Monday 14 March 2016

Rupanya bukan masalah saraf biasa

Kenapa mata aku kedut-kedutan

Rasanya lama giler aku x update blog aku nih. Banyak sebenarnya aku nak luahkan tapi masa tak begitu mengizinkan. Pada penghujung 2014 dulu mata belah kanan aku asyik berkedip-kedip jer. Kalau setakat sehari dua xpe jugak, tapi berminggu-minggu kedutan kat mata aku tak berhenti jugak. Sebab tak rasa sakit jadi aku tak ambik pusing sangatlah. Apelah sangat setakat mata kedut-kedutan macam ni. Tapi bila kedutan  semakin parah sampai hujung hidung dengan sudut bibir kanan aku pun turut rasa tertarik ke atas, aku dah mula gelabah. Bukan kedutan biasa!. Aku mulalah bertanya encik Google tentang gejala kedut-kedutan ni. Ada yang sebut tentang Bells Palsy, ada yang sebut pasal Hemifacial Spasme. Hah.. sudah!. Tak fikir panjang aku terus jumpa doktor kat klinik kesihatan. Doktor hairan dengan masalah aku. Dia tidak dapat mengenalpasti apa masalah aku dan suruh aku ambik ujian darah. Tapi lepas tu aku tak dapat apa-apa jawapan dari Klinik Kesihatan. Kedut-kedutan aku semakin tidak menghilang. Bila aku pejamkan mata, sudut hidung dan bibir aku memang jelas rasa tertarik ke atas. Aku terus merujuk ke bahagian pesakit luar kat Hospital Besar pulak. Prosedur sama macam klinik kesihatan. Katanya mungkin aku kekurangan Kalsium. Doktor bagi kalsium tapi kedutan tetap tak menghilang. Oleh kerana keputusan darah aku menyatakan aku sihat walafiat, doktor merujuk aku ke fisioterapi kerana aku dikhuatiri mengalami gangguan saraf. Sempat jugak lah buat 2 kali rawatan tapi x larat aku nak temujanji kat hospital. Mak mertua aku pulak membebel katanya x ada ape2 pun, x payahlah risau sangat. Boleh pulak macam tu eh. Mentang-mentang tak sakit. Bila dia cakap macam tu aku dah fedup nak pergi buat rawatan dan biarkan ajelah.

Nak mata cantik cenggini.. Heliza pinjam mata ;-p

Setahun berlalu tapi mata aku tak pulih sepenuhnya. Tak begitu teruk tapi yang pasti muka aku tak senget macam bells palsy dan tak terkedip-kedip sangat macam hemifacial spasme. Pada awal tahun 2016, kedutan semakin menjadi-jadi dan semakin jadi tertarik ke atas. Oleh sebab aku dah check up dengan rawatan moden, jadi aku akan cuba dengan rawatan jenis akupunture dan urutan pulak. Tapi sebab aku tak mampu nak bayar tiap-tiap bulan sebab mahal, jadi aku tak jadi teruskan. Hahaha... Lagipun tak ada perubahan jugak. Tukang urut tu pulak pandai main duit, aku nak rawat saraf dia pulak cari penyakit-penyakit aku yang lain. Katanya nak rawat dari A-Z tapi rasanya dia nak cekau duit dari A-Z. Cuma sempat buat rawatan 2 kali dan aku dah tak buat rawatan lagi lepas tu.
Tapi kedutan ni menghilang macam tu je masa tahun 2015. Ada jugak sikit2 tapi tak kuat. Aku ingatkan semakin sembuh dan berharap akan pulih sendiri.

Rawatan Tradisional a.k.a rawatan islam

Masuk tahun 2016,  mata aku buat hal lagi.. aku rasa macam nak tampor2 pipi sendiri. rasa tertarik-tarik dan bergerak-gerak. Tak selesa betul. Aku rasa malu nak bercakap dengan sapa-sapa. Bila aku bercakap je aku akan tunduk sebab tak nak orang perasan mata aku berjoget-joget. Macamana ni. Akhirnya encik suami ajak aku pergi jumpa ustaz yang pandai berubat kat sini, Penyakit medical ke non medic ke dia memang pandai. Tiba giliran aku berubat, ustaz tu hanya sentuh pergelangan tangan aku (berlapik ye) dan katanya saraf dalam telinga!. Aku hairan jugak macamana saraf yang duduk kat dalam tu boleh terganggu. Ustaz tu cakap masalah saraf ni akan buat muka aku kebas habis dan mulut boleh herot!. Ya Allah pilu hati aku dengar. Muka yang encik suami masuk minang 5 tahun lepas ni bakal herot tak lama lagi??. Ustaz tu tanya aku ada jatuh motor ke?. Aku kehairanan sebab setahu aku bukan setakat jatuh motor, jatuh tangga ke, jatuh longkang ke, jatuh terduduk ke memang tak pernah dalam tahun-tahun kebelakangan ni. Pastu ustaz tu tengok dalam mata aku. Dah ustaz ni kenapa?. Dia suruh aku lunjurkan kedua-dua kaki. Dia membacakan sesuatu dan letak jari tangan dia kat  jari manis kaki kanan aku. Aku mula mengadu kesakitan. Badan aku mula menggeliat... Aduhh Aduhhh sakit giler macam tertusuk jarum. agak lama jugak dia letak jari dia kat jari manis kaki aku. Sakit betul macam nak terkeluar air mata. Sambil dia pegang sambil dia melawak dengan suami. katenya suami aku silap kawin dengan aku.., patutnya kena tanya dulu aku ni ada penyakit ke x. Hampeh betul hahaha.. tapi selepas berubat dengan ustaz tu, keadaan sebelah muka aku semakin parah. Kebetulan aku kena pergi kursus 4 hari kat Selangor, Selama 4 hari tulah aku terpaksa menyombongkan diri dengan memecilkan diri, menunduk atau tutup muka bila bercakap. Mata aku seperti nak tertutup bila aku berpaling, mulut aku semakin tertarik, sungguh aku hilang harapan. Tak cukup dengan mulut herot, aku mula rasa kebas di sudut bibir dan pipi aku rasa seriau2 macam elektrik. Aku nak cepat-cepat balik ke kampung nak jumpa semula ustaz tu.Tapi kebetulan 2 hari ustaz tu x boleh berubat sebab ada kenduri. Aku bertahan dan aku ingin cuba pergi Darus Syifa pulak. Pagi tu aku pergi ke Darus Syifa sorang-sorang. Nasib baik tak ramai orang.

Aku Diruqyahkan

Aku masuk ke bilik rawatan dan beritahu masalah saraf. Ustaz tu kemudian masuk mengambil sebungkus daun bidara. Katanya daun bidara untuk sakit saraf. Aku mengangguk kepala. Ustaz beritahu mahu cek aku dulu. Aku duduk di atas kerusi dan ustaz meletakkan tangannya ke atas kepala aku. Mula-mula mendengar bacaan tu aku rasa biasa tapi bila masuk minit ke-5 macam tu aku rasa lain macam dah. Aku rasa badan aku seram sejuk, jantung terasa sedikit kencang dan terasa kaki macam ringan-ringan. (tak tahu nak cakap macamana). Aku cuba mengerakkan tangan, aku lihat tangan2 aku mula menggeletar, aku tunduk dan tiba-tiba muncul perasaan sedih yang amat sangat. Aku tak tahu apa yang aku sedihkan. Aku tiba-tiba menangis teresak-esak dan bunyi aku menangis sangat pilu. Aku tak dapat kawal tangisan tu yang berlaku sendiri. Tersedu-sedu!. Tangan dan tubuh aku menggeletar hebat. Ustaz meneruskan pembacaan ruqyah dan menepuk belakang sambil menyapu2 kepala aku. Setelah selesai sesi ruqyah, aku kembali tenang, tapi tangan aku masih sedikit ketar. Agaknya macam ni la rasanya bila dirasuk, Aku macam pernah rasa pengalaman macam ni seperti ada dua orang dalam 1 tubuh di dalam mimpi. Dalam mimpi tu aku dirawat sambil dirasuk. Dua kali aku mimpi dirasuk. Keadaan sama macam sesi ruqyah tadi. Ustaz bagitahu aku sebenarnya saraf aku tak ada masalah, aku sebenarnya ada gangguan. Perghhh horror gile  hahaha... Al kisahnya setahu aku memang kerja benda-benda tu merosakkan tubuh badan manusia bila dia dah berjaya masuk. Walaupun jin dah keluar dengan jayanya, tapi saraf aku macam dah nak rosak. Nampak gaya aku kena cari rawatan saraf semula. Mulai saat tu ustaz berpesan supaya aku membaca ayat-ayat pendinding diri. Aku beli satu buku kecik harganya RM 3. Nampaknya aku ada satu cara nak selamat dari gangguan ... jawapannya jadikan diri kita dekat dengan Allah, jadikan diri kita seorang yang alim. Walaupun niat asal nak jauhi diri dari gangguan, tapi insyaAllah apa yang kite amalkan lepas tu akan melekat di hati dan menjadi hamba yang tetap taat walaupun jin dah tak nak ganggu kite lagi.

YA ALLAH BERIKAN AKU KESEMBUHAN SEMULA... BETAPA SENGSARA AKU RASAKAN...





3 comments:

Unknown said...

Boleh hubungi saya puan?

Unknown said...

Saya nak berjumpa dengan ustaz yg puan berubat tu

Unknown said...

Sekarang puan dah pulih sepenuhnya? Boleh pm saya?