Saturday 19 March 2016

Dari mana aku dapat gangguan?

Sebenarnya di sebalik apa yang terjadi pada aku masih ada lagi perkara yang lebih menyakitkan. Suami aku.. Bila aku bagitahu nak pergi berubat kat DarusSyifa hari tu suami aku macam tak berapa setuju. Katanya aku mengarut dan cakap memang tak ada benda2 ghaib tu melekat pada aku. Sebenarnya sejak dulu (sejak tahun-tahun lepas) lagi aku mengadu asyik bermimpi bukan-bukan. "abang tak percaya la mimpi-mimpi macam tu tanda ada gangguan. mengarut." Aku cuma mampu diam aje la bila suami aku dah tak percaya. Jadi aku kena bertindak seorang diri. Memang sebelum ni aku ada alami mimpi yang pelik-pelik. Nak tahu mimpi apa??

Mimpi dan bangun dalam keadaan terkejut dan berdebar
antaranya aku mimpi ada seorang kanak-kanak perempuan memegang tangan aku dengan kuat dan tak nak lepas. Aku cuba lepaskan pegangan tangan budak tu tapi aku terbangun dalam keadaan berdebar. Selain tu, aku ada mimpi dikejar bayangan orang mengejar aku. Masa aku mimpi tu aku terus terjaga dalam keadaan ketakutan. Mimpi yang lebih menakutkan berlaku masa tahun lepas. Aku mimpi berada dalam bilik air dan melihat cermin. Entah macamana wajah yang aku lihat dalam cermin bertukar menjadi wajah wanita menakutkan menyeringai melihat aku. Aku cuba menjerit meminta tolong tapi suara aku tak terkeluar. Aku tiba-tiba terbangun dalam keadaan berdebar dan rupa-rupanya aku hanya bermimpi. Aku lihat suami dan anak aku tidur nyenyak atas katil. Kebetulan masa tu aku tidur sorang diri. Dada aku berombak laju.

Mimpi dalam tidur yang lena  
Pada suatu malam aku bermimpi dikelilingi orang yang tidak dikenali. Aku tak nampak muka tapi aku hanya nampak tangan ke bawah je sedang dukung seorang bayi comel. Kemudian dia serahkan baby tu pada aku. Aku pun terus ambik dan merenung wajah baby tu. Kemudian aku dah tak ingat aku mimpi apa. Aku pun memang kerap bermimpi najis, tandas kotor, eeeeuuwwwww.... bukan setakat tu je aku mimpi buang air sekali. Aku pun mimpi dikejar dan digigit anjing, mimpi kucing, harimau, ular (siap kena patuk), kala jengking (siap kena sengat plak tu, sakit!) dan macam-macam binatang lah. Serigala hitam dan garang pun ada, dikejar beruk pun ada. Tapi setiap kali aku mimpi mesti ada suami aku ada sekali. hahaha.. aku pernah mimpi suami aku dukung kera. Pernah jugak aku dan suami mimpi dukung bayi tapi bayi tu tajam dan menakutkan. Aku pun selalu mimpi tempat-tempat seram dan menakutkan. Kadang-kadang aku siap baca ayat kursi lagi. tak kurang jugak aku mimpi kuil dan gereja. Ahhh kalau aku nak listkan semua mimpi aku rasanya sampai esok pun aku tak habis taip. hehehe....

Kawan aku ada bagitahu kalau mimpi baby tandanya ada saka, atau ada gangguan. Aku pun try lah google.. memang perghhh betul, banyak betul tandanya.. rasanya hari tu aku dah buat satu artikel tentang ni cer klik cer klik mimpi tanda gangguan jin?. Tahun 2015 tu.. Haaa... sekarang dah masuk 2016. Masa ni aku pendam sengsorang akhirnya memakan diri. Semuanya angkara suami tak percaya.. tak percaya dan langsung tak nak percaya. Siapa lagi aku nak bergantung harap dan mengadu?. Aku ke pusat rawatan islam seorang diri. Kadang-kadang tersayat hati tengok pesakit lain ditemani suami. Aku??.. Ini la aku nak pesan sikit, kalau korang dah tak nak percaya apa yang isteri cakap, sekurang-kurangnya temankanlah dia. Kalau tak nak percaya, sekurang-kurangnya isteri tu percaya pada diri sendiri. Tak hadap nak kepercayaan suami pun. Sebelum aku berubat kat DarusSyifa tu aku merajuk sikit dengan suami. Dia macam perlekehkan aku nak buat rawatan islam. Katanya aku mengarut dan tak ada apa-apa gangguan pada aku. Aku rasa suami aku cuma percaya aku ada gangguan kalau aku dah menjerit-jerit histeria. Walaupun dia izinkan aku pergi, tapi cara dia suruh pergi tu betul-betul buat aku kecik hati. "Pergilah nak pergi pun..".. katanye. Aku mengeleng kepala. Jauh di sudut hati aku mahu dia temankan aku. "Dah kenapa?? Pergilahhh tadi kata nak pergi!". Sungguh aku begitu kecik hati dengan cara dia. Last2 aku terpaksa drive sendiri balik dari pusat rawatan dengan tangan terketar-ketar. Ustaz tu macam tak nak aku drive sorang-sorang sebab dia pun macam pelik aku datang sendiri. Nasib baik aku cuma menggeletar dan menangis je masa ruqyah. Aku balik dan ceritakan pada suami. "Alah.. DarusSyifa selalu macam tu... selalu kata ada gangguan... bla.. bla..". Aku terus pergi tinggalkan suami aku. Sakit hati tak terkata. Kalau dia bukan suami aku dah lama aku pecahkan cermin kereta dia. Geram!.

Macam ni haa... lagak kitorang

Kebetulan tengahari tu kami nak pergi makan kenduri. Masa kat rumah pengantin tu aku bertembung dengan seorang pengamal perubatan Darus Syifa a.k.a sepupu suami aku!. Dia bagitahu mak mertua aku, dia nampak muka aku seolah2 panas membara.. macam tulah lebih kurang. Itu pun mak mertua aku kol. Petang tu suami aku sms nak bagitahu aku something. Katanya nak bawak aku pergi berubat. Mungkin mak mertua aku dah bagitahu aku suami aku. Hahahaha... Sekarang baru nak percaya ke?. Rasanya dah terlambat, aku dah bawak diri aku sendiri untuk rawat diri sendiri. Jadi tak payahlah suamiku sayang nak bersusah payah pulak. Suami aku nak bawak aku jumpa dengan sepupu dia. Masa aku tengah bersiap tu aku pulak yang main angin. " Rasanya tak adelah gangguan. Mengarut... Orang boleh kata belaka.. bla.. bla.. ". Suami aku tengok aku. "Pulak dah.... bila abang tak percaya sayang marah,.. ni sayang pulak kata macam tu."Aku diamkan diri. Entah kenapa aku tak nak pergi berubat pulak. Macam tak ada mood. Aku jawab ." Bukan marah... cuma abang tu... macam tak percaya langsung.".. Sepupu dia kata dia menggeletar bila tengok aku. Aku macam biasa je, tak ada pulak rasa apa-apa. Tapi sepupu dia menggeletar dan kelihatan tergagap bila nak bercakap dengan aku. Macam-macam dia tanya aku untuk cari punca gangguan. Maaf, aku tak boleh jawab sebab simptom tu dan sekian lama.

Nak dijadikan cerita, sejak hari tu, malam tu... suami aku lah yang paling bersungguh-sungguh pasangkan CD alunan AL-Quran dalam rumah. Dia yang terlebih pulak dari aku. Hahahaha... Aku pulak kalau boleh dah tak nak fikir apa-apa lagi dah. Kalau aku sakit sekalipun, aku dah tak nak suami aku ambik tahu lagi. Bila aku dah terbiasa sendiri aku jadi lebih selesa begini.  Aku cuma menanti hari untuk sembuh seperti sedia kala. Suami aku pulak yang bersungguh-sungguh tanya bila aku cuti sebab nak mandikan aku dengan daun bidara. Buat masa ni aku bertahan dengan wangian kasturi. Sejak aku pakai minyak kasturi, muka aku dah kurang rasa tertarik-tarik nak herot. Suami aku siap suruh aku ambik wudhuk sebelum tidur. Nampaknya Allah dah buka mata suami aku. Alhamdulillah...