Friday 25 March 2016

Bila suami tidak romantik

Sebut je bab romantik aku rasa macam frust jer.. macam stress jer..  huh!. Tengok isteri lain dapat hadiah, aku pun rasa nak ugak... tengok isteri lain dapat kata-kata romantik, aku pun rasa nak ugak. Bagi pompuan kalau suami tak romantik tandanya suami tak sayang.. eh eh betul ke?? Walaupun ramai yang kata aku ni keras pedal aka keras kepala (suami aku sendiri yang cakap! kah kah) tapi hati aku ni lembut nak perhatian macam pompuan lain jugak. 

Suami tak pernah bagi hadiah..sobss..
Tengok kawan-kawan upload gambar suami bagi bunga, aku cuma mampu like.. like.. wow.. dengan harapan post yang aku like naik kat newsfeed facebook cik abang.. kah .kah... Tengok pulak kawan dapat handbag dari encik suami.. Alahai cemburunya aku.. Beg aku pun dah lama koyak, alangkah bagusnya kalau suami nak bagi beg tangan, 20 ringgit pun jadilah. Asyik-asyik kereta dia je yang boleh melawa. Aku pakai beg menggelupas.. Sobss sobss... Tu belum lagi tengok kawan-kawan bergambar peluk bahu, peluk pinggang, duk rapat-rapat pastu si suami sendiri yang upload gambar dengan caption "with my lovely wife".. "semoga cinta kita sampai jannah".. "terima kasih ibu menjadi ibu untuk anak-anak kita" "i love u my wife".. bla.. bla... romantik giler..... Aku setahun sekali ada la suami tag gambar bersama aku itupun caption untuk anak-anak jer, takde caption untuk aku.. hahaha... bukan gambar kami berdua pun, gambar aku dengan anak, dia dengan anak. 5 tahun kahwin aku belum ada hadiah kesayangan yang aku boleh simpan seumur hidup aku dari suami. dapat beg harga 20 ringgit pun cukup membahagiakan aku. (lagi-lagi nak beg).

Suami dah tak nak rai diri saya... sobss..
Yang ni aku cuma sempat rasa sekali je masa mula-mula kawen.Aku rasa masa tu aku orang paling bertuah dalam dunia. aku rasa akulah yang dapat suami paling sweet dalam dunia. Tapi itu cuma masa sebulan selepas kawen. Bukan main lagi sambut hari lahir akubuat makan-makan, beli kek.. tapi bila dah masuk tahun ke-2, ke-3, ke-4 barulah aku tahu yang tu cuma sambutan hari lahir saya yang pertama dan terakhir dari suami. Ayah mertua aku pulak yang lagi romantik dengan mak mertua aku, time hari lahir atau sambutan ulang tahun bukan main lagi rai dan menggembirakan mak mertua aku, Tiap-tiap tahun lak tu. Kadang-kadang aku pun teringin nak rasa dihargai. Tak mahal tak ape janji ingat dan berusaha nak buat aku gembira, Itu je.. kadang-kaadang aku terfikir jugak, susah sangat ke nak hargai sikit?. Lebih buat aku sedih bila suami dah lupa hari lahir aku. Kadang-kadang mesej dari celcom lak yang ucap untuk aku. "HAPPY BIRTHDAY... ".. Bila kawan-kawan cerita suami dia tak romantik tapi sweet.. Tak romantik macam mana?.. Katanya suami dia nak buat surprise party tapi tak jadi macam perancangan, suami dia tempah tempat khas untuk dia. Aku nak je bagitahu dia memang dah dapat suami super romantik dah kalau tahap macam tu... Aku?? Surprise??.. Kate suami aku... jangan nak tunjuk kat orang... Sobs...Aku tak suruh bagitahu satu dunia pun.. alasan...


Suami jarang peluk, kiss... sobss lagi....

Bab ni memang sensitif sikit tapi yang ni pun memang disukai para isteri. Isteri mana yang tak suka suami selalu peluk, kiss pipi?. Takkan nak peluk dan kiss time "nak pakai" je.. Isteri bukan perempuan simpanan. Kena la selalu peluk atau kiss. Lepas bangun tidur ke, sebelum pergi kerja ke, sebelum tidur ke... barulah isteri rasa diri dia berharga.. berharga kerana dia disayangi setiap masa dan bukan disayangi masa nak guna... yang ni ramai suami yang tak nak ambik tahu... bagi isteri pelukan dan ciuman dari suami adalah lambang kasih sayang... jadi si suami pandai-pandai la ek...



SUAMIKU MEMANG TIDAK ROMANTIK, TAPI... DIA SEORANG LELAKI YANG .........

Kalau tanya orang pompuan semestinya maksud sebenar kasih sayang seorang suami seperti yang aku cakap kat atas. Mula-mula aku memang berjauh hati, sampai aku terfikir suami aku sayang tak kat aku sebenarnya...?.. Ye... jawapannya...

DIA SEORANG LELAKI YANG PENYAYANG, BERTANGGUNGJAWAB DAN SETIA!
Dia memang tidak memeluk aku setiap hari, dia memang tidak mencium aku setiap hari. Dia memang tidak pernah memberiku hadiah walaupun setahun sekali...Tapi, dia cukup menyayangiku... ketika aku sakit.. dialah yang mengambil kain basah dan tuam di dahiku, ketika aku berpantang, dialah yang menguruskan anak-anak , dia yang basuh berak kencing anak, dia yang basuh kain baju, ketika kami makan kat kedai, dialah yang tolong pegang anak kecik, dia bagi aku makan kenyang-kenyang. Dialah yang menyara hidup aku, sampaikan satu sen pun duit aku tidak luak untuk makan minum kami sekeluarga...suamiku memang tidak pernah beritahu satu dunia akulah "his beloved wife", "akulah wanita kesayangannya", tapi... dia menampal namaku pada dashboard keretanya, dan di situ aku tahu akulah satu-satunya wanita yang dia sayangi, tak ada wanita lain yang diheret sekali naik kereta dia, dia kadang-kadang memuatnaik gambar aku dalam facebook walaupun tak ada caption kata-kata manis dan romantis untuk aku. Jadi, di situ aku tahu dia tiada skandal dalam facebook. Dialah yang selalu memaafkan aku ketika aku selalu merajuk dan cemburu buta...kadang-kadang terlontar kata-kata mengguris hati dari bibirku, dialah yang menerima kata-kata ku dengan ucapan maaf . Akulah yang selalu mencari-cari kesalahan dirinya kerana aku terlalu takut dengan sebuah kehilangan dan kecurangan..dialah yang selalu jujur dalam berkata-kata dan kata-katanya tak pernah lari dari apa yang aku tahu.. memang suamiku tak p-pernah membawa aku pergi berbulan madu ketika kami masih tiada anak, tapi dialah yang selalu membawa kami sekeluarga bersiar-siar, dialah yang dukung anak ke sini sana asalkan aku boleh berjalan-jalan dengan senang hati.. dialah suamiku... terlalu banyak kebaikan yang ada padanya... aku bersyukur dengan adanya suamiku yang tidak romantik itu..  memang suamiku kadang-kadang tidak terlalu mengambil berat padaku, tetapi dialah yang pernah tidur dalam kereta berjam-jam untuk mengambil nombor giliran terawal asalkan aku boleh dapatkan rawatan, kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari-cari kesalahan teman hidup kita. Cubalah pejam mata dan ingat segala kebaikan yang ada pada diri pasangan. Pasti kita akan lebih bersyukur dan berbahagia. 



3 comments:

Unknown said...

Betul tu. Lebih baik dapat suami macam ni, dari yang romantik sebab nak tunjuk kat org. Tapi, dalam masa yg sama sebenar-benarnya ada simpan perasaan lain pada perempuan lain. Saya tak suka suami terlalu romantik. Biarlah kasih sayang kita dan dia, hanya Allah dan kita sahaja yang tahu(suami isteri yg tahu). Sebenarnya suami macam ni, tak sempat nak romantik sebab dia banyak fikir tanggungjawab pada keluarga. Inilah namanya lelaki yang matang. Lelaki yang matang lebih penting dari lelaki yang romantik.

Unknown said...

😭😭😭

Unknown said...

Wow apa y dlm blog ckp tula y sy hadapi nak sgt romantik sbb tgo kwn2 dpt hadiah ,kek bnga ,suprise.. Tp aq dr sblum kwin smpila kwin xpenala ada rasa mcm tu .. Suami aq mmg xpdi romantik tp syukur Alhmdulillah makan mnum ckup .. Berusha utk ckupkn apa y xckup dlm uma xpala lw xigt besday ka apa