Friday 19 June 2015

Terima kasih memilih diriku

Pada malam pertunangan tu ramai yang hadir. Macam tak percaya pulak ramai betul yang datang dari pelusuk kampung. Macam majlis nikah la pulak. Saudara mara aku pun ramai yang datang. Malam tu ayah saudara aku yang ambik alih bercakap dengan keluarga S. Aku asyik bergambar dengan kakak dan kawan baik aku dalam bilik. Asyik duk berselfie dan bergurau senda. Malam ni merupakan malam yang menggembirakan buat kami. Ramai bekas kawan sekelas aku dulu tak percaya yang aku bertunang dengan S. Tak kurang juga yang cakap kami diam2 bercinta pada zaman sekolah dulu. Aku masih ingat, ketika di sekolah rendah dulu aku pernah berkata pada diri aku sendiri. "Satu2nya perkara yang paling mustahil berlaku atas dunia ni adalah aku akan jatuh cinta pada S". Itulah kata2 aku satu ketika aku marahkan S. Ramai jugak yang cakap family yang satukan kami, maknanya bukan pilihan sendiri. Kebetulan beberapa hari lagi dah nak berpuasa. Jadi tak lama lagi puasa la... S pernah cakap, yang dia nak ajak aku berbuka puasa. 
Aku kembali semula ke rumah sewa dengan status baru. Tunangan orang. Rakan2 serumah sewa aku dah takde, masing2 dah balik kampung. Tinggallah aku sorang2.. Sekarang, oleh sebab aku dah tak ada lagi kawan serumah yang lain, aku kena cari rumah sewa lain. Tuan rumah nak bagi menyewa kat budak2 laki pulak. Akhirnya aku sewa satu bilik kat sebuah kedai. Aku terpaksa tinggal kat kedai dobi seorang diri. Sadis betullah. Ramadhan kini tiba dan beberapa minggu aku hanya bersahur dan berbuka sorang diri. Rasa sunyi mula menyelubungi diri. Kawan2 xde, family jauh dan S pun jauh.... S?... Dia cakap nak ajak aku berbuka sama2 tapi kenapa dia tiba2 je macam menyepi?. Ada something wrong ke?..

Rutin harian aku bulan puasa ni cuma pergi kerja, balik pergi bazar dan berbuka lah sorang2. Saban hari aku menunggu S kalau2 dia teringin nak berbuka sama2 dengan tunang dia ni. Huhuhu... Entah kenapa aku rasa S macam lain je beberapa minggu ni. S ada berjauh hati apa2 ke dengan aku?. Pernah sekali tu aku SMS dan S tak balas SMS aku selama 2 hari. Lepas 2 hari barulah S balas tapi xla lama. Kenapa S macam menjauhkan diri dari aku?. Kalau selama ni dia kerap SMS aku tapi kali ni lain pulak. S berubah hati ke?

Aku tak nak fikir apa2 yang boleh buat kepala otak aku serabut. Majlis perkahwinan kami akan berlangsung 4 bulan je lagi. Aku tak nak dikecewakan saat2 akhir. Saat ni aku sangat rindukan gurauan S. Rasa macam dah bertahun tak jumpa walaupun hanya beberapa minggu. Pernah ke aku rindu C macam ni?. Aku rasa tak pernah. Ini ke rasanya rindu?... Bila aku rindukan S, aku akan genggam cincin pertunangan tu kemas2. Aku akan rasa S dekat dengan aku walaupun sekian lama S menyepi. Hanya SMS sekali sekala. Aku juga pernah melakukan istikharah, walaupun tak muncul apa2 dlm mimpi tapi aku dpt rasakan hati aku semakin dekat dengan S. Aku rasa tenang dan damai dengan S. Tepat ke pilihan aku?.

Sampai la ke penghujung Ramadhan, aku sudah berhenti berharap S akan menemui aku untuk ajak berbuka buat kali terakhir sepanjang bergelar tunang ni. Dalam 2 hari terakhir ramadhan barulah S ada call aku. Dia suruh aku bersiap2 sbb nak ajak aku berbuka sama2. Aku tak tahu nak cakap apa. Rasa gembira sangat sebab S memang tak lupakan aku. Dia masih ingat pada aku rupanya. Terkejut juga aku rupa2nya dia ajak berbuka puasa bersama dengan keluarga besar. Semua ada, saudara mara dia pun ada. Aku rasa agak segan dan malu2, tapi aku rasa macam x bosan pulak boleh sembang2 dengan family dia. Diorang memang friendly. Aku lihat anak saudara S melompat2 atas kerusi sambil ditemani kakak ipar S. Kakak Ipar S tu pun sebenarnya kawan sekelas aku jugak. Jadi kami bukan asing pun. Kakak Ipar S bergilir2 dengan suami dia untuk jaga anak. Mak saudara S sempat lagi mengusik S. "nanti giliran kau pulak". Aku jadi malu sendiri. Aku lupa pulak kalau kahwin bukan setakat menyatukan 2 hati tapi... tapi... tapi... berkeluarga dan ada anak2!. Malunye... boleh tak kalau aku nak kawen tapi aku tak nak malam pertame.. Aku malu! Tangan aku pun S tak pernah sentuh inikan pulak .......................... OMG!! Hahaahahaha

Bila dah selesai berbuka puasa, S hantar aku balik ke rumah sewa. Sebelum aku turun dari kereta, S panggil aku. 'Tunggu sekejap'. Aku berpaling.'Kenapa?'.. S menghulurkan aku satu beg kertas. 'Nah, baju raya, tengoklah kot2 padan. Rasanya dah padan.' Aku terkedu. Baju raya??... Aku mengucapkan terima kasih pada S. Tak sangka S belikan aku sepasang baju raya. Aku rasa malu pulak sebab tak belikan S apa2.. Macamana aku nak beli, aku dah lama tak kemana2. Kerja3 je... Aku tengok baju kurung yang S beri. Cantiknya!. Warna purple kehitam hitaman. Lawa sangat. Tiba2 keyakinan aku terhadap S bertaut kembali. 

Tempoh 4 bulan bukanlah lama sangat. Sepanjang tempoh ni mak ayah akulah yang banyak menguruskan urusan perkahwinan aku. Aku langsung tak sempat nak prepare apa2. Takdenye ada tema sendiri. Alhamdulillah.... berkat kesabaran  dan keyakinan dan juga jodoh yang memang Allah aturkan untuk aku akhirnya tarikh 11.11.11 menyatukan aku dan S sebagai suami isteri yang sah. Selepas kahwin la baru aku dapat beberapa rahsia daripada S.

1) S sebenarnya bukanlah mahu mendekati aku hanya setelah aku terima dia sbg rakan dalam FB, tapi dia sudah lama perhatikan aku sejak aku bekerja kat tempat B dulu. Aku selalu melintas di depan kedai dia tapi aku je yang tak perasan.

2) Orang yang rekomen aku bekerja di kedai adalah orang yang sama datang merisik aku untuk S. 

3) Rupa2nya S la yang singgah dengan kereta sport masa aku kerja kat kedai tu. S cakap dia hanya senyum dalam kereta melihat gelagat aku yang kehairanan.

4) S juga cakap aku juga pernah beberapa kali bertembung dengan dia kat kampung tapi aku tak tegur dan tak sapa. Aku pun memang tak kenal dan tak pulak lekat dalam kepala bila tengok sesuatu.

5) S mula aktif mendekati aku setelah kawan dia yang turut menyertai kursus beritahu ada beberapa orang mahu berkawan dengan aku. S tak mahu melepas.

6) Patutlah S jarang sekali jumpa dan contact aku sepanjang bertunang. Rupa2nya ayah saudara aku warning awal2 lagi dalam majlis pertunangan malam tu supaya xyah la nak jumpa2. 4 bulan tak lama pun. S pun taat la kata2 tu

7) S pernah suruh kakak ipar S chat dengan kakak aku mintak nombor telefon aku. Rahsia mengenai aku dan C juga dikorek melalui kakak aku.

Apapun, sekarang sudah hampir 4 tahun kami bergelar suami isteri. Aku pun sudah berhenti kerja kat tempat yang lama tu. Sekarang aku kerja dalam kampung sendiri jugak berdekatan dengan kedai suami. Alhamdulillah, dalam duk rasa malu2 dulu tu sekarang aku dah ada seorang cahaya mata lelaki dan insyaAllah penghujung tahun ni bakal lahir pula zuriat kedua. Aku rasa sangat bahagia dan amat sayangkan S.. Suamiku.... S pun ada cakap sepanjang dia bercinta dengan aku, dia selalu dengar lagu "di saat aku mencintaimu..." Kenapa sedih sangat ni S... Ingatkan aku je yang rasa sedih hari tu rupa2nya S pun sama.. Aku berharap agar kami akan terus disatukan sebagai suami isteri bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat. I love You Hubby... Aku akan teringat suamiku bila dengar lagu ni.. Aku pun sebenarnya asyik layan lagu ni jugak satu ketika dulu bila rindu kat S..hihi