Thursday 25 June 2015

Pengalaman misteri di Kuartes Guru

Sampai sekarang, bila sebut tentang kuarters guru, mesti pengalaman lalu datang menerjah bertalu2. Ececece... "pengalaman lalu" tu macam kenangan2 romantis je kan?. Takla, apa yang aku maksudkan cuma pengalaman misteri yang belum terungkai sewaktu berada di kuarters guru. Aku bukanlah seorang cikgu. Ayah aku merupakan pesara guru dan bekerja pulak kat bahagian pendidikan jadi kami diberi keistimewaan untuk tinggal di sebuah Kuarters tak jauh dari kampung aku. Entah kenapa masa ni keluarga kami berpindah randah jap. 3 tahun je pun sebab nak pastikan anak2 pergi sekolah dekat sikit.

Kami ni termasuk dalam fasa 1 yang tinggal kat kuarters tu. Boleh dikatakan xada lagi yang tinggal kat sana sebelum kami. Kami orang first. Mula2 teruja jugak la boleh pindah pertama kali. Tapi tak boleh bebas macam kat kampung, boleh berteriak sana teriak sini. Dipendekkan cerita, kami boleh tinggal kat tingkat paling bawah. Best la xyah panjat tangga tinggi2, lagipun mana ada lift. Oleh sebab kakak aku belajar kat matrikulasi, jadi hanya aku je yang duk dalam bilik sorang2. Masa ni aku dalam tingkatan 6. 

Ketindihan, suara dan bayangan aneh

Nak dijadikan cerita, sebenarnya sejak kebelakangan tu aku kerap sangat kena tindih masa tidur. Kalau sekali dua tu aku tak pelik, tapi ni boleh dikatakan setiap kali aku nak lelap pasti kena tindih. Tapi aku tak nak fikir yang bukan2. Mungkin jugak aku keletihan sampaikan badan aku jadi lemah macam tu. Setiap kali aku kena tindih, aku akan baca Ayat kursi. Ajaibnya, setiap kali aku baca ayat kursi mesti tubuh aku boleh bergerak semula. Malam2 pun aku susah jugak nak tidur. Aku rasa benci setiap kali nak lelap sebab selalu je badan aku kejang macam kena tindih tu. Aku masih ingat, ada sekali tu waktu aku kena tindih, tiba2 je aku dapat rasa ada orang yang memukul2 aku dengan bantal. Aku rasa macam real tapi mana tahu kot2 aku mimpi. Aku baca ayat kursi dan gangguan tu hilang. Aku rasa mengantuk sangat tapi bila nak terlelap semula badan aku kembali rasa kejang. Oleh sebab dah tak tahan sangat, aku pun pergi ambil wudhuk dan tidur dalam keadaan berwudhuk. Macam tu la rutin aku masa tidur kat kuarters ni. Apa yang aku tahu dari cerita2 orang, tapak kuarters tu sebenarnya agak keras dan memang dah ada penunggu. Tak tahu la aku terkena tempias nye atau tak, Bukan setakat ketindihan, aku pun pernah jugak la satu malam tu hampir2 je aku nak lelap, tiba2 je ada suara2 bising seolah2 bisikan2 aneh menganggu aku tidur. Dengan suara hilaian di telinga, suara tapak kaki datang menapak ke arah aku dan macam2 bunyi lagi. Kebetulan masa ni aku tinggal dengan kakak aku je kat rumah. Mak ayah aku takde, lupa dah pergi mana. Sampai susah betul aku nak lelapkan mata. Kadang2 bila nak terlelap je aku seolah2 mendengar bising2 dari dapur seolah2 ramai orang dalam rumah ni sedangkan jam dah 2,3 pagi dan senyap sunyi. Penat sangat ke aku?.Kenapa aku tak rasa macam ni masa kat rumah lama aku dulu?. Oklah, itu bab ketindihan. Memang aku tak dapat lari dari ketindihan ni sampai la aku pindah balik semula ke kampung halaman. Aku lupa pulak lepas tu aku mudah terkena ke tak. Tapi aku ada jugak la terbaca dalam blog2, yang bagitahu ketindihan dari sudut medis yang dinamakan sbg fenomena Sleep paralysis. Aku tak faham sangat tentang sleep paralysis ni tapi boleh dikatakan otak kita berjaga tapi badan kite still tidur. Biasanya terjadi sebab keletihan. Keletihan ke?. Aku sebelum pindah sini lagi penat, kejar bas sekolah, jalan kaki sejauh satu kilometer, tunggu bas awam kalau dah balik lewat. Jalan kaki lagi tengah2 panas dah berguling la balik umah. Takde pulak jadi macam ni. Tapi pernah jugak la sekali je berlaku tapi masa ni aku tak nafikan tubuh aku teramat penat dan aku terlelap atas katil. Mengingatkan aku tak solat zohor lagi, jadi aku pun nak bangun tapi tak boleh bergerak. Seletih2 aku dulu, tak pulak alami ketindihan melampau macam ni. 

Bunyi guli dan perabot dialihkan tengah2 malam

Yang ni memang aku tak nafikan setiap malam aku akan dengar bunyi2 guli dan orang mengalih perabot ni tengah2 malam. Bukan aku sorang je yang dengar, mak dan adik beradik aku pun dengar jugak. Oleh sebab aku duk tingkat paling bawah, aku rasa perkara ni normal jelah. Mungkin anak2 jiran atas tu terlalu aktif sampaikan 2,3 pagi pun belum tidur, asyik bermain guli je memanjang. Aku tak tanya la pulak kat mak dia yang anak dia main guli hari2 ke?. Tak bosan ke main guli hari2? kadang2 tu siang hari pun dengar jugak guli2 melantun atas siling tu. Memang taksub guli melampau ni. Siang malam main guli. Walaupun bunyi tu tak menyeramkan langsung, tapi cukup pelik. Bukan setakat bunyi guli, tapi jugak tiap2 malam dengar orang alih perabot. Sampaikan aku naik hairan kenape la rajin sangat jiran2 aku kat atas ni alih perabot malam2. Tak letih ke asyik alih perabot. Berkriut kriut duk alih. Bunyi kerusi dialih, almari berat kena alih. Tiap2 malam. Tapi oleh sebab bunyi tu pun tak menyeramkan langsung, aku tak anggap bende tu sebagai gangguan. Tapi sekarang aku ada ter'google' sesuatu.Rupa2nya bunyi guli dan perabot atas siling ni pun ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.


Sakit kepala misteri

Sebut sakit kepala memang la tak ada ape yang pelik kan?. Tapi kali ni aku nak cerita tentang sakit kepala yang paling pelik berlaku kat aku sebanyak 2 kali.  Aku tak boleh gambarkan dengan kata2 betapa sakitnya sakit kepala misteri yang aku alami masa tu. Bayangkan hari ni kita masih segar dan sihat walafiat, tapi keesokan kita sakit x boleh bangun secara tiba2. Aku cuma selsema sikit2, tapi aku diserang demam dan sakit kepala teramat sangat secara tiba2. Kepala aku tak rasa pening, tak pulak rasa berdenyut2 tapi sakitnya seolah2 ada 10 bijik batu sebesar penumbuk duk kat dalam. Rasa nak pecah kepala, seolah2 dicengkam2. Aku baring rasa sakit, aku jalan rasa sakit, serba serbi rasa sakit. Nak muntah tu tak ada pulak. Kebetulan mak ayah aku pergi pasar. Tinggal aku sorang2 kat kuarters. Aku rasa macam nyawa kat hujung tanduk je menahan sakit teramat ni. Aku tak pernah rasa sakit sebegini rupa. Punyelah tak tahan sampaikan meow aku nak manja2 pun kena marah. Kesian meow. Aku rasa macam dah nak menggelupur atas katil. Aku lega bila mak ayah aku dah balik. Dengan terketar2 dan memapah dinding bilik, aku dapatkan mereka. Aku ajak pergi klinik. Buat pertama kalinya aku dipapah sebab demam. Jujur aku langsung tak boleh jalan. Aku rasa macam nk kene usung dengan katil je masuk dalam kereta. Bila masuk je dalam kereta, aku terus rebah berbaring atas kerusi. Aku langsung tak boleh duduk seperti biasa lagi. Doktor berikan aku MC selama 2 hari. Aku makan ubat yang doktor beri. Sebelum tu aku dah makan ubat tapi langsung tak berkesan.Aku masih terjelopok tak bermaya. Sungguh berat dugaan Allah bagi ni. Sakit sangat2. Kepala aku masih sakiti. Langsung tak berubah. Rupa2nya mak aku ingatkan aku cuma pening2, bila aku kata aku tak pening tapi sakit kepala, mak terus bagitahu ayah. Ayah aku sebenarnya pandai jugak la dalam berubat2 ni kalau non medis... Terus ayah pegang kepala aku. Ayah aku sangat terkejut dan kata panasnya!!!. Ayah aku terus memasukkan tenaga aura ke dalam kepala aku. Aku yang dari tadi kesakitan tiba2 je rasa nak muntah dan loya. Tadi tak pulak rasa nak muntah. Aku dengan kudrat yang tak seberapa terus berlari anak menuju ke tandas. Aku keluarkan apa yang aku rasa macam nak keluar tu. Peliknya memang tak ada apa yang keluar. Tapi aku keluarkan angin2 meloyakan tu keluar dan terus kembali semula untuk teruskan berubat. Lepas ayah aku siap berubat, aku dapat rasakan kesakitan aku beransur hilang. Ajaibnya! Macamana kesakitan aku boleh hilang sekelip mata?... Alhamdulillah, terima kasih ayahku kerana menyelamatkan nyawa anakmu. Aku makan ubat doktor x sembuh2 tapi berubat dengan ayah dengan sekali muntah je terus sembuh. Alhamdulillah, sampai sekarang aku tak lagi didatangi sakit kepala dahsyat macam tu. Siyes, aku tak mahu mengalaminya lagi. 

Sebenarnya ada lagi kisah misteri yang berlaku kat kuarters tu tapi kalau nak cerita jadi panjang pulak.Termasuk la barang kakak aku yang hilang akhirnya dijumpai semula kat tempat yang sama.  Itu belum lagi termasuk jiran2 kat atas yang diusik habis-habisan sampai terpaksa panggil ustaz untuk pagar rumah diorang,. Ada jugak yang terjumpa rambut beserta kulit kepala dalam rumah. Anak jiran pun siap ada pedamping dan selalu cakap sorang2. Boleh dikatakan habis satu penghuni kuarters yang terkena tempiasnya. Aku pun dah lama x menjejakkan kaki ke sana, sejak 9 tahun yang lalu,