Saturday 6 June 2015

Mimpi-mimpi tanda gangguan jin?

Pernah tak korang bermimpi sesuatu yang pelik, contohnya jatuh dari tempat yang tinggi kemudian berdebar-debar, kemudian korang bermimpi pulak dikejar binatang, dikejar hantu dan macam-macam lagi. Aku yakin korang pasti pernah bermimpi kan?. Kalau tak mimpi menakutkan pun, korang mesti mimpi yang indah-indah. Mimpi berkelah tepi tasik ke, mimpi dilamar putera kayangan ke, mimpi wajah jadi cantik berseri ke.. and so on lah. Aku ni memang kerap jugak la mimpi. Setiap kali tidur memang tak sah la aku tak mimpi. Tapi yang aku hairan kebanyakan mimpi aku ni lebih mirip kepada mimpi tanda gangguan. Isyy ye ke aku ada gangguan?. Apesal aku rasa aku okey jer?.. Nak tahu mimpi-mimpi tanda gangguan tu macaman?. Fakta ni bukan aku yang reka tau. Aku pun ambik fakta ni dari Ustaz Sharhan sendiri. (dari internet la, bukan tanya direct, keh keh keh)

Dalam tidur:

  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
  • Mimpi benda-benda tajam.
  • Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
  • Mimpi salib.
  • Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
  • Susah tidur malam.
  • Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
  • Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
  • Mimpi binatang.
  • Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.


Dalam jaga

  • Berdebar tanpa sebab.
  • Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
  • Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
  • Sakit belakang, rasa berat belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mengantuk dalam majlis ilmu.

Ha... nilah antara tanda-tanda orang yang terkena gangguan ni tau. Sebenarnya ada banyak sebab kita akan terkena gangguan. Mungkin akibat sihir, mungkin akibat saka dan juga ada akibat jin asyik. Menakutkan kan kalau dah terkena benda2 macam ni. Tapi ada jugak sebab kelalaian sendiri menyebabkan kita diganggu. Mana tahu kite pernah buang air merata-rata, atau tibe2 duk curah air panas kat mana-mana tempat. Satu lagi, ramai pendapat yang cakap dunia jin dan syaitan ni mengalami masalah setinggan yang amat teruk. Diorang dah xde tempat dah nak tinggal. Sempit sangat. Jadi badan-badan manusia ni memang sangat best diorang nak tinggal. Lebih-lebih lagi kalau tuan yang dia tumpang tu malas nak beramal ibadat. Sebab tu jangan terkejut bila ramai jugak yang tak sedar diitumpangi jin sampai akhir hayat. Aku pernah dengar sorang makcik ni cakap "ala biar jelah bende tu nak duduk kat situ, bukan ada apa2 pun". Tapi tahu tak benda yang menumpang ni akan memakan diri kita suatu hari nanti?. Nampak remeh tapi hakikatnya tak. Bila ada yang menumpang tubuh kita akan terkena tempias. Mula la kita rasa sakit sana sakit sini. Lenguh sana lenguh sini. Lepas tu bila beribadat kita akan rasa mengantuk. Kadang-kadang baru nak angkat takbir dah menguap panjang. Padahal tadi duk layan Ceria Pop Star xde pulak menguap. Kalau kita student, nak belajar pun rasa malas, nak mengaji pun rasa malas. Sama jugak kite sebagai pekerja. Nak pergi kerja bukan main rasa malas, kalau pergi dengar ceramah-ceramah ilmu pun kita akan rasa bosan, mengantuk. Kuat juga penangan yang menumpang ni. Pendek kata boleh menjejaskan rohani dan jasmani kita lah. Korang ada tak tanda-tanda gangguan ni?. Kalau korang rasa 'konpiuss', korang boleh check sendiri di rumah. Tapi pastikan kalau nak cek, pastikan korang tidak keseorangan. Ada caaranya tau, mudah jer, korang dengar surah Ruqyah (dalam youtube pun ada). Dengar guna volume kuat dan pejamkan mata. Jangan ikut bacaan tu samada guna mulut ataupun dalam hati. Kalau korang rasa something wrong tu, memang sah la badan korang ada penghuni. Something wrong macamana?. 

Kalau korang rasa macam ni memang sah le tu
  • Denyutan jantung makin kencang
  • Badan bergetar
  • Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  • Mengantuk/menguap
  • Batuk
  • Gelisah
  • Panas di tengkuk
Oleh sebab aku ada banyak tanda gangguan yang kat atas tu (yang aku buat tulisan kaler merah) jadi aku pun try la dengar. Hanya sekali je aku boleh dengar bacaan ni dengan sepenuh tumpuan. Lepas habis baca tu, tak lama kemudian aku rasa ada rasa semut-semut yang merayap kat pipi aku. Rasa semut-semut yang agak banyak. Aku tepis tapi memang xde apa pun. Aku siap tanya kawan aku ada apa2 ke kat pipi aku?. Aku tak pernah rasa semut-semut macam tu. Tak lama kemudian aku tanya seorang ustaz suruh cek. Ya! Aku memang ada gangguan. Gangguan tu dalam bentuk apa pun aku tak tahu. Katanya memang ada anasir luaran. Oleh sebab ustaz tu cakap gangguan tu tak kuat sangat, jadi aku tak la pergi berubat. Cukup aku tanamkan iman dalam hati dan selalu berdoa semoga dijauhkan dari segala perkara yang tak diingini. Jadi kalau korang kerap mimpi pelik2 mcm tu cepat2 la cek ye. Aku bernasib baik la gangguan tak kuat. Kalau korang ada gangguan kuat macamana?. Jadi apa yang Ustaz Sharhan bagitahu tentang tanda-tanda tu memang betul pun. tak tipu.. Tapi kalau korang mimpi benda2 tu tapi xde gangguan, Alhamdulillah.. mungkin hanya mainan tidur semata2... Wallahuallam...

Aduh... Kenapa aku sakit kepala

Aku masih ingat pada tahun lepas aku diserang sakit kepala misteri. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba je kepala aku rasa pening berpanjangan, pandangan aku berpinar-pinar dan kadang-kadang tu aku rasa letih dan tak bermaya. Kadang-kadang tu aku rasa pandangan aku bergerak-gerak macam nak tumbang. Kalau setakat 2,3 hari tu aku tak hairan. Mungkin aku tak cukup rehat atau tak cukup tido kot. Tapi dah 2,3 bulan tau... jadi aku suspek tekanan darah aku tak stabil. Yelah, masa hamil anak pertama dulu tekanan darah aku kerap jugak rendah. Tapi taklah rendah sangat, setakat 90/60. Rendah ke?... bagi aku biasa je tu.

Mula-mula aku nak ignore je lah mana tahu kot-kot pulih serta merta. Macam-macam dalam kepala aku fikir tentang sakit kepala misteri aku nih. Kot-kot aku pregnant tanpa sedar. Tapi macamana aku boleh pregnant pulak sebab masih dalam perancangan nak tambah lagi. Tapi kalau ada 'tuan' pun apa salahnya kan?. Keh keh keh.. gatal... Aku pun dengan rasa berdebar-debar pergi farmasi beli upt. Dengan perasaan berdebar-debar aku tunggu result upt yang tengah slowly bergerak kat tingkap result. Eh... eh... ceh 1 line je.. kah kah... Aku tak pregnant pun. Aku nak tunggu dulu lah beberapa hari lagi biar kepala aku berhenti pening. Oleh sebab aku ni kerja depan komputer, jadi aku suspek komputer ni pun penyebab kepala aku selalu sakit. Ye ke?. Yelah kot... Pada suatu hari tu aku dengan suami pergi beli barang kat pasar raya. Entah kenapa tiba-tiba pandangan aku rasa berombak dan aku rasa macam nak tumbang. Eh, apasal dengan aku ni?. Masa tu kepala aku still rasa pening. Bukan masa kat pasaraya je, tapi kat rumah pun aku tiba-tiba rasa berpinar. Ahhh tak boleh jadi ni. Aku ada penyakit apa ni?... esok aku decide nak pergi cek dekat klinik. Aku masa ni yakin 99% yang aku sakit kepala sebab tekanan darah tak stabil.

Esoknya aku pergi lah klinik terdekat. Aku cerita la dari A-Z apa yang aku rasa. Doktor perempuan tu mula-mula ingatkan aku pregnant. Tapi masa tu aku baru lepas seminggu datang 'tetamu' jadi memang taklah kan... Lepas tu doktor tu cek tekanan darah aku. Katanya Excellent!!.. Berapa result tu aku tak tanya tapi katanya tekanan darah aku memang ok lah. Pendek kata aku ni memang sihat la. Tiba-tiba dia bangun dan tunjukkan aku sesuatu yang dia tampal kat dinding. satu poster yang ada tulisan-tulisan kat atas tu. Ada tulisan kecik ada tulisan besar. Dia tunjuk tulisan yang agak kecik kat poster tu. "Awak boleh baca tak?" Aku pun perhati jelah tulisan yang dia tunjuk tu. "Erk... tak boleh..". Doktor tu senyum jer, katanya dia boleh baca. Doktor sahkan aku ada rabun silau atau nama saintifik dia 'astigmatisme' dan aku dinasihatkan pergi ke optometris untuk sahkan. Perghh... aku rabun silau rupenye kenapa aku boleh tak tahu. Nasib baik jugaklah aku tak sakit kronik ape-ape. Tapi agak malang bila doktor tu bagi vitamin A berharga RM30.00. Katanya baik untuk mata. Dari aku beli vitamin A yang tak seberapa banyak tu lebih baik aku beli lobak merah RM30.00. Aku pun terus pergi Kat kedai optometris terdekat. Jadi memang betullah aku ada rabun silau. Taklah tinggi sangat. 170 sebelah kanan, 180 sebelah kiri. Hampir cecah 200 jugak lah power dia tu. Patutlah sakit kepala. 

Esoknya aku dan suami pergi ke optometris yang ada doktor mata. Optometris kelmarin xde doktor mata pun. Ada doktor mesin je pun. Hari tu jugak aku dah ada mata empat segi. Macam janggal la pulak pakai spek mata  ni. Dah berpuluh tahun aku hidup di muka bumi tibe-tibe kena pakai spek mata aku rasa janggal. Nasib baik la aku xde rabun jauh. Rabun silau je semata-mata. Doktor cakap rabun silau ni sebenarnya boleh sembuh. Satu lagi katanya, usia macam aku ni kalau ada rabun silau, power dia biasanya dah tak naik. Kalau power aku sekarang ni 170 & 180, power ni akan kekal macam ni lah. Kalau aku masih remaja ada kemungkinan silau tu akan meningkat lagi. Doktor tu pun cakap rabun silau ni boleh turun kalau kita amalkan pemakaian spek ni. Spek ni akan baiki balik titik fokus mata kita. Rabun silau ni walaupun kita anggap biasa tapi boleh undang bahaya jugak. Lebih-lebih lagi waktu malam. Kalau nak drive kita akan rasa semua orang pasang 'lampu tinggi'. Padahal mata kite yang silau. Korang nak tahu tak rabun silau ni apa?. Setahu aku rabun silau ni berlaku bila 2 atau lebih titik fokus berlaku dalam mata (ayat apa aku guna ni?). Jadi korang akan nampak sesuatu objek akan berlapis-lapis. Patutlah aku tengok bulan mengambang malam-malam dah tak cantik macam dulu-dulu. Rupa-rupanya aku ada rabun silau sejak dari sekolah rendah.Sekarang bila aku pakai spek dan tengok bulan, barulah aku nampak bulan tu punyelah comel. Selama ni aku tengok bulan tu berlapis-lapis, Tak nampak bulat. Aku jadi asyik pulak bila dah dapat spek ni. Semuanya dah jadi clear. Tapi bukan mudah nak biasakan pakai spek untuk rabun silau ni. Walaupun mata lebih clear, tapi kepala agak sakit nak terima. Kena paksa diri jugak. Kalau tak paksa diri nanti mata akan lebih sengsara, Kesian mata tau! Jadi aku nak nasihatkan la sape-sape yang ada sakit kepala misteri tu boleh la cek mata kat optometris ye. Tak bayar pun, free jer. Kalau mata korang ok, barulah pergi cek klinik kot2 la bukan disebabkan rabun. Lepas dah dapat spek mata ni, aku baru teringat vitamin A yang aku tertinggal dalam kereta berhari-hari. Cehhhh... dah cair!!kalau vitamin B mesti dah semerbak dalam kereta aku. Cair duit aku 30 hingget... Kahh kahh kahh