Tuesday 7 July 2015

Kisah kawan-kawan yang telah pergi

Mesti kite pernah kehilangan kawan2 kan?. Kalau setakat berjauhan tu memang xde hal pun, zaman sekarang canggih manggih,  yang tak jumpa berpuluh2 tahun pun boleh jumpa balik kan. Dalam hidup ni, ada beberapa kawan aku yang telah pergi menghadap ilahi. Aku cuma nak ceritakan 3 antara mereka jer, iaitu kawan aku masa tadika, kawan masa sekolah rendah dan kawan masa sekolah menengah. 3 kawan aku ni InsyaAllah ahli syurga..

Perginya kawan satu tadika
Kawan aku yang sorang nih namanya N (Perempuan). N ni sebenarnya anak cikgu yang mengajar aku jugak. Untunglah mak dia cikgu tadika tu sendiri. Sebenarnya aku dan N ni selalu jer bergaduh. Bukan aku yang cari gaduh, tapi N ni la.. selalu x puas hati kat aku. Selalu jer cari pasal dgn aku. Biasalah, budak2 kan. Kalau diingat2 kan balik memang kelakar. N ni sebenarnya memang cukup tak suka kalau aku bergaya pakai gaun pergi tadika. (masa ni aku xde baju uniform) kalau aku bergaya mesti dia naik angin kenakan aku dengan kakak aku. pernah jugak la dia marah dan tak nak main sama2 dengan aku. Tak tahu la kenape dia mcm tu hehehe... Masa tu aku masih budak2 sejati. Orang buli, diam! orang khianat, diam!. Jadi aku lebih selesa pakai baju kurung jer. N lebih suka kalau imej aku kekampungan berbanding dia je yang boleh bergaya sakan pakai gaun bagai baju warna warni. Janji semua orang kata aku comel! Kikikiki perasan!. Satu perkara lagi yang aku ingat, masa mak aku datang nak ambik aku dari tadika, mak aiii.. bukan main baik lagi si N ni dengan aku. Siap ajak aku main mainan dia sama2. Kalau tak, jangan harap la aku boleh sentuh mainan dia. Sebenarnya N ni meninggal bukan masa masih kat tadika. Aku cuma dapat tahu dia meninggal masa berumur 14 tahun sebab terkena barah usus. Innalillah... Untung N sebab meninggal awal remaja. Aku yang tua baka ni asyik kumpul dosa je x habis2. Apepun, aku maafkan segala kesalahan N pada aku dulu lagipun dia budak lagi masa tu.

Perginya kawan sekolah rendah
Masa sekolah rendah, aku ada sorang kawan ni nama dia A (Lelaki). Dia ni sebenarnya anak kawan mak aku. Boleh dikatekan kami ni memang berkawan n main sama2. Masa ni aku baru darjah 2. Si A ni sebenarnya baik orangnya. Walaupun masih kecik tapi dia tak pernah tinggal sembahyang. Sebab tu Allah sayang. Pernah jugak la aku dan adik beradik pergi rumah dia bermain2, dia pun pernah datang umah aku dengan adik beradik dia main sama2. Tapi aku pernah bergaduh dengan A. Kisahnya masa ni aku balik jalan kaki dari sekolah sama2 dengan kakak aku dan kawan kakak aku. Aku lebih suka balik jalan kaki tapi memang aku naik angin la hari tu si A ni paksa aku naik basikal sama2 dengan dia. Puas aku cakap tak nak. Tapi dia paksa jugak. Aku malu kalau kawan2 aku tengok, nanti mereka fikir bukan2.  Maklumlah budak2, tengok kawan laki-perempuan rapat sikit dah ejek2.. uuuu si polan syg si polan... uuuu si polan berkasih dgn si polan... Sebab tu aku tak nak balik dengan A. Aku tak nak kawan2 sekelas aku tengok. Arghhhh... Kakak dan kawan kakak aku ni pulak paksa jugak aku balik dengan A. EEEIIIII memang angin betullah aku masa tu. Last2 aku kalah jugak. Kena jugak naik basikal sama2 dengan A ni. Apalagi, esoknye kawan2 ada yang gosipkan kami. Ada jugak yg nmpk rupenye. Cisss.. Aku buat tak tahu jer, memang nak kena makan penampor. Tapi, satu hari tak lama lepas tu si A accident dengan motosikal. Dia bawak basikal yang sama dia gendong aku tu. A cedera parah kat kepala dan akhirnya A meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa. Masa dia bertarung nyawa kat hospital, aku pun selalu pergi lawat dia kat ICU. Tapi cuma boleh duk kat luar jelah sebab aku masih budak2 masa tu. Perginya masa berumur 7 tahun. Al fatihah buat kawanku. Syurga tempatmu wahai sahabat.

Perginya kawan sekolah menengah
Masa aku sekolah menengah dulu, aku ada sorang kawan perempuan ni. Baik orangnya. Aku namakan dia sebagai S. S ni pandai mengaji, anak ustaz, berbudi bahasa, cantik tapi dia ada sejenis penyakit yang tak kunjung sembuh sejak dari kecik. Aku sendiri tak boleh nak explain apa penyakit kawan aku ni, pernah dia cerita masa diserang penyakit tu dia celup tangan dalam minyak panas. Dia jadi tak sedar apa yang dia buat. Aku pernah beberapa kali selamatkan S ni dari penyakit dia bila dia diserang penyakit tu tiba2 kat sekolah. Kasihan S. Banyak kenangan aku dengan S ni sebab aku ni cuma duk sebelah dia je dalam kelas. Setakat kena denda dengan cikgu sbb tak siap kerja sekolah tu biasalah. Kikiki... Kami berpisah masa tingkatan 3. Sebelum masuk tingkatan 6, aku ada jumpa pulak S kat sekolah sekejap. Ya Allah, cantiknya si S ni... mata dia bundar, kulit kuning langsat, tinggi lampai. Lepas tu kami dah tak jumpa lagi sampai bila2. Akhirnya pada tahun 2012, masa aku baru beberapa hari melahirkan anak pertama, aku dapat tahu S meninggal dunia kerana melahirkan anak, juga dalam hari terdekat.  Sebenarnya tak ade yang sebut nama dia masa keluarga mertua bagitahu ada seseorang meninggal selepas melahirkan anak. Hati aku cuma kuat mengatakan gadis tu memang S. Sampaikan aku termenung dan membayang2kan S melintas di hadapan aku. Aku selamat melahirkan anak lelaki masa tu, dan S selamat melahirkan anak perempuan yang dikatakan sangat comel. Aku mengorek rahsia tentang siapa sebenarnya yang meninggal dan aku akhirnya tersentak apabila kakak ipar bagitahu memang S yang meninggal. S pun meninggal akibat diserang penyakit lama dia, selepas melahirkan anak.Mungkin tak tahan dengan kesakitan melahirkan anak yang ditanggung.   Paling menyedihkan anaknya menangis mengalirkan air mata semasa menyusu buat kali terakhir. Bayi baru lahir mana menangis mengalir air mata, tapi itu kebesaran Allah. Perginya seorang sahabat yang meninggal syahid kecil melahirkan seorang zuriat. Kalau aku ada anak perempuan satu hari nanti, aku ingin namakan dia sama seperti S. Al fatihah buatmu sahabat...







No comments: