tengok warna urine aku kebanyakannya lebih gelap dari urin dalam bekas orang lain. 

Jerawat. Hormon selama kehamilan memberikan peranan penting. Jika Anda teratur mendapatkan jerawat, itu adalah tanda Anda sedang mengandung bayi laki-laki.
Muka aku masa hamil anak lelaki alhamdulillah tak ditumbuhi jerawat. Aku tak berapa faham maksud teratur mendapatkan jerawat. haha.. Muka aku memang berminyak dan mudah tumbuh jerawat time period tapi sejak hamil aku rase bahagia tak terhingga sebab tak yah berperang dengan jerawat. Tapi bila dah beranak jerawat terus balik semula. Ceh..

Perut kecil. Banyak yang percaya, jika perut Anda tidak terlalu besar saat kehamilan, maka Anda hamil dengan anak laki-laki.
Yang ni aku setuju jugak. Ramai yang tegur perut aku kecik time peggy. Masa aku peggy 7 bulan ada makcik yang terkejut dengan perut aku. Keciknyee.. katenyee lah.. Padahal masa tu aku rasa urat perut aku dah tegang2 dan ada rekahan. Masa 4,5 bulan pun aku nak bergambar dengan perut bumbum pun x best sebab x nampak perut tu. Ingat nak ada memori gambar perut bumbum. Hihi

Ukuran payudara. Selama kehamilan ukuran payudara terus tumbuh membesar. Namun ketika Anda mengandung anak laki-laki, maka ukuran payudara sebelah kanan akan lebih besar daripada sebelah kiri.
Ehem2.. Oklah, honestly aku sebenarnya langsung x perhati tanda yang ni. Kalau aku google tanda ni lebih awal mungkin aku boleh perhati tanda ni. Hohoho

Kaki dingin. Panas tubuh wanita hamil memang berubah, dan cenderung lebih hangat. Namun jika pada kaki suhunya dingin, maka Anda mengandung bayi laki-laki.
Tanda ni pun aku tak perhati langsung. Aku rasa suhu aku biasa2 jer.. hihi

Detak jantung. Ini bisa menjadi petunjuk yang penting. Jika detak jantung di bawah 140 denyut per menit, maka bayi Anda adalah laki-laki.
Maaf, aku pun tak perhatikan tanda ni.. ermmm


Rambut tumbuh. Kecepatan pertumbuhan rambut dipengaruhi oleh hormon, jika kandungan Anda adalah laki-laki, maka pertumbuhan rambut lebih cepat.
Rambut aku memang selalu tumbuh dengan cepat pun..huhu

Ngidam. Wanita yang umumnya memiliki keinginan untuk makan yang asam atau asin, kecenderungan akan memiliki bayi laki-laki.
Seingat aku masa tu aku tak teringin nak makan makanan masam. Aku cuma teringin nak makan benda yang masin2 sikit. Tapi seriously trimester pertama aku x boleh nak telan nasik. x selera langsung.

Posisi tidur. Selama kahamilan, wanita sering cepat lelah. Dan jika posisi tidur sering miring ke kiri, maka ia sedang mengandung anak laki-laki.
Yang ni memang berbeza. Masa hamil anak lelaki aku suka sangat megiring sebelah kanan. Lebih selesa..

Tangan. Saat mengandung anak laki-laki, tangan akan sering kering dan cenderung pecah-pecah, walaupun sudah memakai pelembab.
Tak perhati pun tanda yang ni.. kih kih...

Apapun tanda2 ni sebenarnya hanya suka2 dan tak boleh berharap sangat dengan keinginan jantina anak. Bersyukurlah dengan anugerah yang Allah berikan pada kita. Jangan mengeluh kalau anak deret lelaki, jangan kesal kalau anak deret perempuan. Yang penting baby sihat!!

Tuesday 7 July 2015

Kisah kawan-kawan yang telah pergi

Mesti kite pernah kehilangan kawan2 kan?. Kalau setakat berjauhan tu memang xde hal pun, zaman sekarang canggih manggih,  yang tak jumpa berpuluh2 tahun pun boleh jumpa balik kan. Dalam hidup ni, ada beberapa kawan aku yang telah pergi menghadap ilahi. Aku cuma nak ceritakan 3 antara mereka jer, iaitu kawan aku masa tadika, kawan masa sekolah rendah dan kawan masa sekolah menengah. 3 kawan aku ni InsyaAllah ahli syurga..

Perginya kawan satu tadika
Kawan aku yang sorang nih namanya N (Perempuan). N ni sebenarnya anak cikgu yang mengajar aku jugak. Untunglah mak dia cikgu tadika tu sendiri. Sebenarnya aku dan N ni selalu jer bergaduh. Bukan aku yang cari gaduh, tapi N ni la.. selalu x puas hati kat aku. Selalu jer cari pasal dgn aku. Biasalah, budak2 kan. Kalau diingat2 kan balik memang kelakar. N ni sebenarnya memang cukup tak suka kalau aku bergaya pakai gaun pergi tadika. (masa ni aku xde baju uniform) kalau aku bergaya mesti dia naik angin kenakan aku dengan kakak aku. pernah jugak la dia marah dan tak nak main sama2 dengan aku. Tak tahu la kenape dia mcm tu hehehe... Masa tu aku masih budak2 sejati. Orang buli, diam! orang khianat, diam!. Jadi aku lebih selesa pakai baju kurung jer. N lebih suka kalau imej aku kekampungan berbanding dia je yang boleh bergaya sakan pakai gaun bagai baju warna warni. Janji semua orang kata aku comel! Kikikiki perasan!. Satu perkara lagi yang aku ingat, masa mak aku datang nak ambik aku dari tadika, mak aiii.. bukan main baik lagi si N ni dengan aku. Siap ajak aku main mainan dia sama2. Kalau tak, jangan harap la aku boleh sentuh mainan dia. Sebenarnya N ni meninggal bukan masa masih kat tadika. Aku cuma dapat tahu dia meninggal masa berumur 14 tahun sebab terkena barah usus. Innalillah... Untung N sebab meninggal awal remaja. Aku yang tua baka ni asyik kumpul dosa je x habis2. Apepun, aku maafkan segala kesalahan N pada aku dulu lagipun dia budak lagi masa tu.

Perginya kawan sekolah rendah
Masa sekolah rendah, aku ada sorang kawan ni nama dia A (Lelaki). Dia ni sebenarnya anak kawan mak aku. Boleh dikatekan kami ni memang berkawan n main sama2. Masa ni aku baru darjah 2. Si A ni sebenarnya baik orangnya. Walaupun masih kecik tapi dia tak pernah tinggal sembahyang. Sebab tu Allah sayang. Pernah jugak la aku dan adik beradik pergi rumah dia bermain2, dia pun pernah datang umah aku dengan adik beradik dia main sama2. Tapi aku pernah bergaduh dengan A. Kisahnya masa ni aku balik jalan kaki dari sekolah sama2 dengan kakak aku dan kawan kakak aku. Aku lebih suka balik jalan kaki tapi memang aku naik angin la hari tu si A ni paksa aku naik basikal sama2 dengan dia. Puas aku cakap tak nak. Tapi dia paksa jugak. Aku malu kalau kawan2 aku tengok, nanti mereka fikir bukan2.  Maklumlah budak2, tengok kawan laki-perempuan rapat sikit dah ejek2.. uuuu si polan syg si polan... uuuu si polan berkasih dgn si polan... Sebab tu aku tak nak balik dengan A. Aku tak nak kawan2 sekelas aku tengok. Arghhhh... Kakak dan kawan kakak aku ni pulak paksa jugak aku balik dengan A. EEEIIIII memang angin betullah aku masa tu. Last2 aku kalah jugak. Kena jugak naik basikal sama2 dengan A ni. Apalagi, esoknye kawan2 ada yang gosipkan kami. Ada jugak yg nmpk rupenye. Cisss.. Aku buat tak tahu jer, memang nak kena makan penampor. Tapi, satu hari tak lama lepas tu si A accident dengan motosikal. Dia bawak basikal yang sama dia gendong aku tu. A cedera parah kat kepala dan akhirnya A meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa. Masa dia bertarung nyawa kat hospital, aku pun selalu pergi lawat dia kat ICU. Tapi cuma boleh duk kat luar jelah sebab aku masih budak2 masa tu. Perginya masa berumur 7 tahun. Al fatihah buat kawanku. Syurga tempatmu wahai sahabat.

Perginya kawan sekolah menengah
Masa aku sekolah menengah dulu, aku ada sorang kawan perempuan ni. Baik orangnya. Aku namakan dia sebagai S. S ni pandai mengaji, anak ustaz, berbudi bahasa, cantik tapi dia ada sejenis penyakit yang tak kunjung sembuh sejak dari kecik. Aku sendiri tak boleh nak explain apa penyakit kawan aku ni, pernah dia cerita masa diserang penyakit tu dia celup tangan dalam minyak panas. Dia jadi tak sedar apa yang dia buat. Aku pernah beberapa kali selamatkan S ni dari penyakit dia bila dia diserang penyakit tu tiba2 kat sekolah. Kasihan S. Banyak kenangan aku dengan S ni sebab aku ni cuma duk sebelah dia je dalam kelas. Setakat kena denda dengan cikgu sbb tak siap kerja sekolah tu biasalah. Kikiki... Kami berpisah masa tingkatan 3. Sebelum masuk tingkatan 6, aku ada jumpa pulak S kat sekolah sekejap. Ya Allah, cantiknya si S ni... mata dia bundar, kulit kuning langsat, tinggi lampai. Lepas tu kami dah tak jumpa lagi sampai bila2. Akhirnya pada tahun 2012, masa aku baru beberapa hari melahirkan anak pertama, aku dapat tahu S meninggal dunia kerana melahirkan anak, juga dalam hari terdekat.  Sebenarnya tak ade yang sebut nama dia masa keluarga mertua bagitahu ada seseorang meninggal selepas melahirkan anak. Hati aku cuma kuat mengatakan gadis tu memang S. Sampaikan aku termenung dan membayang2kan S melintas di hadapan aku. Aku selamat melahirkan anak lelaki masa tu, dan S selamat melahirkan anak perempuan yang dikatakan sangat comel. Aku mengorek rahsia tentang siapa sebenarnya yang meninggal dan aku akhirnya tersentak apabila kakak ipar bagitahu memang S yang meninggal. S pun meninggal akibat diserang penyakit lama dia, selepas melahirkan anak.Mungkin tak tahan dengan kesakitan melahirkan anak yang ditanggung.   Paling menyedihkan anaknya menangis mengalirkan air mata semasa menyusu buat kali terakhir. Bayi baru lahir mana menangis mengalir air mata, tapi itu kebesaran Allah. Perginya seorang sahabat yang meninggal syahid kecil melahirkan seorang zuriat. Kalau aku ada anak perempuan satu hari nanti, aku ingin namakan dia sama seperti S. Al fatihah buatmu sahabat...