Thursday 25 June 2015

Pengalaman misteri di Kuartes Guru

Sampai sekarang, bila sebut tentang kuarters guru, mesti pengalaman lalu datang menerjah bertalu2. Ececece... "pengalaman lalu" tu macam kenangan2 romantis je kan?. Takla, apa yang aku maksudkan cuma pengalaman misteri yang belum terungkai sewaktu berada di kuarters guru. Aku bukanlah seorang cikgu. Ayah aku merupakan pesara guru dan bekerja pulak kat bahagian pendidikan jadi kami diberi keistimewaan untuk tinggal di sebuah Kuarters tak jauh dari kampung aku. Entah kenapa masa ni keluarga kami berpindah randah jap. 3 tahun je pun sebab nak pastikan anak2 pergi sekolah dekat sikit.

Kami ni termasuk dalam fasa 1 yang tinggal kat kuarters tu. Boleh dikatakan xada lagi yang tinggal kat sana sebelum kami. Kami orang first. Mula2 teruja jugak la boleh pindah pertama kali. Tapi tak boleh bebas macam kat kampung, boleh berteriak sana teriak sini. Dipendekkan cerita, kami boleh tinggal kat tingkat paling bawah. Best la xyah panjat tangga tinggi2, lagipun mana ada lift. Oleh sebab kakak aku belajar kat matrikulasi, jadi hanya aku je yang duk dalam bilik sorang2. Masa ni aku dalam tingkatan 6. 

Ketindihan, suara dan bayangan aneh

Nak dijadikan cerita, sebenarnya sejak kebelakangan tu aku kerap sangat kena tindih masa tidur. Kalau sekali dua tu aku tak pelik, tapi ni boleh dikatakan setiap kali aku nak lelap pasti kena tindih. Tapi aku tak nak fikir yang bukan2. Mungkin jugak aku keletihan sampaikan badan aku jadi lemah macam tu. Setiap kali aku kena tindih, aku akan baca Ayat kursi. Ajaibnya, setiap kali aku baca ayat kursi mesti tubuh aku boleh bergerak semula. Malam2 pun aku susah jugak nak tidur. Aku rasa benci setiap kali nak lelap sebab selalu je badan aku kejang macam kena tindih tu. Aku masih ingat, ada sekali tu waktu aku kena tindih, tiba2 je aku dapat rasa ada orang yang memukul2 aku dengan bantal. Aku rasa macam real tapi mana tahu kot2 aku mimpi. Aku baca ayat kursi dan gangguan tu hilang. Aku rasa mengantuk sangat tapi bila nak terlelap semula badan aku kembali rasa kejang. Oleh sebab dah tak tahan sangat, aku pun pergi ambil wudhuk dan tidur dalam keadaan berwudhuk. Macam tu la rutin aku masa tidur kat kuarters ni. Apa yang aku tahu dari cerita2 orang, tapak kuarters tu sebenarnya agak keras dan memang dah ada penunggu. Tak tahu la aku terkena tempias nye atau tak, Bukan setakat ketindihan, aku pun pernah jugak la satu malam tu hampir2 je aku nak lelap, tiba2 je ada suara2 bising seolah2 bisikan2 aneh menganggu aku tidur. Dengan suara hilaian di telinga, suara tapak kaki datang menapak ke arah aku dan macam2 bunyi lagi. Kebetulan masa ni aku tinggal dengan kakak aku je kat rumah. Mak ayah aku takde, lupa dah pergi mana. Sampai susah betul aku nak lelapkan mata. Kadang2 bila nak terlelap je aku seolah2 mendengar bising2 dari dapur seolah2 ramai orang dalam rumah ni sedangkan jam dah 2,3 pagi dan senyap sunyi. Penat sangat ke aku?.Kenapa aku tak rasa macam ni masa kat rumah lama aku dulu?. Oklah, itu bab ketindihan. Memang aku tak dapat lari dari ketindihan ni sampai la aku pindah balik semula ke kampung halaman. Aku lupa pulak lepas tu aku mudah terkena ke tak. Tapi aku ada jugak la terbaca dalam blog2, yang bagitahu ketindihan dari sudut medis yang dinamakan sbg fenomena Sleep paralysis. Aku tak faham sangat tentang sleep paralysis ni tapi boleh dikatakan otak kita berjaga tapi badan kite still tidur. Biasanya terjadi sebab keletihan. Keletihan ke?. Aku sebelum pindah sini lagi penat, kejar bas sekolah, jalan kaki sejauh satu kilometer, tunggu bas awam kalau dah balik lewat. Jalan kaki lagi tengah2 panas dah berguling la balik umah. Takde pulak jadi macam ni. Tapi pernah jugak la sekali je berlaku tapi masa ni aku tak nafikan tubuh aku teramat penat dan aku terlelap atas katil. Mengingatkan aku tak solat zohor lagi, jadi aku pun nak bangun tapi tak boleh bergerak. Seletih2 aku dulu, tak pulak alami ketindihan melampau macam ni. 

Bunyi guli dan perabot dialihkan tengah2 malam

Yang ni memang aku tak nafikan setiap malam aku akan dengar bunyi2 guli dan orang mengalih perabot ni tengah2 malam. Bukan aku sorang je yang dengar, mak dan adik beradik aku pun dengar jugak. Oleh sebab aku duk tingkat paling bawah, aku rasa perkara ni normal jelah. Mungkin anak2 jiran atas tu terlalu aktif sampaikan 2,3 pagi pun belum tidur, asyik bermain guli je memanjang. Aku tak tanya la pulak kat mak dia yang anak dia main guli hari2 ke?. Tak bosan ke main guli hari2? kadang2 tu siang hari pun dengar jugak guli2 melantun atas siling tu. Memang taksub guli melampau ni. Siang malam main guli. Walaupun bunyi tu tak menyeramkan langsung, tapi cukup pelik. Bukan setakat bunyi guli, tapi jugak tiap2 malam dengar orang alih perabot. Sampaikan aku naik hairan kenape la rajin sangat jiran2 aku kat atas ni alih perabot malam2. Tak letih ke asyik alih perabot. Berkriut kriut duk alih. Bunyi kerusi dialih, almari berat kena alih. Tiap2 malam. Tapi oleh sebab bunyi tu pun tak menyeramkan langsung, aku tak anggap bende tu sebagai gangguan. Tapi sekarang aku ada ter'google' sesuatu.Rupa2nya bunyi guli dan perabot atas siling ni pun ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.


Sakit kepala misteri

Sebut sakit kepala memang la tak ada ape yang pelik kan?. Tapi kali ni aku nak cerita tentang sakit kepala yang paling pelik berlaku kat aku sebanyak 2 kali.  Aku tak boleh gambarkan dengan kata2 betapa sakitnya sakit kepala misteri yang aku alami masa tu. Bayangkan hari ni kita masih segar dan sihat walafiat, tapi keesokan kita sakit x boleh bangun secara tiba2. Aku cuma selsema sikit2, tapi aku diserang demam dan sakit kepala teramat sangat secara tiba2. Kepala aku tak rasa pening, tak pulak rasa berdenyut2 tapi sakitnya seolah2 ada 10 bijik batu sebesar penumbuk duk kat dalam. Rasa nak pecah kepala, seolah2 dicengkam2. Aku baring rasa sakit, aku jalan rasa sakit, serba serbi rasa sakit. Nak muntah tu tak ada pulak. Kebetulan mak ayah aku pergi pasar. Tinggal aku sorang2 kat kuarters. Aku rasa macam nyawa kat hujung tanduk je menahan sakit teramat ni. Aku tak pernah rasa sakit sebegini rupa. Punyelah tak tahan sampaikan meow aku nak manja2 pun kena marah. Kesian meow. Aku rasa macam dah nak menggelupur atas katil. Aku lega bila mak ayah aku dah balik. Dengan terketar2 dan memapah dinding bilik, aku dapatkan mereka. Aku ajak pergi klinik. Buat pertama kalinya aku dipapah sebab demam. Jujur aku langsung tak boleh jalan. Aku rasa macam nk kene usung dengan katil je masuk dalam kereta. Bila masuk je dalam kereta, aku terus rebah berbaring atas kerusi. Aku langsung tak boleh duduk seperti biasa lagi. Doktor berikan aku MC selama 2 hari. Aku makan ubat yang doktor beri. Sebelum tu aku dah makan ubat tapi langsung tak berkesan.Aku masih terjelopok tak bermaya. Sungguh berat dugaan Allah bagi ni. Sakit sangat2. Kepala aku masih sakiti. Langsung tak berubah. Rupa2nya mak aku ingatkan aku cuma pening2, bila aku kata aku tak pening tapi sakit kepala, mak terus bagitahu ayah. Ayah aku sebenarnya pandai jugak la dalam berubat2 ni kalau non medis... Terus ayah pegang kepala aku. Ayah aku sangat terkejut dan kata panasnya!!!. Ayah aku terus memasukkan tenaga aura ke dalam kepala aku. Aku yang dari tadi kesakitan tiba2 je rasa nak muntah dan loya. Tadi tak pulak rasa nak muntah. Aku dengan kudrat yang tak seberapa terus berlari anak menuju ke tandas. Aku keluarkan apa yang aku rasa macam nak keluar tu. Peliknya memang tak ada apa yang keluar. Tapi aku keluarkan angin2 meloyakan tu keluar dan terus kembali semula untuk teruskan berubat. Lepas ayah aku siap berubat, aku dapat rasakan kesakitan aku beransur hilang. Ajaibnya! Macamana kesakitan aku boleh hilang sekelip mata?... Alhamdulillah, terima kasih ayahku kerana menyelamatkan nyawa anakmu. Aku makan ubat doktor x sembuh2 tapi berubat dengan ayah dengan sekali muntah je terus sembuh. Alhamdulillah, sampai sekarang aku tak lagi didatangi sakit kepala dahsyat macam tu. Siyes, aku tak mahu mengalaminya lagi. 

Sebenarnya ada lagi kisah misteri yang berlaku kat kuarters tu tapi kalau nak cerita jadi panjang pulak.Termasuk la barang kakak aku yang hilang akhirnya dijumpai semula kat tempat yang sama.  Itu belum lagi termasuk jiran2 kat atas yang diusik habis-habisan sampai terpaksa panggil ustaz untuk pagar rumah diorang,. Ada jugak yang terjumpa rambut beserta kulit kepala dalam rumah. Anak jiran pun siap ada pedamping dan selalu cakap sorang2. Boleh dikatakan habis satu penghuni kuarters yang terkena tempiasnya. Aku pun dah lama x menjejakkan kaki ke sana, sejak 9 tahun yang lalu,



Friday 19 June 2015

Terima kasih memilih diriku

Pada malam pertunangan tu ramai yang hadir. Macam tak percaya pulak ramai betul yang datang dari pelusuk kampung. Macam majlis nikah la pulak. Saudara mara aku pun ramai yang datang. Malam tu ayah saudara aku yang ambik alih bercakap dengan keluarga S. Aku asyik bergambar dengan kakak dan kawan baik aku dalam bilik. Asyik duk berselfie dan bergurau senda. Malam ni merupakan malam yang menggembirakan buat kami. Ramai bekas kawan sekelas aku dulu tak percaya yang aku bertunang dengan S. Tak kurang juga yang cakap kami diam2 bercinta pada zaman sekolah dulu. Aku masih ingat, ketika di sekolah rendah dulu aku pernah berkata pada diri aku sendiri. "Satu2nya perkara yang paling mustahil berlaku atas dunia ni adalah aku akan jatuh cinta pada S". Itulah kata2 aku satu ketika aku marahkan S. Ramai jugak yang cakap family yang satukan kami, maknanya bukan pilihan sendiri. Kebetulan beberapa hari lagi dah nak berpuasa. Jadi tak lama lagi puasa la... S pernah cakap, yang dia nak ajak aku berbuka puasa. 
Aku kembali semula ke rumah sewa dengan status baru. Tunangan orang. Rakan2 serumah sewa aku dah takde, masing2 dah balik kampung. Tinggallah aku sorang2.. Sekarang, oleh sebab aku dah tak ada lagi kawan serumah yang lain, aku kena cari rumah sewa lain. Tuan rumah nak bagi menyewa kat budak2 laki pulak. Akhirnya aku sewa satu bilik kat sebuah kedai. Aku terpaksa tinggal kat kedai dobi seorang diri. Sadis betullah. Ramadhan kini tiba dan beberapa minggu aku hanya bersahur dan berbuka sorang diri. Rasa sunyi mula menyelubungi diri. Kawan2 xde, family jauh dan S pun jauh.... S?... Dia cakap nak ajak aku berbuka sama2 tapi kenapa dia tiba2 je macam menyepi?. Ada something wrong ke?..

Rutin harian aku bulan puasa ni cuma pergi kerja, balik pergi bazar dan berbuka lah sorang2. Saban hari aku menunggu S kalau2 dia teringin nak berbuka sama2 dengan tunang dia ni. Huhuhu... Entah kenapa aku rasa S macam lain je beberapa minggu ni. S ada berjauh hati apa2 ke dengan aku?. Pernah sekali tu aku SMS dan S tak balas SMS aku selama 2 hari. Lepas 2 hari barulah S balas tapi xla lama. Kenapa S macam menjauhkan diri dari aku?. Kalau selama ni dia kerap SMS aku tapi kali ni lain pulak. S berubah hati ke?

Aku tak nak fikir apa2 yang boleh buat kepala otak aku serabut. Majlis perkahwinan kami akan berlangsung 4 bulan je lagi. Aku tak nak dikecewakan saat2 akhir. Saat ni aku sangat rindukan gurauan S. Rasa macam dah bertahun tak jumpa walaupun hanya beberapa minggu. Pernah ke aku rindu C macam ni?. Aku rasa tak pernah. Ini ke rasanya rindu?... Bila aku rindukan S, aku akan genggam cincin pertunangan tu kemas2. Aku akan rasa S dekat dengan aku walaupun sekian lama S menyepi. Hanya SMS sekali sekala. Aku juga pernah melakukan istikharah, walaupun tak muncul apa2 dlm mimpi tapi aku dpt rasakan hati aku semakin dekat dengan S. Aku rasa tenang dan damai dengan S. Tepat ke pilihan aku?.

Sampai la ke penghujung Ramadhan, aku sudah berhenti berharap S akan menemui aku untuk ajak berbuka buat kali terakhir sepanjang bergelar tunang ni. Dalam 2 hari terakhir ramadhan barulah S ada call aku. Dia suruh aku bersiap2 sbb nak ajak aku berbuka sama2. Aku tak tahu nak cakap apa. Rasa gembira sangat sebab S memang tak lupakan aku. Dia masih ingat pada aku rupanya. Terkejut juga aku rupa2nya dia ajak berbuka puasa bersama dengan keluarga besar. Semua ada, saudara mara dia pun ada. Aku rasa agak segan dan malu2, tapi aku rasa macam x bosan pulak boleh sembang2 dengan family dia. Diorang memang friendly. Aku lihat anak saudara S melompat2 atas kerusi sambil ditemani kakak ipar S. Kakak Ipar S tu pun sebenarnya kawan sekelas aku jugak. Jadi kami bukan asing pun. Kakak Ipar S bergilir2 dengan suami dia untuk jaga anak. Mak saudara S sempat lagi mengusik S. "nanti giliran kau pulak". Aku jadi malu sendiri. Aku lupa pulak kalau kahwin bukan setakat menyatukan 2 hati tapi... tapi... tapi... berkeluarga dan ada anak2!. Malunye... boleh tak kalau aku nak kawen tapi aku tak nak malam pertame.. Aku malu! Tangan aku pun S tak pernah sentuh inikan pulak .......................... OMG!! Hahaahahaha

Bila dah selesai berbuka puasa, S hantar aku balik ke rumah sewa. Sebelum aku turun dari kereta, S panggil aku. 'Tunggu sekejap'. Aku berpaling.'Kenapa?'.. S menghulurkan aku satu beg kertas. 'Nah, baju raya, tengoklah kot2 padan. Rasanya dah padan.' Aku terkedu. Baju raya??... Aku mengucapkan terima kasih pada S. Tak sangka S belikan aku sepasang baju raya. Aku rasa malu pulak sebab tak belikan S apa2.. Macamana aku nak beli, aku dah lama tak kemana2. Kerja3 je... Aku tengok baju kurung yang S beri. Cantiknya!. Warna purple kehitam hitaman. Lawa sangat. Tiba2 keyakinan aku terhadap S bertaut kembali. 

Tempoh 4 bulan bukanlah lama sangat. Sepanjang tempoh ni mak ayah akulah yang banyak menguruskan urusan perkahwinan aku. Aku langsung tak sempat nak prepare apa2. Takdenye ada tema sendiri. Alhamdulillah.... berkat kesabaran  dan keyakinan dan juga jodoh yang memang Allah aturkan untuk aku akhirnya tarikh 11.11.11 menyatukan aku dan S sebagai suami isteri yang sah. Selepas kahwin la baru aku dapat beberapa rahsia daripada S.

1) S sebenarnya bukanlah mahu mendekati aku hanya setelah aku terima dia sbg rakan dalam FB, tapi dia sudah lama perhatikan aku sejak aku bekerja kat tempat B dulu. Aku selalu melintas di depan kedai dia tapi aku je yang tak perasan.

2) Orang yang rekomen aku bekerja di kedai adalah orang yang sama datang merisik aku untuk S. 

3) Rupa2nya S la yang singgah dengan kereta sport masa aku kerja kat kedai tu. S cakap dia hanya senyum dalam kereta melihat gelagat aku yang kehairanan.

4) S juga cakap aku juga pernah beberapa kali bertembung dengan dia kat kampung tapi aku tak tegur dan tak sapa. Aku pun memang tak kenal dan tak pulak lekat dalam kepala bila tengok sesuatu.

5) S mula aktif mendekati aku setelah kawan dia yang turut menyertai kursus beritahu ada beberapa orang mahu berkawan dengan aku. S tak mahu melepas.

6) Patutlah S jarang sekali jumpa dan contact aku sepanjang bertunang. Rupa2nya ayah saudara aku warning awal2 lagi dalam majlis pertunangan malam tu supaya xyah la nak jumpa2. 4 bulan tak lama pun. S pun taat la kata2 tu

7) S pernah suruh kakak ipar S chat dengan kakak aku mintak nombor telefon aku. Rahsia mengenai aku dan C juga dikorek melalui kakak aku.

Apapun, sekarang sudah hampir 4 tahun kami bergelar suami isteri. Aku pun sudah berhenti kerja kat tempat yang lama tu. Sekarang aku kerja dalam kampung sendiri jugak berdekatan dengan kedai suami. Alhamdulillah, dalam duk rasa malu2 dulu tu sekarang aku dah ada seorang cahaya mata lelaki dan insyaAllah penghujung tahun ni bakal lahir pula zuriat kedua. Aku rasa sangat bahagia dan amat sayangkan S.. Suamiku.... S pun ada cakap sepanjang dia bercinta dengan aku, dia selalu dengar lagu "di saat aku mencintaimu..." Kenapa sedih sangat ni S... Ingatkan aku je yang rasa sedih hari tu rupa2nya S pun sama.. Aku berharap agar kami akan terus disatukan sebagai suami isteri bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat. I love You Hubby... Aku akan teringat suamiku bila dengar lagu ni.. Aku pun sebenarnya asyik layan lagu ni jugak satu ketika dulu bila rindu kat S..hihi

 













Thursday 18 June 2015

Selamat tinggal kisah cinta beruk

Majlis pertunangan aku bakal berlangsung beberapa hari lagi. Aku lupa nak bagitahu macamana mak ayah aku boleh bersetuju dengan pertunangan ni. Aku belum cerita bagaimana aku pecahkan rahsia antara aku dan S kat parents aku. Pada satu hari hujung minggu tu S ada jemput aku balik ke kampung. Biasanya hujung minggu ayah aku yang akan ambik, tapi kali ni S kata nak hantar aku balik. Petang tu satu yang istimewa berlaku. S rupa2nya datang ambik aku bersama mak dan adik dia. Aku rasa agak gementar bertemu dengan mak S. Mak S sangat baik orangnya dan banyak pulak bercakap. Hihihi....Jadi S memang tak menipu pun yang family dia memang tahu tentang aku. S juga pernah cakap, dia sikitpun tak ada niat nak mempermainkan aku. Aku juga masih ingat S pernah bagitahu dia belum pernah rasa macam ni. S cakap dia berharap pilihannya kali ni adalah tepat. Kebetulan masa S hantar aku balik, mak ayah aku ada kat luar rumah sedang membersihkan halaman rumah. Mereka terpinga2 melihat aku keluar dari kereta dan siap ada S, mak S dan adik S. Aku hanya tersipu2 dan tidak bagitahu mak ayah aku tentang S. Aku cuma harap mereka faham2 sendiri. Mak S sangat baik dan dia berikan sebungkus keropok lekor kat mak ayah aku. Aku tengok ayah aku bersahaja dan tertanya2 dan aku rasa ayah aku sudah tahu cuma buat2 tak tak faham.

Suatu hari aku sudah balik semula ke rumah sewa. Masa ni pun hujung minggu jugak. Aku cuma menunggu ayah aku datang ambik. Tiba2 petang tu S call aku. Suaranya agak ketar2 nak bagitahu aku sesuatu. Katanya, sebenarnya mak ayah aku dah tahu tentang hubungan aku dan S dan paling best ayah aku setuju. Yesss!! Hahahaha.... Rupa2nya S dah suruh orang datang merisik aku tapi ayah aku suruh tanya aku jugak kalau2 aku dah ada pilihan sendiri. Jujur aku memang dah tak ada lain pilihan aku cuma pilih S. Keesokan tu jugaklah mak ayah S datang ke rumah dan berbincang tentang pertunangan dan perkahwinan yang dirancang sebelum ni. Memang betullah apa yang S cakap, tarikh2 tu memang sama dengan apa S cakap masa S melamar aku malam tu. Aku hanya ada 2 minggu untuk persiapan pertunangan.

Aku ingin berubah menjadi seorang wanita yang baik. Aku dapat rasakan diriku bukanlah seorang yang baik. Seorang wanita yang baik tak mungkin boleh masih layan SMS dan call dari mana2 lelaki. Mungkin kekecewaan aku sebelum ni merubah aku jadi macam ni. Aku hanya berharap pada S untuk menjaga dan merubah aku ke arah yang lebih baik. Sejak mengenali S jugalah aku rasa ingin berubah menjadi lebih baik. Aku ingin menjadi seorang isteri yang solehah walaupun sebelum ni aku agak nakal. Pertunangan kami malam tu berjalan dengan lancar. Alhamdulillah... Allah izinkan aku menjadi tunangan orang dalam usia 24 tahun. Tapi malam tu pula berderu2 SMS masuk dari C,G,R dan yang lain2 untuk ucapkan tahniah dan ada juga mengucapkan kekecewaan. C pula yang tidak tahu menahu tentang aku akhirnya memberi SMS terakhirnya dengan ucapan tahniah. SMS terakhir yang aku balas pula hanya Terima Kasih.. C melihat ucapan tahniah dari kawan sekolah aku dalam facebook.  G pula mengucapkan semoga bahagia, G pula pernah bagitahu aku dia yakin S boleh membahagiakan aku. R pula memberikan SMS dalam sebuah lagu. R tahu malam ni merupakan malam pertunangan aku dan S.

Aku membaca habis bibit2 lirik dalam lagu yang R hantar pada aku...

Helaian daunan
Yang gugur dari pohon
mengingatkan daku
saat dikau berlalu 
Sesepi tangkaimu
Begitulah hatiku
Terasing sendiri
Meniti hari

Sejauh manakah
terdaya ku meredah
melepaskan diri
dari belenggu ini
dipanggang dibakar
ia takkan pudar
seraut wajahmu ku rindu

memori yang usang
bagai bara merah
ku rasa hangat bahang yang menujah

memori yang usang
mengekori langkah
diusir dibuang namun tak terpadam

sayangnya hatimu sepejal tembok batu
tak bisa dirayu
dengan airmataku

terbuku di hati
dengan kedegilanmu
tak daya ku tawan semula...

Tulah SMS terakhir yang kuterima dari R. Aku tidak membalasnya. Sebentuk cincin emas putih sudah berada di jari manis menandakan aku kini haram untuk diganggu. Aku sedang dalam perjanjian dalam tempoh 4 bulan. 4 bulan untuk melangsungkan perkahwinan dengan S. Aku mematikan telefon dan terus menukar nombor. Sesiapapun tidak boleh menghubungi aku lagi kecuali S. Sehinggalah ke saat ni aku dah tak tahu bagaimana khabar mereka semua. Aku yakin mereka pasti mereka sudah ada kehidupan sendiri. Aku Hanya Perempuan Biasa...

 




Kisah Cinta Beruk Kedua Terakhir

Sekarang aku bukan lagi berada di kampung melainkan jauh sikit keluar Daerah. Aku ingin mencari ketenangan di sini. Sebenarnya agak lama aku dan C hambar dan tidak seperti dulu. C pun tidak pernah menghubungi aku, apatah lagi aku memang taklah call dia. Lagipun jauh di sudut hati aku C memang sudah tak ada apa2. Aku sebenarnya masa ni tertekan nak bagitahu C yg aku nak putuskan hubungan dengan dia dengan rasmi. Lidah aku kelu, aku rasa cukuplah sampai sini aku mempermainkan C. Aku memang nampak perubahan C yang jadi lebih penyabar dengan perangai aku. Tapi hatiku keras umpama tembok besi. Aku hanya berkawan sahaja dengan sesiapa tanpa memikirkan tentang serius atau x serius. Aku dah malas nk berperang dengan perasaan sendiri. Sebenarnya sejak akhir2 ni aku pun selalu menerima SMS yang tidak dikenali yang memperkenalkan dirinya sebagai R. Siapa R?. Katanya dia juga mengenali aku sewaktu kursus dulu. Siapa? Kenapa ada aje orang2 yang aku tak kenal datang dalam masa yang sama?. Mainan apa semua ni?.. R pernah call aku. Memang suaranya jauh beza dari S, E, F, G dan mana2 jelah yang aku kenal. Siapa dia?.

Ketika ni aku sudah tinggal di rumah sewa dan berjauhan dari keluarga. Pada suatu hari S tiba2 mengajak aku keluar. Aku on jer, lagipun aku bosan sbb akhir2 ni hidup aku hanya untuk kerja3... Kerja pun bertimbun setiap hari. Apa salahnya aku nk jumpa S jap.  Aku dah bersiap dan cuma nak tunggu S je sampai. Tengah aku tunggu, tiba2 C call.. Ingatkan S yang call aku. Rupe2nya C. Kacau betullah.. Sempat jugak la aku angkat. Mengigau ape C ni! Berapa bulan dah tak call aku tiba2 call aku pulak. Kacau3!!.. Aku cuma bercakap ala kadar. Malas nak bercakap lama2. Bosan!. Dalam hati aku berharap sangat dia cepat2 letak. Aku sebenarnya langsung tak tumpukan perhatian dengan apa C cakap. Telinga aku mula menangkap bunyi ekzos kereta S yg dah sampai. Tiba2 ada SMS pulak yang masuk. Aku nak baca tapi  telefon aku ada kat telinga. Aku cepat2 capai earphone dan pasang. S bagitahu yg dia sudah sampai. C yang dari tadi duk bercakap tiba2 naik hairan sbb line mcm x clear. Suara aku macam tak jelas. Nasib aku baik, C cakap dia nk call semula sebab suara aku tak jelas. Aku cepat2 matikan telefon dan bergegas keluar. Aku sambut S di luar sambil tersenyum. Nasib baik... nasib baik!!! Hahahaha... Kalau C tahu apa yang berlaku mesti dia mengamuk.

Entah aura apa yang menyelubungi aku bila keluar bersama S. Aku rasa sesuatu yang aneh mengalir dalam jiwa aku. Aku rasa macam... aku rasa macam.....macamm... bahagia!.. Mungkin sebab S selalu tolong aku kot?. Sekarang dia buat aku hepi selepas beberapa hari berperang dengan kerja baru yang aku rasa agak susah dan betul2 menikam kepala otak. Kenapa aku rasa tenang setiap kali jumpa S?. Sebelum ni aku jumpa dengan ramai kawan2 laki lain pun aku rasa biasa2 aje... S ajak aku makan kat sebuah tempat dalam taman yang agak cantik. Dalam kereta, aku tiba2 rasa telefon aku bergetar. Aku tengok. Aihhhhh C call pulak!!.. banyak jugak miss call tapi aku tak jawab. S suruh aku jawab tapi aku enggan. Aku kata xapelah... bukan setakat tu je, C pun hantar SMS marah2. Satu pun aku tak balas... Kcau betullah... aku merungut dlm hati. Last2 aku Off Phone. Aku pun serabut  R dan yg lain2 ada contact aku jugak. Lepas off phone, barulah aku rasa aman. Aku dan S mula bersembang2 dan bercerita tentang hal2 masa lalu, tentang kawan2 yang kami pernah kenal masa zaman sekolah dulu.

Sebenarnya masa sebelum aku bertemu lagi dengan S, pernah jugak keluarga aku berkunjung ke rumah S tapi aku tak pernah bertembung dengan S. Family aku hampir tiap2 tahun pergi beraya ke rumah S. Mak ayah kami berkawan dan saling mengenali. Lagipun keluarga S agak berpengaruh dlm kampung. Baru2 ni jelah aku baru tengok muka S. Beginilah aku dengan S sampaikan aku rasa gembira sangat dengan S. Tapi aku tak mahu begitu percaya dengan sesiapa sbb bimbang akan dipermainkan. Betul ke S xde makwe?. Ada sesuatu yang pelik tentang S. Sebenarnya dalam diam dia tahu tentang C. Katanya dia ada tanya orang tentang tu. Dia tahu walaupun aku tak cerita. Dia pun tahu aku berhenti kerja di kedai hari tu.

Oleh kerana aku rasa senang dengan S, aku rasa bahagia sangat setiap kali S ajak aku keluar. Dia sentiasa menggembirakan aku. Satu perkara yang aku suka tentang S bila dia ni sangat menghormati aku. Tapi pada masa yang sama R juga selalu mesej aku sebab nak kenal aku. Siapa R ni?. Aku hairan. Akhirnya sebab aku rasa terlalu nak tahu, kami rancang untuk bertembung kat pasar malam. Masa ni aku balik cuti minggu. Petang tu seperti yang dijanjikan kami rancang untuk tengok sama lain kat pasar malam. Itulah kali pertama aku bertembung dengan dia sekilas lalu sebelum aku pergi berangkat balik. Cuma nak kenal muka semata2. Memang aku tak pernah tengok dia!.

Aku ingatkan cukup sampai situ jelah R nak jumpa aku. Tapi selepas2 tu R kerap menghubungi aku. Akhirnya aku hanya bersetuju untuk berkawan dengan R. Hanya kawan bukan lebih. Pernah jugak kami pergi makan sama2. Dia sangat marah bila tengok aku main SMS dengan seseorang. Dan seseorang tu adalah S. Kenapa nak marah?. i'm not your girllll.... Memang betullah kata orang, org perempuan ni walau dia bersama dengan orang lain, hatinya ada dengan orang yg dia suka... S memang tak tahu aku pernah beberapa kali keluar makan dengan R. Pada suatu malam aku dan S ada keluar sama2 pergi dinner. Lepas hantar aku balik, S beritahu aku sesuatu yang amat memeranjatkan aku melalui SMS. Katanya "Saya Suka Kat Awak" . Aku rasa hepi tambah terkejut. Tapi aku tak boleh percaya 100%. Betulkah S serius dengan aku?. Malam tu jugak S tanya aku samada aku terima ke x jadi makwe dia. Aku dengan tersipu2 mengiyakan... Aku ingin memberi peluang pada S seandainya dia jujur. Tapi aku sudah bersedia, seandainya S memang hanya mempermainkan aku, aku redha...

Aku telah membuat kesilapan besar kerana bersetuju berkawan dengan R. Aku tak tahu R mula berharap pada aku. Aku tak mahu mempermainkan R macam ni. Berkawan tak semestinya menerima. Aku masih ingat R pernah menyanyikan lagu 'mengintai dari tirai kamar' sewaktu menghubungi aku.

Siapalah aku ini untuk
memintal buih yang memutih
menjadi permaidani seperti mana
yang tertulis dalam novel cinta

juga mustahil bagiku
menggapai bintang di langit 
menjadikan hantaran syarat untuk memilikimu semua itu
sungguh aku tak termampu

Aku sangat berharap R jangan berharap pada aku. R boleh dikatakan ada rupa, tak mustahil untuk dia tackle mana2 perempuan tapi bukan aku. Cukup aku mempermainkan C selama ni. C?... sejak dari hari tu aku memang tak pernah contact dia lagi. beberapa minggu aku menyepi dari C. Bukan ke itu yg C mahukan satu ketika dulu.. dia sendiri nak aku mejauh kan?. Kali ni aku beri peluang seluas2nya utk C contact balik ex gf dia. Nak beromantik2 pun aku dah tak kisah lagi. Hanya sekali C beri SMS kosong kat aku. Aku pun balas balik dengan SMS kosong. Biar dia tahu aku ada kredit cuma aku dah tak nak contact dia. Aku mula rasakan bahang2 kekusutan melanda diriku, Aku dihantui dengan harapan R, harapan kawan lama yg aku pernah suka, harapan G jugak.. G juga ada contact aku dan beritahu hasrat dia untuk jadikan aku yg istimewa untuk dia. Tapi aku terpaksa jujur. Memang agak menyakitkan menuturkan kebenaran tapi dalam masa yang sama kita akan kehilangan kawan. Benar jugak la kata orang, lelaki n perempuan tak boleh berkawan.

Pada suatu hari S menghubungi aku dan ajak jumpa untuk berbincang satu perkara. Berbincang?, Aku mula rasa tak sedap hati. Kenapa, dia nak putuskan aku ke?. Dia dah ada orang lain ke?. Macam2 duk berlegar dalam kepala aku. Malam tu S ajak aku pergi dinner di tepi laut yang dilimpahi cahaya2 yang indah. Pandai betullah S ni pilih tempat. Aku tak pernah pergi tempat ni. Dari awal sampai akhir kami cuma bersembang kosong dan takde ape2 berita pun yang nk dibincangkan. S kata ala xde ape2 pun saje je nk ajak makan. Aku mula konfius. Kenapa ada sesuatu yg x kena ke.. Lepas dah habis makan, S masih belum bangun ajak balik. S cuma tersipu2 agak malu. 'sebenarnya semua family dah tahu pasal kita'. Aku terkedu. Aku rasa sangat terharu.. semua family dia tahu tentang aku??. Kalau dengan C, sampai sekarang pun dia tetap akan rahsiakan tentang aku dari keluarga aku. S dengan susah payah dengan wajah kemerah-merahan melamar aku malam tu jugak. Dia ajak aku bertunang dan berkahwin tahun tu jugak. Aku rasa macam tak percaya. Betulkah ni?. S cakap dia sudah berbincang dengan ayah dia, dan ayah dia setuju. Semua keluarga dia juga bersetuju. Aku rasa macam nak menangis sebab dilamar buat kali pertama. Kalau sebelum ni aku hanya dilamar sbg awek jer kali ni sangat istimewa.... Aku dengan rasa malu dan terharu terus menerima S. Aku juga ada cakap S boleh tanya keluarga aku tentang ni. Mana tahu mak dan ayah aku tak mahu aku kahwin lagi buat masa ni. Siapa tahu kan?.

Minggu2 terakhir sebelum aku bergelar tunangan orang memang sesuatu yang sukar buat aku. Aku terpaksa berterus terang dengan kawan2 lelaki yg lain yg aku dah tak available.. Aku nak semuanya berakhir dan hanya aku dengan S sahaja lepas ni. Satu2nya perkara yang aku tak mahu berlaku adalah kehilangan S kerana kebodohan aku. Paling terasa bahangya adalah R. R beritahu aku yang dia hanya ada aku. Dia berat untuk biarkan aku pergi.  R rupa2nya pernah dikecewakan sebelum ni dan pengakhirannya perempuan yg R pernah suka juga berkahwin dgn org lain. R cakap pada aku pisang berbuah 2 kali, perkara yang sama berulang lagi. Beberapa hari sebelum menjelang pertunangan aku, R ajak aku makan untuk terakhir kali. Aku bersetuju hanya untuk mengucapkan selamat tinggal pada R. Aku masih ingat R belikan aku KFC dan ajak aku makan sate. Malam ni merupakan detik R juga ingin memecahkan rahsia yang dia pendamkan juga. Selepas selesai makan, R ajak aku tunggu kawan dia. Alangkah terkejutnya aku yang muncul tu rupa2nya F. Aku jadi terkedu tak terkata. F hanya melihat aku bersama dengan R. Malam tu juga R meminta maaf sebab menipu aku selama ni dan merahsiakan perkara ni. Tapi kata R, dia tidak menipu tentang perasaan dia selama ni terhadap aku. R juga memberitahu bahawa F sebenarnya sudah lama cemburu tentang aku dan R.. Kenapa semua ni mesti berlaku. Aku betul2 rasa sedih sebab niat aku untuk berkawan akhirnya disalah tafsir dan mengundang rasa serba salah. F tak habis2 menghubungi aku malam tu tapi aku tak jawab. Aku tak mahu ada apa2 kaitan dengan mereka lagi. Maafkan aku!.

Bersambung setelah semuanya aku biarkan berlalu pergi...







Monday 15 June 2015

Kisah cinta beruk siri ketiga terakhir

Hajat aku nak cari rezeki kat kedai tu berakhir dengan tragedi. Kat kedai aku kerja tu, ada sorang budak lelaki ni suka kacau aku. Aku tak tahu kenapa dia suka kacau aku. Paling aku tak suka bila dia ni selalu cakap lucah. Aku selalu marah dia dan tak suka dia kacau. Aku nak bagi gelaran hingusan boleh tak kat dia ni. Oklah nama dia Z kat depan. Sampai sekarang aku tak tahu nama dia apa. Memang betul2 hingusan betullah. Hampir hari2 jugak la dia kacau aku. Pada satu hari masa semua orang dah balik, dia masih ada brsama dengan aku. Dia bukanlah pekerja kedai tu. Hanya tukang angkut2 barang dari lori. Petang tu merupakan hari terakhir aku bekerja di situ. Hanya kerana Z!. Petang tu Z telah menarik aku masuk ke dalam kedai. Kedai tu xde CCTV. Masa tu dah nak tutup. Dia telah mengasari aku dan memaksa untuk c**m aku. Geli tahu tak!!!. Aku terus melawan dengan sedaya upaya. Aku bernasib baik sebab dia x berjaya c**m aku. Dalam hati aku berdoa supaya Z lepaskan aku. Aku mahu simpan kehormatan aku untuk suamiku. Bukan senang nak lepaskan diri dari Z.. pergelangan tangan aku lebam2, tudung aku hampir tercabut. Hanya Allah yang tahu betapa aku takut masa tu. Tapi Alhamdulillah Allah masih menjaga kehormatan aku.  Keesokan aku pergi kerja hanya untuk resign. Majikan seolah2 tidak mahu lepaskan aku pergi tapi aku berkeras untuk pergi. Puas majikan tanya kenapa aku nak berhenti tapi aku tak jawab. Z pulak malam tu berkali2 call dan memberi SMS meminta maaf. Dia merayu agar aku jangan berhenti kerja dan jangan melaporkan peristiwa tu kepada polis. Oleh kerana aku terselamat, jadi aku tak nak panjangkan cerita. Aku rasa cukuplah sampai situ malu yang aku tanggung. Tak mungkin aku panjangkan cerita nanti 'radio2 buruk' mula sampaikan mcm2 berita. Dari cerita hampir nk kena c**m, nanti jadi cerita hampir nk kena r***l pulak. Mulut orang bukan boleh tutup. 

Sekarang tak ada lagi F dan G untuk temankan aku. Aku rasa nak cari kerja jauh sikitlah tapi still dalam negeri aku lagi. Aku tak mahu bertembung dengan Z. F sebenarnya sgt marah dgn tragedi menimpa aku. Pernah dia nak ke kedai tu utk serang Z tapi aku rasa tak usahlah dipanjangkan cerita lagi. F kesal sbb aku dah tak kerja disitu, jadi bermakna dia dah susah nk jumpa aku lepas ni. Kembalilah aku menganggur takde lagi kerja selama beberapa hari. Kebetulan kakak aku ada tinggalkan laptop dan broadband di rumah sementara di pergi jalan2 dengan kawan dia kat Sarawak. Aku gunakan peluang tu mencari2 peluang kerja dalam mudah.my. Sambil2 tu aku buka facebook. Rasanya dah lama aku tak buka facebook. Aku deactivate. Aku dah view hari tu utk tengok2 friend request, mesej dan notification. Oleh sebab ingin menjauhkan diri dari C, jadi aku deactivate sementara waktu. Aku tengok balik friend request yang aku abaikan sebelum ni. Aku approve semua friends yang aku kenal. Selepas approve, aku tekan balik setting dan nak deactivate semula. Tiba2 muncul satu notification. Salah sorang kawan yang aku approve tadi post sesuatu kat wall aku. Aku memang kenal dengan ex classmate aku sorang ni. Bekas musuh aku jugak. Aku tak jadi nak deactivate. Kami pun bersembang2 dalam facebook. Aku kenalkan dia ni sebagai S. Aku tak sedar sepanjang hari kami duk chit chat dalam facebook. Rasa seronok pulak chatting dgn kawan lama. Macam2 cerita kelakar yang terkeluar termasuklah cerita tentang dia pernah buat aku menangis masa aku kecik2 dulu. Terus dia minta maaf. Hahahaha.. Kelakar la S ni... Aku ingatkan dia ni kerja jauh2, rupa2nya dia ni kerja kat kampung ni jugak. Hahaha lawak betul. Dia berniaga kecik2. Dahlah kedai dia dekat je dengan rumah aku. S ajak aku pergi kedai dia, tapi aku tak nak. Segan..hehehe... S ada mintak nombor telefon aku. Kami pun saling tukar tukar nombor telefon. Tiba2 aku tergamam tengok nombor yang S bagi. +6014 kat depan. Aku rasa macam pernah tengok nombor tu. Terus aku scrool balik mesej2 lama dalam handset aku. Aku terbeliak mata.. Erkkk... memang sah nombor dia. Aku rasa bertambah kelakar dgn S ni. Macamana boleh kantoi. Rupa2nya S la yang hantar SMS kat aku hari tu yang dia tulis "Assalamualaikum"... S malu sendiri bila aku ketawakan dia pasal SMS kantoi tu. Katanya dia ingatkan aku dah padam mesej tu. Aku beritahu S yang aku nak cari kerja. Oleh sebab aku takde apa2 jawapan dari jawatan yang aku mohon kat mudah.my, jadi S dengan rela hati nak temankan aku pergi cari kerja esok. Oleh sebab S ni kawan lama aku, aku percayakan S. S baik orangnya walaupun aku pernah sakit hati dengan dia. Lagipun aku kenal dia sejak dari tadika. 

Aku bimbang aku tak kenal dia kalau nak pergi cari kerja dengan dia esok. Aku pun duk tilik la gambar2 dia dlm fb. Lain benor rupa dia berbanding masa dia kecik2 dulu. Dah berapa tahun agaknya kami tak jumpa. 'Hensem jugak S ni bile dah besor'. Hati gatal aku berbisik. Aku dan S bermain games dan cabaran malam tu. Aku dan S beri cabaran post dan tag gambar.  S nak aku tag gambar aku dan kucing, dan aku pulak cabar S tag gmbar ape2 aje.. Bukan setakat tag2 gambar, kami siap berbalas2 komen kat gambar tu. Tentang cari kerja tu,aku dah berjanji dengan S nak pergi waktu sekian2... Petang tu aku dapat panggilan dari syarikat yang aku mohon kerja. Sebenarnya, kelmarin dulu aku dah pergi temuduga jawatan tu dengan ayah aku. Alhamdulillah, dapat jugak kerja walaupun sbg kerani. Tapi tempat kerja tu agak jauh dari rumah. Dah memang aku nak cari kerja jauh sikit kan. Memang dapat yang jauh la. Taklah jauh sangat. Dari kampung aku dalam sejam jugak nak sampai. Kalau kelmarin kami berbincang nak cari kerja, hari ni kami tukar nak cari rumah sewa pulak. Oleh sebab aku xde kereta, aku kena menyewa kat sana la. Aku berdebar2 bila S datang ambik aku. Dia x ambik aku depan2 rumah nanti mak ayah aku perasan.. Jauh sikit jer, hehehe... Aku pun tengok kereta dia. Sebuah kereta sport. Aku rasa macam pernah tengok kereta tu tapi kat mana ye?. Sebenarnya semalam aku mati2 ingatkan dia nk ajak cari rumah sewa naik bas. Rupa2nya naik kereta.

Alhamdulillah, akhirnya dengan ketekunan S cari rumah sewa akhirnya dapat jugak aku menyewa sebuah bilik dgn harga RM 100 sebulan. Kira murah la tu. Lepas tu S dengan baik hatinya belanja aku makan KFC. Baik hati betul S ni. S tiba2 bertanyakan aku bermacam2 soalan dan banyak menceritakan tentang aku. Aku hairan, dia ni ahli nujum ke?. S ketawa dengan reaksi aku. Katanya dia ada 'spy'. Hahaha aku tergelak. Rasa seram pulak dengan S ni. Aku masih tertanya kenapa dia begitu baik dengan aku. Dah lama rasanya aku tak sebut pasal C kat sini. Sebenarnya lepas aku activekan semula Fb, si C ni ada terbaca komen2 aku dan S. Malam tu C merajuk dengan aku. C merajuk dan marah? Ada aku kesah? Bukan setakat C. F pun  ada berjauh hati dengan aku. Entahlah... Malas la aku layan diorang. Di kepala aku cuma fikir nak kerja.. nak kerja.. nak kerja... Kepala aku dah berserabut dengan banyak benda.

Aku akan sambung kisah seterusnya setelah aku berada di dunia baru..


Sunday 14 June 2015

Sambungan Kisah Cinta Beruk

Tiba masanya aku sudah habis kontrak di tempat B kerja. Jadi tiba masanya aku membawa diri dan mencari rezeki di tempat baru. Selamat tinggal B... Semoga bahagia bersama isteri dan anak2 tercinta. Hari2 terakhir aku kerja di situ membuatku rasa bahagia. Sebab aku akan keluar dari kepompong kontrak yang akhirnya aku bebas memilih mana2 kerja yang aku nak. Aku ingin mencari masa depan sendiri. Tiba2 aku dipanggil menghadiri satu kursus khas untuk remaja yang belum berkahwin. Aku happy jugak la dapat join kursus ni. 

Kursus yang aku hadiri tu diadakan 3 hari 2 malam di sebuah tempat dalam Daerah kampung aku jugak. Masa aku pergi ni memang aku xkenal ramai sangat. Ada jugak la yang aku kenal tapi tak rapat sangat. Siapa sangka ada 3 orang yang ingin berkenalan dengan aku. Hahahaha aku rasa lawak la pulak. Kenapa pulak nak berkenalan dengan aku. Bukan ke ramai lagi perempuan yang masuk kursus ni. Mereka bertiga ni aku namakan sbg E,F dan G. E dan F ni sebenarnya adik beradik. Yang jadi lawak bila diorang ni mula gaduh2 bagitahu yang mereka yang jumpa aku dulu. E ni si adik dan F ni si abang. E ni memang mula2 jumpa aku dulu masa dalam lift. Walaupun masa tu aku ada bersama dengan kawan perempuan aku yang lain, tapi dia cuma bercakap dengan aku. Aku pulak jumpa dengan F ni bila kami dah dikumpulkan dalam satu kumpulan. Masa ni la aku baru nampak F. Tapi F bagitahu yang dia dah jumpa aku masa mula2 aku turun dari kereta. Dia bagitahu aku berdiri kat tiang sambil bercakap dalam telefon. Baru aku teringat, patutlah masa aku bercakap dalam telefon tadi ada sekumpulan budak2 tu duk tengok aku. Aku perasan F la salah sorang dari mereka. Hahaha lawak. Macamana la kami ni boleh duk dalam satu kumpulan pulak. Berbalik dengan G, rupa2nya G ni budak yang sama kampung dengan aku. Tapi bukan sekumpulan dengan aku. Dia ada jugak berbual2 dengan aku tapi aku macam biasa jelah x syak apa2.

Nak jadikan cerita, si F ni agak nakal orangnya. Masa kami dalam satu kumpulan, dia tiba2 je rampas telefon aku dan terus menyalin nombor telefon aku. Aku tak mampu nak buat apa2 dan dia tersengih2 kegembiraan bila dia dapat nombor aku. Nak kata marah tak jugak tapi aku rasa lawak dan geli hati tengok gelagat adik beradik ni. Hahahahaha.... Lepas selesai slot2 dalam kursus ni, E menghampiri aku dan berjalan beriringan dengan aku. Macam2 jugak la dia tanya dan tiba2 je dia ajak aku balik sama2 dengan dia bila dah tamat kursus nanti. Aku x sedar masa kami berjalan tu tiba2 si F sound dari belakang. Terkejut aku. Dia marahkan E sebab selalu dekat dengan aku. Aku terpinga2, dan mula rasa malu. E pulak terus pergi ke arah F. Aku tak nak cakap apa2 dan terus naik ke hostel dan tak mempedulikan mereka. Nak dijadikan cerita, sepanjang aku kursus ni si C ni sebenarnya marah sbb aku seolah2 tak mempedulikan dia. Kenapa si C ni x faham2, aku tengah kursus. Macamana nak mesej selalu. Bosan aku dengan si C dan aku langsung tak contact dia. Bosan asyik gaduh dan menyakitkan hati.

Suatu hari selepas makan di cafe, si G ni terus menyapa aku. Kami sembang2 kosong je pun.Tiba2 je si F ni datang menyampuk. F ni memang.. dia x boleh tengok ada orang nak bercakap dengan aku. Lelah aku duk layan kenakalan diorang ni sepanjang kursus. Si G pun ada mintak nbr phone aku sebab dia duk sekampung dengan aku. Tiba masa kursus pun tamat. Masa aku tengah tunggu ayah aku ambik dari kursus, tiba2 aku dapat satu SMS dari G. Aku lupa dah dia cakap apa tapi apa yang aku ingat dia akan contact aku balik. Malam tu di rumah telefon aku bertalu2 masuk mesej. Dari C, E,F,G. E pun ada call aku. F pun sama. G pun ada sms aku malam tu. Zaman ni whatsAap belum wujud. Tahun 2011. Mesej2 dari C pulak berbaur cemburu. Bosan pulak aku melayan si C ni. Sebenarnya ada sorang lagi kawan aku sejak sekolah rendah dulu yang asyik call aku. Aku memang kenal sangat dengan kawan aku yang sorang ni. Oklah, aku namakan dia sebagai H pulak. Ada cerita di sebalik H ni sebenarnya. Yang sebenarnya, H ni mamat yang aku minat masa aku darjah 3 dulu. Boleh dikatakan aku ni secret admirer dia masa sekolah rendah. H x pernah tahu aku pernah suka kat dia masa kecik2 dulu. Tapi berbalik pulak bila aku dah dewasa ni. H pulak yang sekarang ni menunjukkan dia suka aku. Hampir tiap2 malam dia call aku. Bila kredit habis, dia siap request credit advance dari celcom sebab nak sambung sembang dengan aku. Dia ada jugak la tanya BF aku tak marah ke dia call aku. Oleh sebab memang aku dah tak anggap C ni bf aku, aku jawab jelah memang xde bf. Dia pernah kata dia nak tunggu aku bila cakap soal kawen. Adeiii

Keesokan harinya aku singgah sekejap ke tempat kerja aku hari tu sebab nak settlekan apa yang belum settle. Masa aku jalan kaki balik, aku menerima satu SMS dari seseorang. 'Assalamualaikum' tu je yang dia tulis. Aku tak tahu nombor siapa. Bila aku tanya siapa, dia x balas2. Tapi tulah kali pertama telefon aku naik nombor berkepala +6014 kat depan. C ke?. Aku cuba mengagak. Tapi mesej tu berhenti sampai situ je jadi aku tak pedulikan la. Katanya dia kawan lama aku. Erk... H ke?.. Atau salah sorang dari E,F dan G yang cuba nak mempermainkan aku? Abaikan ajelah...
Aku masih berkawan dengan E,F dan G macam biasa. G ada beritahu aku satu rahsia. Katanya, F pernah memberinya amaran semasa kat cafe supaya jangan ganggu aku. Kata F, dia sayang aku. Terkejut aku.. Perghh... biar betul F ni.

Sejak aku balik dari kursus tu, aku ada ramai pulak geng. Aku anggap mereka kawan2 jer. G pulak begitu baik dengan aku. Aku tak tahu dia tahu rumah aku. Hari tu dia ada berikan sebekas madu asli yang dia cari sendiri dalam hutan. Selalu jugak la dia datang bawak macam2 hasil kebun dia sampai buat aku serba salah. Sebenarnya G ni hidup susah. Dia bukanlah orang senang. G pun pernah ajak aku keluar, sekali je. Dia ajak aku pergi beli baju melayu. Hari tu seharian aku luangkan masa bersiar siar dengan G. Aku bosan asyik terperap kat rumah, kakak2 berjauhan, kawan2 pun entah ke mana sejak habis universiti ni. Jauh di sudut hati, aku cuma menganggap G sebagai kawan biasa. Melihat kebaikan yang ada pada G, rasanya aku memang tak layak untuk dia layan begitu baik. Dia xthu rahsia di sebalik kehidupan aku. Maafkan saya G... saya bersalah terhadap awak.

Akhirnya selepas aku hbis kursus ni jugak, aku dapat kerja sebagai pembantu kedai. Gaji ciput2 jer, aku pergi kerja pun naik bas. Aku mesti tambahkan pendapatan aku yang sikit ni. Sepanjang aku kerja di sini, G selalu lepak di kedai makan untuk tengok aku naik bas. Bila aku berada di kedai pulak, F pergi jumpa aku. Pernah jugak la F ajak aku makan tengahari sama2. Macam ni la hidup aku, ditemani C, F,G,H. Pada suatu hari, masa aku tengah tunggu customer, tiba2 ada sebuah kereta singgah di depan kedai. Sebuah kereta Sport yang bunyinya agak kuat. Lama kereta tu singgah kat situ. Oleh sebab tinted kereta tu gelap, aku tak nampak siapa kat dalam tu. Aku ingatkan customer tapi dalam 5 minit dia di situ, dia pun terus berlalu pergi. Kereta tu buat aku tertanya2. Siapa orang tu?. Kenapa berhenti betul2 di depan aku?.

Satu tragedi menimpa aku semasa bekerja di kedai ni. Nak tahu apa tragedi tu?. Akan bersambung nanti......



Kisah Cinta Beruk

Aku yakin setiap orang atas dunia ni pasti akan ada cerita cinta monyet masing2. Aku nak guna istilah cinta beruk boleh tak?. Tapi aku xde sangat kisah cinta monyet masa zaman sekolah. Tak berminat!. Cinta tak berapa nak monyet sangat. Aku mula nak mengenal love2 nih masa dah habis remaja dah pun. Panjang ceritanya...

Ceritanya bermula ketika aku masih menuntut di Universiti pada tahun 2007. Kiranya sejak 8 tahun dulu la kan. Aku ada kenal sorang mamat ni sejak sekolah menengah lagi. Aku nak namakan mamat ni sbg A jelah,  Bukan aku tangkap cintan cintun pun dengan dia. Entah, aku cuma nak berkawan je kot.. Apa yang aku perasan aku ni taklah gila bayang pun dengan dia. Aku rasa nak kenal2 je dulu dan dia ada luahkan perasaan nak jadikan aku girlfriend dia. Tapi aku bukan jumpa dia kat universiti pun. Aku kenal dia masa balik cuti semester je pun. Oklah, aku tak faham kenapa aku mesti ceritakan kisah dia dulu kan?. Dia bukan cinta sejati aku. Aku sebenarnya dalam proses kekecewaan nih terhadap seseorang masa ni. Dan aku nak beri gelaran mamat yang kedua ni sbg B.  Buat pertama kalinya aku mula kenal cinta dan perasaan kasih sayang terhadap seseorang tanpa mengenal paras rupa. Buat pertama kalinya aku suka pada seseorang berdasarkan hati budi dan jasa baik beliau terhadap beta!. Aku sebenarnya malu dengan ayat-ayat aku sendiri. Kah kah kah.

Yang sebenarnya, dia ni selalu datang ke rumah aku. Sebab dia kenal ayah aku jadi dia selalu la datang lepak. Dia ni baik sangat2... Paling aku ingat sekali tu aku pernah demam dan dia mesej aku tanya aku nak makan apa2 tak. Sup ke, tomyam ke.. Caring!. Ala aku tak pulak kata nak. Takkanlah aku nak kata nak pulak. Aku kata xapelah. Masa ni aku baru habis tingkatan 6. Kiranya pada tahun 2006 jugak lah. Macam ni la berterusan sampailah tunggu masa aku mesti lanjutkan pelajaran aku ke Universiti.. Aku rasa sedih pulak nak tinggalkan rumah dan dia..... Sobs!..Tibe2 aku perasan dia dah tak datang lagi ke rumah. Aku dah tak nampak dia lagi. Mungkin dia sibuk agaknya. Tapi dia tahu aku akan lanjutkan pelajaran ke Universiti tak lama lagi. Aku akan berjauhan dari keluarga. Suatu hari, aku dapat tahu satu berita. Berita yang mengecewakan aku,.. Si B rupa2nya dah nak kahwin. Kenapa ye aku tak tahu dia dah ada kekasih. Kecewa... memang kecewa. Pergghh.. Nostalgia betullah aku duk taip cerita ni. Tapi aku berpeluang jumpa dia pada hari terakhir. Aku dah nak naik bas. Dia sempat berikan aku sebungkus hadiah. Entah berapa tahun aku simpan sampul bungkusan hadiah tu. Aku tak koyakkan. Aku simpan dengan begitu rapi. Setiap kali aku dengar lagu Ada Cinta nyanyian Acha dan Irwansyah, aku mesti teringatkan dia. Tapi perlahan2 aku cuba damaikan jiwa aku yang dia bukan jodoh aku melainkan mainan perasaan aku semata-mata. Aku tak boleh layan sangat jiwang karat aku ni dan aku mesti tanamkan sikit jiwa rock dalam hati aku. Sampai la sekarang dia x pernah tahu akan perasaan aku terhadap dia.

Berbalik kisah A pulak, lain pulak ceritanya. Mamat A ni bagi aku seorang yang Psycho. Aku tak nak cerita lebih2 tentang si psycho ni sebab dia merupakan satu2nya kisah cinta beruk yang aku ada yang paling tak guna.  Seorang yang penipu, perompak, dan penyagak. Masa susah cari aku tapi time senang memang lupakan aku, Dia ni punyalah psycho sampaikan suka mereka-reka cerita, Kononnya dia tak boleh lagi bersama aku, katanya dia ada tanya seseorang tentang macamana dengan hubungan kami ni akhirnya. Katanya, aku akan berkahwin dengan lelaki lain dan bukan dia. Amboih siap ada ramalan2 pulak. Islam ke tak ko nih. Time dia senang memang dia tak contact aku. Boleh kata xde pun nak mesej tanya khabar. Last2 sekali selepas aku beritahu nak putus, kami pun ada gaduh besar jugak lah.. Bukan kes nak putus tapi kes aku tuntut balik hasil2 rompakan dia tuh, Memang jantan tak guna. Aku ingatkan sampai situ je kisah bedebah tu, Tup2 satu hari tu dia call aku balik. Dengan suara yang lemah gemalai duk pujuk aku tolong dia. Arghhhhh memang dia ni psycho.. Aku sempat sembur2 dia sebelum kami tak contact lagi sampai la sekarang. Kalau ikutkan bisikan ifrid, dah lama aku hantar santau maut kat dia tu.  Harap bende tu haram je. Benci aku dengan perompak tu. Dahlah kata aku bodoh pastu last2 sekali mintak tolong aku pulak. Memang layak la aku nak kata dia gila!

Sekali lagi aku mari teringat kat Si B... Aku rasa macam dah takde lagi lelaki yang akan baik terhadap aku selain si B. Tapi si B dah nak jadi laki orang, Aku hanya akan simpan cinta dalam hati ni. Cuti semester masa aku balik kampung pun aku sempat terjumpa klip video saat2 pernikahan si B dengan pilihan hatinya, Nak kata hati aku remuk memang tak la. Aku dah redha sebenarnya. Aku berkongsi kegembiraan dan berharap suatu hari nanti putera idaman aku akan sampai jugak la akhirnya.  Aku nak stopkan kisah si B sampai di sini. Sebab.. kisah yang lama jangan dikenang. 

Berbalik sambungan kisah si A. Dalam aku duk sakit hati kat si A, tiba2 kawan aku perkenalkan aku dengan seseorang. Perkenalan melalui FB je pun. Aku perkenalkan dia ni sebagai si C. Sebelum aku kenal si C ni, ada sorang lagi mamat yang aku perkenalkan sebagai si D ni sebenarnya nak berkawan dengan aku. Kami kenal dalam kelas yang sama. Boleh kata classmate jugak la. Ala kami sekelas dalam satu subjek je pun sebab dia repeat paper. hik hik... Senior aku la katakan... Dia ni memang suka la curi2 bercakap dengan aku. Aku tak nak syak ape2 nanti dikatekan perasantan pulak. Tapi apa yang aku perasan si D suka ajak aku pergi makan etc. Aku tak sedar masa bila pulak kawan aku perasan kitorang berkawan baik dan terus dia macam nak gosipkan kitorang. Aku cuma cakap dia hanya senior dan takde ape2 yang istimewa. Kawan aku pulak kata ala apa salahnya... dia ok pe... Aku senyap jelah. Dia bukan ada cakap ape2 pun. Takdenye kata 'saya suka awak'.  Dalam masa yang sama si C yang aku cakapkan tadi nak berkawan dengan aku. Rupenye dia baru frust dengan gf dia. Baru putus sebab gf dia ada bf lain. Aku ni sebab jenis suka berkawan jadi aku brkawan ajelah. Si C ni bukan ada cakap apa2 jugak dengan aku pun.  Dia mintak izin dengan aku untuk pinjam gambar aku sekejap utk buat ex gf dia jeles. Alahai kelakar betoi la. Ambik la, nanti dah berperang sendiri tanggung la. Tapi hari2 la aku dan si C ni bersembang di alam maya. Ala, alam maya bukan jumpa pun. Dalam masa yang sama si D ni beritahu aku yang dia nak jadikan aku ni sebagai adik angkat dia, Sekarang dah terjawab kan?. Si D memang tak anggap aku ape2 pun, just sebagai adik-abang. Mungkin dia rindu adik dia kat kampung. Sebab tu dia terlalu baik dengan aku. Aku pun suka jugak berkawan dengan si C ni. Lama-kelamaan dia nak serius dengan aku. Entah apa yang dia post kat fb aku pun tak tahu sehinggakan pada suatu hari abang angkat aku si D ni call aku. Dia tanya siapa si C ni. Dia ada cakap ada terbaca sesuatu kat Fb. Aku terpinga-pinga la. Sampai sekarang aku tak tahu apa yang buat si D tu call aku tanya perihal si C. Aku tak sempat nak tanye lebih2 dia dah letak. Entah ape2 lah. 

Aku dan si C ni semakin lama semakin akrab dalam Fb. Nak kata aku fall in love memang taklah.... Entah, aku mesti berhati2 dengan kebaikan mana2 lelaki. Aku tak mahu jumpa orang gila buat kedua dan ketiga kali. Lama2 aku dan si C ni dah berkawan rapat pun. Aku nak beri peluang kat C memandangkan dia  manunjukkan sikap yang positif terhadap aku. Siapa tahu dia ikhlas kan?.. Tapi sepanjang aku berkawan rapat dengan si C, aku rasa tak tenteram dan tak bahagia. Kenapa?. Mungkin ni adalah signal yang dia x sesuai dengan aku. Semakin lama kami semakin kerap bergaduh. Ada je bende2 yang boleh buat aku sakit hati. Hati aku bertambah keras dengan lelaki. Aku susah nak dibawa berbincang sebab aku bukan boleh percaya kat lelaki. Tapi time baik, baik jugak lah. Kami pernah jugak jumpa dan pergi makan sama2. Pernah jugak kami berkongsi hadiah. Tapi lama kelamaan aku rasa hubungan kami sangat membosankan. Aku mula merasakan dia sememangnya tidak serius dengan hubungan kami. Ape taknye, masa dia dengan ex dia dulu, satu family kedua2 belah pihak kenal. Tapi si C asyik merahsiakan tentang aku. Aku disembunyikan supaya mak dia tak tahu. Nampak tak mainan kat situ?. Aku bosan okeh. Lama kelamaan aku fedup dan rasa dah tawar hati dengan si C. Patutlah kena tinggal dengan ex, memang jenis slow. Si C ni tak tahu ke aku terasa hati yang dia cerita masa mak dia tanye sapa bagi hadiah dia cakap kawan yang bagi. So memang mak dia tak tahu la pasal aku. Ingatkan nak kenalkan aku. Tak guna betul kan... Aku apa lagi memang marah la dan kecik hati je dengan dia. Aku rasa nak cincang2 je dia tu buat sambal. Tapi dalam aku duk makan hati tu dalam 2 tahun lebih jugak la kami bertahan. Tapi pengakhiran hubungan kami tu memang dah takde ape2 perasaan pun kat dia. Aku memang berniat nak tinggalkan dia bila sampai masanya nanti. Pengakhiran hubungan kami tu jugaklah aku bersikap kasar dan biadap dengan dia. Tu hint yang aku bagi. Aku benci lelaki yang bersikap sia-sia dan buang masa aku. Aku pernah beritahu dia yang aku tak ada masa depan dengan dia. Aku pun ada cakap aku dah tawar hati. Tu bukan lagi hint tapi kata2 yang dia harus faham mengapa satu hari nanti aku tinggalkan dia.  

Bermulanya episod luka melukai...

Aku sememangnya sangat marah dengan C.. Entah, memang aku benci dengan sikapnya terhadap aku. Aku tak mahu cerita lebih lanjut apa yang aku benci sangat tentang si C ni tapi cukup aku gambarkan dia sbg seorang yang memungkiri janji, gatal, mata keranjang, tak romantik dan penipu Bagi aku sikap dia boleh blah ajelah...  Aku lupa plak nak cerita pasal si D kan?. Okeylah, sebenarnya memang xde perkembangan pun pasal si D ni sebab aku dapat tahu dia dah remove aku dari friend list Fb. Abang angkat kononnya.. Merajuk entah ape2 kes tup2 unfriend aku. Bila aku mesej xde pulak dia balas. Lantak la D weii... Dan si C ni aku nak mainkan dia pulak habis-habisan. Dia duk Chatting tengah malam dengan ex gf dia kan?. Boleh silap sent mesej paling tak tahan tu. Terpampang nama ex pulak tu. Bila aku tanya dia terus mintak putus. Kurang ajar tak jantan macam tu. Nak sangat putus kan?. Meh aku ajar cara2 paling best nak putus. Kes ni berlaku sebelum aku bagitahu tawar hati dan bersikap kasar dengan dia. Jadi jgn salah faham pulak. hihi..Putus la sgt kan?.. Sembang je lebih. Pastu sembang macam biasa pulak. Keh keh keh, Tapi awas, ketawamu memang bukan lakonan.. Tapi ketawaku merupakan satu jerat untuk muuu... Kini... Aku sudah fresh graduate. Dah tamat pengajian! Yessssss!!!!!!

Ditakdirkan aku boleh kerja sementara di sebuah tempat di mana si B kerja di sini. Masih ingat tak kisah si B? Sekarang dia sudah bergelar ayah kepada 2 cahaya mata. Aku ajelah yang asyik merana hati. Walaupun si B pernah bertakhta di hati aku satu ketika dulu, tapi aku mula sedar yang hati aku tak ada sekelumit pun lagi perasaan cinta yang dah bertahun2 aku padamkan tu. Alhamdulillah Allah telah padamkan perasaan tu. Berdosa, dia suami orang, tak baik aku berperasaan macam dulu2. Tapi aku rasa tak sedap pulak. Satu hari tu si B datang masa aku tengah kerja. Dia bawakan aku sebungkus nasi dan sebungkus air. Aku terpinga2... Kenapa mesti belanja aku?.. Oleh kerana nak jaga hati, aku terima sajelah. Takkan nak kata tak nak lah, dah kenyang. Terima kasih, dia memang ibarat abang aku. Petang tu pulak tiba2 aje dia nak hantarkan aku balik. Jadi petang tu aku balik dengan dia lah. Aku rasa serba salah. Itu pertama dan terakhir dia hantarkan aku balik dan belanja aku makan. Aku tak mahu rapat dengan dia. Kalau boleh aku nak buat2 x kenal seolah2 aku tak pernah kenal dia. Seolah2 kami x pernah jumpa sebelum ni. Kawan-kawan aku yang tak tahu apa2 mula berkata2 di belakang aku. Bukan mengumpat tapi dia bagitahu B minat aku. Aku terkejut. Kenapa pulak?.. Kawan aku cakap si B ni selalu duk tanya pasal aku. Kenapa?. Semoga Allah hindarkan aku dari perasaan keji dan semoga Allah memberi kebahagiaan terhadap rumahtangga mereka. Aku tak mahu ada kaitan apa2 lagi. Kisah silam biarkan berlalu bersama kisah silam. Aku mencari kisah baru untuk diri sendiri.  Masa ni aku dan si C masih berhubungan cuma segala tingkah laku terhadap C hanyalah lakonan semata2. Boleh dikatakan waktu ni hati aku kosong, hatiku hampa dan tidak ada sesiapa yang mengisi ruang hati aku. Aku ingin lupakan kisah cinta tapi misi aku meninggalkan si C dengan sadis belum berjaya. Tunggu berjaya dulu la barulah aku lupakan soal hati ni. Eh memang dah lupakan pun.


bersambung....

Sunday 7 June 2015

Ekzema Ketika Dewasa

Asyik nak post pasal kesihatan je kan?. Kelmarin post pasal mata, sekarang aku nak post pasal ekzema pulak. Apebende ekzema ni ek? Sejenis makanan laut ke?. Eh xla, ekzema ni sebenarnya sejenis penyakit kulit tau. (macam la korang tak tahu) Kadang-kadang bukanlah penyakit kulit tapi keradangan kulit atau boleh jadi jugak alahan kulit. Korang pernah ada ekzema tak?. Aku rasa mesti pernah kan. Aku rasa memang benda yang biasa kalau baby yang kena. Biasalah kulit masih sensitif dan  lembut. Biasanya bila baby dh besar sikit ekzema tu akan hilang. Walaupun akan hilang tapi sebagai parents kena jugak perhati dan beri rawatan sewajarnya. Tapi tahu tak ada jugak penderita ekzema ni tak pulih-pulih sampai la dewasa malah sampai dah tua pun penyakit tu tetap degil tak nak sembuh.  Hanya penderita ekzema je yang tahu betapa deeritanya bila terkena penyakit ni. Pesakit akan rasa gatal yang amat sangat dan ruam-ruam. Ada jugak kes di mana kulit akan jadi kering dan bersisik. Ya Allah, siksa! Ada yang cakap ekzema ni bukan penyakit tapi alahan. Bagi aku, ekzema ni tetap penyakit kerana ia 'menyakitkan' dan membuat sseseorang 'menderita'. Ekzema ni sebenarnya ada banyak jenis. Oleh sebab aku bukan doktor dan malas pulak nak mengkaji, jadi aku tak tahu la jenis-jenis ekzema tu. Keh keh keh.  Walaupun aku bukan doktor tapi aku sebenarnya seorang penderita ekzema tegar. Yang menghairankan aku, masa aku kecik-kecik dulu xdenye penyakit ni. Bila aku dah masuk sekolah menengah baru la datang tetamu tak diundang ni. Spoil betul kan.. aku baru nak menginjak remaja dan baru nak kenal-kenal cinta monyet  (abaikan!) tibe2 je dah terkena ekzema. 

Aku terkena penyakit ni kat tapak kaki. Aku tak tahu la nama saintifik penyakit aku ni tapi mula2 tapak kaki aku yang dulunya comel (perasan) mula menggelupas sedikit demi sedikit. Aku hairan jugak kenapa kulit aku ni tiba-tiba menggelupas. Masa tu aku tak syak apa-apa. Baru umur 13 tahun katakan. Aku sapu jelah mana-mana ubat nak hilangkan gelupas ni. Hodoh tahu tak. Tapi tak jugak sembuh-sembuh. Aku ada tunjuk kat mak aku tapi mungkin mak aku ingat benda tu biasa jadi abaikan aje lah. Mak suruh je aku sapu apa-apa ubat. Lama-kelamaan aku rasa kaki aku bukan setakat gelupas tapi jugak gatal. Gatal tu memang sedap digaru tapi tak boleh garu kuat sangat nanti kulit koyak. Pedih! bayangkan kulit korang tertanggal dan berdarah. Barulah mak aku perasan yang kaki aku ni dah terkena penyakit kulit. Sedih aku wey.. tetiba je kena macam ni. Puas kami cuba macam-macam ubat tapi semuanya hanya untuk bertahan. tak ada satu pun ubat yang boleh betul-betul sembuhkan kaki aku. Nasib baik la kena kat tapak kaki. Kalau kena kat muka ke, tapak tangan ke susah jugak kan. Nampak macam biasa kan gelupas dan gatal. Tapi kesengsaraan aku bukan sampai kat situ je. Lebih malang bila nak solat, jari kaki aku rasa macam nak putus tersiat-siat setiap kali tahiyyat awal dan akhir. Pergerakan solat aku pun terbatas dan aku tak mampu nak tahiyyat sempurna macam orang lain. Sakit!!!

Kaki aku menjadi semakin gatal dan mula bersisik. Setiap kali aku garu, kaki aku akan berdarah dan mula la aku terpaksa berjalan terhincut-hincut. Aku mula cemburu lihat kaki kawan-kawan dan adik beradik yang cantik2. Nak beli selipar pun best, cantik je bila pakai. Kaki aku dah macam alien. Mak pernah tegur supaya aku pakai sarung kaki sebab teruk sangat nampak kaki aku ni. (padahal memang wajib tutup kan?) tapi aku tak endahkan. Apa taknya, setiap kali aku cabut sarung kaki, berterabur kulit aku tau. stoking tu siap berbunyi prap-prap seolah-olah aku sarung ikan kerisi. Punyelah bersisik. Aku cuba pelbagai ubat klinik swasta tapi hampa. Sampailah aku pergi ke sebuah klinik swasta, doktor India tu memang terkejut tengok keadaan kaki aku yang bersisik dan merekah pecah berdarah. Katanya keadaan aku dah teruk. Dia terus buat surat dan suruh aku refer ke Pakar Kulit Hospital Kerajaan. Kaki aku semakin gatal dan aku perasan kulit semakin menebal, sisik dan gelupas pun semakin banyak. Nasib baik tak berbau, kalau tak tentu aku lebih stress.. 

Tapi aku tak rasa ubat Klinik Pakar ni berkesan, Aku rasa sama jugak macam ubat klinik lain. Kalau aku tersilap pakai sabun dan losyen tertentu, mesti keadaan makin teruk. Tidur malam aku dah tak lena, asyik menggaru je walaupun mata nak tidur keletihan. Aku tak dapat tumpukan perhatian pada pelajaran. Hidup aku resah gelisah dan sangat derita. Kadang-kadang aku menangis jugak mengenangkan nasib aku. Bila aku mula rasa stress dan down aku mula memberontak tak nak makan ubat. Mengantuk okeh!.. ubat tu buat aku rasa nak tidur. Tapi aku akan kena marah sebab abaikan ubat makan tu. Macamana aku nak belajar kalau macam ni. Oleh sebab tak ada perubahan ubat dari Klinik Pakar tu, aku adukan jugak la kat doktor tu yang kaki aku takde perubahan. Nak tahu tak apa doktor tu cakap? Katanya memang xde ubat pun untuk penyakit aku ni. Memang takkan pulih dah... Katenye ubat yang dia kasi untuk bertahan jelah. Kalau kaki aku nampak macam dah baik, sebenarnya penyakit tu akan datang balik. Doktor tu wak muke seposen bagitahu aku. Bertahan ape nye... menyusahkan betul la berjam-jam tunggu giliran kat hospital, kerja sekolah tang ke mana, ulangkaji tang ke mana tup2 dapat ubat untuk bertahan je. Kalau untuk bertahan kenapa xde perubahan. Lepas doktor tu cakap macam tu aku terus tak pergi sampai bila2...teruk jugak la aku kene marah dengan kedegilan aku ni. Aku jadi degil dan tak nak pakai dan makan ubat. Anggap jelah aku tak sakit. Janji aku tak meninggal disebabkan ekzema ni dah la...kah kah..Sekarang aku dah berumur 28 tahun. Maknanya dah 15 tahun la ekzema ni duk berumah tangga kat kaki aku. Lantaklah weh... Janji suami aku sekarang terima aku seadanya. Sebelum kawen aku awal-awal lagi bagitahu kaki aku sakit. Dia selamba badak je kata ooo ye ke... (untung nasib dapat suami penyayang.) Dia pun rajin belikan ubat-ubat untuk kaki aku ni. Bolehlah bertahan. 

Okey ada perkara pelik yang berlaku masa aku menderita penyakit ni sepanjang aku bergelar student di sebuah IPTA. Setiap kali aku pergi belajar kat Shah Alam, kaki aku secara automatik akan beransur-ansur sembuh. Kenapa ye?. Jika kat kampung aku tak boleh tidur selagi tak sapu pelembap kat kaki. Tapi kat IPTA, aku hampir terlupa yang kaki aku sakit.. aku boleh tidur lena xpayah sapu ubat. Kaki aku pun tak gatal bila duduk kat sana. Aku bebas nak makan apa pun. xde alahan langsung. Aku tak sabar nak balik kampung bagitahu family aku yang kaki aku dah nak sembuh!..Aku nak tunjuk kaki aku yang makin cun semula ni. Tapi sebaliknya berlaku bila aku balik kampung. Kaki aku mula gatal-gatal balik. pecah-pecah merekah dan sepanjang aku bercuti semester, sepanjang cuti tu jugaklah aku terhincut2 dan menahan sakit. Macam-macam yang berlegar kat kepala aku. Air kat kampung kotor ke?. Bukan guna air perigi pun, guna air paip jalan sama jugak macam kat IPTA. Nak kata cuaca, aku bukan duk kat luar negara pun. Nak kata pemakanan, aku lagi la makan main hentam kat IPTA. Udang, sotong pun aku belasah. Kat rumah mak aku tak bagi. Kesian tak kat aku. Seolah-olah terkena sumpahan kampung!.  (ini hanyalah fiksyen rekaan semata2). Bila aku balik semula ke IPTA, kaki aku beransur2 pulih dan aku boleh tidur selesa macam biasa. Pelik kan?.. Tapi xpelah... Walaupun sampai sekarang kaki aku tak nak pulih sekurang2nya hidup aku sekarang dah bahagia. Umur aku dah dewasa, nak ada kaki cantik pun xde peluang dah. Haha...  


Kenapa aku suka cerita Korea

Tajuk tak boleh blah! Hahaha... Tapi apa yang aku nak cerita ni benda yang berlaku kat keliling kita sekarang ni. Kenapa aku suka cerita korea?. Aku yakin ramai gugurl kat luar sana suka sangat dengan cerita Korea kan?. Walaupun aku suka cerita Korea, bukan bermakna aku ni tergedik-gedik minat nak tengok Mat Korea. Takde maknanye aku nak minat Mat Korea. Aku cuma minat penceritaan semata-mata. Depend masing-masing lah, ada yang suka tengok hero semata-mata, ada jugak yang suka tengok heroin dan paling aku tak nafikan (termasuk aku ler) ada jugak yang suka cerita Korea sebab suasana dan pemandangan cerita Korea sangat romantis dan cantik. Aku nak listkan sebab utama aku Fall in Love with Korean Dramas...

1) Jalan penceritaan yang bersahaja dan mempunyai maksud yang sangat mendalam
Setiap kali ada cerita Korea episod baru, aku mesti teruja nak tahu sambungan episod yang seterusnya. Aku paling suka tengok drama yang berunsurkan kekeluargaan yang hidup secara sederhana, lepas tu kebiasaannya cerita Korea akan tunjukkan kasih sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga masing2. Aku bukan nak perlekehkan cerita Melayu, tapi sememangnya aku memang bosan giler dengan penceritaan drama-drama Melayu sekarang ni. Jarang sekali beri unsur-unsur yang positif. Biasanya cuma tunjuk kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan masing2 jer. Asyik2 cerita tentang laki bini yang asyik gaduh. Kejap baik, kejap gaduh pastu baik pulak. Bosan okeh. Sori terimalah kenyataan bahawa drama Melayu tak masuk selera. Lagi satu perasan tak drama Korea ni walaupun dia ada watak utama, tapi diorang akan tumpukan jugak setiap penceritaan watak-watak sampingan yang lain. Jadi kat situ ada banyak konflik, ada banyak cerita berbeza yang biasanya saling berkaitan. Kalau cerita Melayu ni pulak biasanya tunjuk sikit-sikit je kisah watak sampingan tu. Biasanya akan muncul sekali sekala. Cerita pulak agak mendatar dan 'berterus terang'.  Kebanyakan cerita memang dah boleh agak ending dia macamana. Tak ada unsur suspen sangat, Seumur hidup, ada dua drama Melayu yang aku suka tengok. Pertama, Cerita tajuknya Dendam terlerai dan satu lagi cerita Nur Kasih. Aku dah tengok kebanyakan cerita Korea, konflik dan masalah yang diberi untuk melakonkan watak tu sangat hebat. Aku tak nak komen banyak2 nanti orang marah pulak. Haha..  Tapi satu je aku nak puji cerita Melayu, walaupun drama Melayu tak menarik tapi tahniah kebanyakan drama masih ada unsur Kemelayuan dan Islamik (Tak termasuk cerita suami isteri tak sah berpegang pegangan)

2) Heroin yang bersahaja, cool dan comel
Setiap kali aku tengok cerita Korea, aku mesti perasan watak heroin mesti menggambarkan seorang gadis yang bersahaja, cool dan agak comel. Diorang tak perlukan solekan tebal sampai mata jadi hitam biru, gincu merah menyala, rambut beropol-ropol ikal mayang, pipi pulak dah macam kena tampar. Make up diorang simple jer. Mesti ada yang kata "ala.. plastic surgery"... Biarlah plastik surgery pun, bagi aku heroin cerita Melayu pun boleh comel dengan solekan ringkas. Kalau cerita Melayu aku sampai naik menyampah tengok makeup macam dah nak jadi pengantin 30 hari sebulan. Bulu mata tak lekang, nak tidur pun pakai bulu mata.. Wakaka... Paling best bab rambut heroin cerita Korea ni biasanya simple je diorang dandan. Kadang-kadang tu macam tak bersikat pun ada. Bukanlah selekeh tapi simple. Yang paling sentap watak negatif dalam cerita Korea ni lah biasanya yang makeup lebih-lebih, terlebih seksi dan biasanya ada rambut yang lebih cun. Nampak tak kat situ?. Hahaha.... Apa yang paling best tentang watak heroin cerita Korea ni, mereka meletakkan harga diri yang tinggi. Diorang biasanya berwatak lebih agresif dalam mempertahankan diri dan bukan seorang yang mudah menumpahkan air mata.


3) Pemandangan dan Shooting yang menarik
Aku tak nafikan suasana negara Korea memang cantik sangat-sangat. Aku pernah lihat kawan aku upload gambar dia Trip ke Korea. Perghhh memang menawan kalbu betullah. Kat Malaysia memang tak ada salji, tak ada daun Sugar Maple dan tak ade jugak pokok sakura. Tapi bagi aku setiap negara ada keunikan dan kecantikan tersendiri. Salah satu sebab aku suka dengan cerita Nur Kasih sebab pengambaran yang kreatif. Tak lain tak bukan tu pengambaran kat Malaysia. Aku suka dengan pemilihan tempat yang cantik, menampakkan sawah bendang yang menghijau, rumah kampung yang kemas dan bersih. Pergh, aku rasa nak pergi jer tempat tu. Alangkah bagusnya jika drama kat Malaysia boleh pilih tempat shooting yang menarik macam tu. Baru best nak tengok. Ni asyik kat rumah mewah yang ada barang-barang mahal, kolam renang , bosanlah. Tengok ajelah penangan cerita Winter Sonata, pengarah pandai cari lokasi yang cantik bertemakan salji sampai cair hati ramai rakyat Malaysia kat ceria Korea. Seingat aku cerita Winter Sonata la pertama kali singgah kat Malaysia sebelum cerita-cerita Korea yang lain mendarat sama. Jatuh cinta dengan suasana dan pemandangan yang indah macam tu. 


4) Lagu yang best
Yang ni aku tak nafikan kebanyakan lagu Korea memang best-best dan sedap didengar. Aku tak maksudkan lagu Melayu tak best, tapi tak ada identiti dalam drama. Kadang-kadang tu aku tengok drama ni lagu sama, tengok pulak drama ni duk ulang lagu tu jugak, tengok pulak cerita lain, ada jugak lagu tu. Tu maksud aku tak ada identiti. Tapi ada jugak yang ada lagu khas untuk satu-satu cerita je. Tapi kebanyakan memang tak ada identiti lagu. Haha.. Tengok drama Korea, bila ada lagu 'From the beginning until now' kita dah boleh tahu tu dari cerita Winter Sonata, Bila dengar lagu 'Never Say Goodbye' kita pun bayangkan cerita My Girl. Cerita Korea bukan jer kreatif dalam penyusunan cerita tapi jugak penyusunan lagu, pemilihan lagu malah muzik latar pun diorang bukan sembarangan letak. Bila tengok memang ada feel.  

Hahaha... Merapu pulak aku petang-petang ni bab Drama Korea vs Drama Melayu. Bukan nak vs sangat la tapi aku just bagi pendapat aku jer. Ada jugak kot yang lebih suka drama Melayu. Bukan anti, sekadar meluahkan kekurangan. Tanpa kekurangan memang tak ada la perubahan  Aku harap cerita Melayu akan tambahkan lagi kualiti pembikinan ke peringkat yang lebih baik..



Saturday 6 June 2015

Mimpi-mimpi tanda gangguan jin?

Pernah tak korang bermimpi sesuatu yang pelik, contohnya jatuh dari tempat yang tinggi kemudian berdebar-debar, kemudian korang bermimpi pulak dikejar binatang, dikejar hantu dan macam-macam lagi. Aku yakin korang pasti pernah bermimpi kan?. Kalau tak mimpi menakutkan pun, korang mesti mimpi yang indah-indah. Mimpi berkelah tepi tasik ke, mimpi dilamar putera kayangan ke, mimpi wajah jadi cantik berseri ke.. and so on lah. Aku ni memang kerap jugak la mimpi. Setiap kali tidur memang tak sah la aku tak mimpi. Tapi yang aku hairan kebanyakan mimpi aku ni lebih mirip kepada mimpi tanda gangguan. Isyy ye ke aku ada gangguan?. Apesal aku rasa aku okey jer?.. Nak tahu mimpi-mimpi tanda gangguan tu macaman?. Fakta ni bukan aku yang reka tau. Aku pun ambik fakta ni dari Ustaz Sharhan sendiri. (dari internet la, bukan tanya direct, keh keh keh)

Dalam tidur:

  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
  • Mimpi benda-benda tajam.
  • Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
  • Mimpi salib.
  • Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
  • Susah tidur malam.
  • Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
  • Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
  • Mimpi binatang.
  • Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.


Dalam jaga

  • Berdebar tanpa sebab.
  • Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
  • Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
  • Sakit belakang, rasa berat belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mengantuk dalam majlis ilmu.

Ha... nilah antara tanda-tanda orang yang terkena gangguan ni tau. Sebenarnya ada banyak sebab kita akan terkena gangguan. Mungkin akibat sihir, mungkin akibat saka dan juga ada akibat jin asyik. Menakutkan kan kalau dah terkena benda2 macam ni. Tapi ada jugak sebab kelalaian sendiri menyebabkan kita diganggu. Mana tahu kite pernah buang air merata-rata, atau tibe2 duk curah air panas kat mana-mana tempat. Satu lagi, ramai pendapat yang cakap dunia jin dan syaitan ni mengalami masalah setinggan yang amat teruk. Diorang dah xde tempat dah nak tinggal. Sempit sangat. Jadi badan-badan manusia ni memang sangat best diorang nak tinggal. Lebih-lebih lagi kalau tuan yang dia tumpang tu malas nak beramal ibadat. Sebab tu jangan terkejut bila ramai jugak yang tak sedar diitumpangi jin sampai akhir hayat. Aku pernah dengar sorang makcik ni cakap "ala biar jelah bende tu nak duduk kat situ, bukan ada apa2 pun". Tapi tahu tak benda yang menumpang ni akan memakan diri kita suatu hari nanti?. Nampak remeh tapi hakikatnya tak. Bila ada yang menumpang tubuh kita akan terkena tempias. Mula la kita rasa sakit sana sakit sini. Lenguh sana lenguh sini. Lepas tu bila beribadat kita akan rasa mengantuk. Kadang-kadang baru nak angkat takbir dah menguap panjang. Padahal tadi duk layan Ceria Pop Star xde pulak menguap. Kalau kita student, nak belajar pun rasa malas, nak mengaji pun rasa malas. Sama jugak kite sebagai pekerja. Nak pergi kerja bukan main rasa malas, kalau pergi dengar ceramah-ceramah ilmu pun kita akan rasa bosan, mengantuk. Kuat juga penangan yang menumpang ni. Pendek kata boleh menjejaskan rohani dan jasmani kita lah. Korang ada tak tanda-tanda gangguan ni?. Kalau korang rasa 'konpiuss', korang boleh check sendiri di rumah. Tapi pastikan kalau nak cek, pastikan korang tidak keseorangan. Ada caaranya tau, mudah jer, korang dengar surah Ruqyah (dalam youtube pun ada). Dengar guna volume kuat dan pejamkan mata. Jangan ikut bacaan tu samada guna mulut ataupun dalam hati. Kalau korang rasa something wrong tu, memang sah la badan korang ada penghuni. Something wrong macamana?. 

Kalau korang rasa macam ni memang sah le tu
  • Denyutan jantung makin kencang
  • Badan bergetar
  • Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  • Mengantuk/menguap
  • Batuk
  • Gelisah
  • Panas di tengkuk
Oleh sebab aku ada banyak tanda gangguan yang kat atas tu (yang aku buat tulisan kaler merah) jadi aku pun try la dengar. Hanya sekali je aku boleh dengar bacaan ni dengan sepenuh tumpuan. Lepas habis baca tu, tak lama kemudian aku rasa ada rasa semut-semut yang merayap kat pipi aku. Rasa semut-semut yang agak banyak. Aku tepis tapi memang xde apa pun. Aku siap tanya kawan aku ada apa2 ke kat pipi aku?. Aku tak pernah rasa semut-semut macam tu. Tak lama kemudian aku tanya seorang ustaz suruh cek. Ya! Aku memang ada gangguan. Gangguan tu dalam bentuk apa pun aku tak tahu. Katanya memang ada anasir luaran. Oleh sebab ustaz tu cakap gangguan tu tak kuat sangat, jadi aku tak la pergi berubat. Cukup aku tanamkan iman dalam hati dan selalu berdoa semoga dijauhkan dari segala perkara yang tak diingini. Jadi kalau korang kerap mimpi pelik2 mcm tu cepat2 la cek ye. Aku bernasib baik la gangguan tak kuat. Kalau korang ada gangguan kuat macamana?. Jadi apa yang Ustaz Sharhan bagitahu tentang tanda-tanda tu memang betul pun. tak tipu.. Tapi kalau korang mimpi benda2 tu tapi xde gangguan, Alhamdulillah.. mungkin hanya mainan tidur semata2... Wallahuallam...

Aduh... Kenapa aku sakit kepala

Aku masih ingat pada tahun lepas aku diserang sakit kepala misteri. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba je kepala aku rasa pening berpanjangan, pandangan aku berpinar-pinar dan kadang-kadang tu aku rasa letih dan tak bermaya. Kadang-kadang tu aku rasa pandangan aku bergerak-gerak macam nak tumbang. Kalau setakat 2,3 hari tu aku tak hairan. Mungkin aku tak cukup rehat atau tak cukup tido kot. Tapi dah 2,3 bulan tau... jadi aku suspek tekanan darah aku tak stabil. Yelah, masa hamil anak pertama dulu tekanan darah aku kerap jugak rendah. Tapi taklah rendah sangat, setakat 90/60. Rendah ke?... bagi aku biasa je tu.

Mula-mula aku nak ignore je lah mana tahu kot-kot pulih serta merta. Macam-macam dalam kepala aku fikir tentang sakit kepala misteri aku nih. Kot-kot aku pregnant tanpa sedar. Tapi macamana aku boleh pregnant pulak sebab masih dalam perancangan nak tambah lagi. Tapi kalau ada 'tuan' pun apa salahnya kan?. Keh keh keh.. gatal... Aku pun dengan rasa berdebar-debar pergi farmasi beli upt. Dengan perasaan berdebar-debar aku tunggu result upt yang tengah slowly bergerak kat tingkap result. Eh... eh... ceh 1 line je.. kah kah... Aku tak pregnant pun. Aku nak tunggu dulu lah beberapa hari lagi biar kepala aku berhenti pening. Oleh sebab aku ni kerja depan komputer, jadi aku suspek komputer ni pun penyebab kepala aku selalu sakit. Ye ke?. Yelah kot... Pada suatu hari tu aku dengan suami pergi beli barang kat pasar raya. Entah kenapa tiba-tiba pandangan aku rasa berombak dan aku rasa macam nak tumbang. Eh, apasal dengan aku ni?. Masa tu kepala aku still rasa pening. Bukan masa kat pasaraya je, tapi kat rumah pun aku tiba-tiba rasa berpinar. Ahhh tak boleh jadi ni. Aku ada penyakit apa ni?... esok aku decide nak pergi cek dekat klinik. Aku masa ni yakin 99% yang aku sakit kepala sebab tekanan darah tak stabil.

Esoknya aku pergi lah klinik terdekat. Aku cerita la dari A-Z apa yang aku rasa. Doktor perempuan tu mula-mula ingatkan aku pregnant. Tapi masa tu aku baru lepas seminggu datang 'tetamu' jadi memang taklah kan... Lepas tu doktor tu cek tekanan darah aku. Katanya Excellent!!.. Berapa result tu aku tak tanya tapi katanya tekanan darah aku memang ok lah. Pendek kata aku ni memang sihat la. Tiba-tiba dia bangun dan tunjukkan aku sesuatu yang dia tampal kat dinding. satu poster yang ada tulisan-tulisan kat atas tu. Ada tulisan kecik ada tulisan besar. Dia tunjuk tulisan yang agak kecik kat poster tu. "Awak boleh baca tak?" Aku pun perhati jelah tulisan yang dia tunjuk tu. "Erk... tak boleh..". Doktor tu senyum jer, katanya dia boleh baca. Doktor sahkan aku ada rabun silau atau nama saintifik dia 'astigmatisme' dan aku dinasihatkan pergi ke optometris untuk sahkan. Perghh... aku rabun silau rupenye kenapa aku boleh tak tahu. Nasib baik jugaklah aku tak sakit kronik ape-ape. Tapi agak malang bila doktor tu bagi vitamin A berharga RM30.00. Katanya baik untuk mata. Dari aku beli vitamin A yang tak seberapa banyak tu lebih baik aku beli lobak merah RM30.00. Aku pun terus pergi Kat kedai optometris terdekat. Jadi memang betullah aku ada rabun silau. Taklah tinggi sangat. 170 sebelah kanan, 180 sebelah kiri. Hampir cecah 200 jugak lah power dia tu. Patutlah sakit kepala. 

Esoknya aku dan suami pergi ke optometris yang ada doktor mata. Optometris kelmarin xde doktor mata pun. Ada doktor mesin je pun. Hari tu jugak aku dah ada mata empat segi. Macam janggal la pulak pakai spek mata  ni. Dah berpuluh tahun aku hidup di muka bumi tibe-tibe kena pakai spek mata aku rasa janggal. Nasib baik la aku xde rabun jauh. Rabun silau je semata-mata. Doktor cakap rabun silau ni sebenarnya boleh sembuh. Satu lagi katanya, usia macam aku ni kalau ada rabun silau, power dia biasanya dah tak naik. Kalau power aku sekarang ni 170 & 180, power ni akan kekal macam ni lah. Kalau aku masih remaja ada kemungkinan silau tu akan meningkat lagi. Doktor tu pun cakap rabun silau ni boleh turun kalau kita amalkan pemakaian spek ni. Spek ni akan baiki balik titik fokus mata kita. Rabun silau ni walaupun kita anggap biasa tapi boleh undang bahaya jugak. Lebih-lebih lagi waktu malam. Kalau nak drive kita akan rasa semua orang pasang 'lampu tinggi'. Padahal mata kite yang silau. Korang nak tahu tak rabun silau ni apa?. Setahu aku rabun silau ni berlaku bila 2 atau lebih titik fokus berlaku dalam mata (ayat apa aku guna ni?). Jadi korang akan nampak sesuatu objek akan berlapis-lapis. Patutlah aku tengok bulan mengambang malam-malam dah tak cantik macam dulu-dulu. Rupa-rupanya aku ada rabun silau sejak dari sekolah rendah.Sekarang bila aku pakai spek dan tengok bulan, barulah aku nampak bulan tu punyelah comel. Selama ni aku tengok bulan tu berlapis-lapis, Tak nampak bulat. Aku jadi asyik pulak bila dah dapat spek ni. Semuanya dah jadi clear. Tapi bukan mudah nak biasakan pakai spek untuk rabun silau ni. Walaupun mata lebih clear, tapi kepala agak sakit nak terima. Kena paksa diri jugak. Kalau tak paksa diri nanti mata akan lebih sengsara, Kesian mata tau! Jadi aku nak nasihatkan la sape-sape yang ada sakit kepala misteri tu boleh la cek mata kat optometris ye. Tak bayar pun, free jer. Kalau mata korang ok, barulah pergi cek klinik kot2 la bukan disebabkan rabun. Lepas dah dapat spek mata ni, aku baru teringat vitamin A yang aku tertinggal dalam kereta berhari-hari. Cehhhh... dah cair!!kalau vitamin B mesti dah semerbak dalam kereta aku. Cair duit aku 30 hingget... Kahh kahh kahh





Friday 5 June 2015

Permainan yang dulu bukanlah yang sekarang

Pernah tak korang fikir perbezaan budak2 dulu dan budak2 sekarang?. Kalau nak dibezakan memang jauh panggang dari api. Boleh dikatakan budak2 zaman sekarang serba tahu, serba moden dan kadang-kadang terlebih advance dari mak ayah diorang sendiri. Korang lahir tahun berapa puluh an?. Aku ni lahir era 80-an dan jadi kanak-kanak era 90-an. hihi... Boleh dikatakan sekarang ni aku agak tua la. Susah jugak dah jadi tua dewasa ni. Macam-macam nak kena fikir. Kadang-kadang aku rasa nak jadi budak-budak balik. Yelah... Memang best jadi budak-budak ni. Boleh main macam-macam. Tapi kalaulah ada kejaiban berlaku dan sekelip mata aku jadi budak-budak, rasanya takde sape pun budak zaman sekarang yang nak main dengan aku kot.. hahahaha. Ape taknye, ni dunia aku masa zaman kanak-kanak era 90-an dulu...

Permainan 1
Masa aku kecik2 dulu aku lebih suka explore dunia luar. Aku paling suka main dalam semak samun belakang rumah aku. Tak kira la ada ular ke, lipan ke, lebah ke, tebuan ke.. janji xde harimau!. Kalau ada harimau tu bukan lagi semak samun tapi hutan rimba namanya. Walaupun aku ni perempuan tapi mainan aku masa kecik taklah 'girl' sangat. Semak samun tu dah jadi rumah kedua aku. Aku bukan main sorang-sorang. Biasanya aku main dengan kakak dan kawan-kawan, Diorang sporting je, paling best bila kami masing2 buat jerat kononnya. Padahal xbuleh guna pun jerat tu. Kitorang siap buat laluan khas supaya tak sesat dan mudah lalu. Aku dulu selekeh, pakai t-shirt dan seluar trek lusuh. Memang best sangat dapat main dalam semak- samun. Kadang-kadang tu aku dan kawan-kawan jalan-jalan dalam semak tu kutip buah kemunting yang dah masak. letak dalam poket seluar. kadang-kadang tu letak dalam baju. Haha... best sangat2.. sampai sekarang aku kerap mimpi main-main kat situ lagi. Sekarang semak samun tu dah tinggal kenangan. Takde sorang budak pun zaman 2000-an ni yang nak main-main dalam semak. Kalau aku nampak ada akar terjuntai, aku pun kadang-kadang bergayut jadi macam tarzan. Hahahaha.... Satu lagi aku pun suka jugak panjat pokok2 yang rendang. Kalau pokok tinggi sangat aku tak panjat jugak, tak sampai, kaki aku pendek!. Aku memang suka main pokok2 yang terjuntai ni. Aku masih ingat pada satu hari tu aku geram giler tengok pelepah kelapa ni terjuntai . Pokok tu kebetulan tak tinggi sangat jadi pelepah dia aku boleh capai. Aku apa lagi terus capai dan gayut2. Konon boleh jadi macam tarzan la... Tibe2 pelepah tu tertanggal dan terus terjatuh atas belakang aku. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku masa tu kecik lagi, hilang sekejap nafas aku masa tu. Tercungap-cungap. Sakit giler! Rasa macam nak putus jantung. Lepas tu aku dah tak nak main lagi. Nasib baik tak jatuh atas kepala!.. Hahahaa...Sekarang aku dah tak nampak mana-mana budak perempuan kat kampung aku yang main-main dalam semak ni. Dunia hanya di sekolah, rumah pastu jalan-jalan la kat mana-mana tempat untuk luangkan masa. Patutlah muka, badan, betis budak2 sekarang xde parut sangat. Aku boleh dikatakan dalam seminggu tak sah tak ada luka. Dalam sehari pun tak sah kalau tak berpeluh!

Permainan 2
Era 2000-an ni korang ada tak lagi nampak budak-budak perempuan main permainan tradisional zaman dulu-dulu. Rasanya dah tak ade kot?. Sebab aku tak pernah nampak!. Aku ni tak la layan mainan yang lasak jer, mainan untuk perempuan pun aku layan jugak. Masa kecik-kecik dulu aku dengan kawan-kawan suka jugak main permainan tradisional ni. Sape kata tak best! Lebih best dari main candy crush. Kikiki...  Aku paling suka layan mainan lompat2 tu.., ala yang kite lukis petak-petak atas tanah kemudian kite lompat2.. Masing-masing kena lempar batu@penanda masing2 kemudian lompat la ikut rules dia. Best tau, berpeluh-peluh main. Kadang-kadang tu bile takde kawan nak main, aku layan je game tu sorang2. Kitorang panggil nama permainan tu 'game'. Tak tahu la nama standard dia apa.. Selain tu kan aku paling suka main nenek-nenek si bongkok tiga. Macam duduk dalam dunia hitam putih kan?. Aku masih ingat lirik dia. Aku rasa budak-budak zaman sekarang pandai lagi ke main? Setahu aku, aku jarang sekali jadi nenek dalam games ni. Memang best gile la main mainan ni. Seronok main pusing-pusing dan sorang kene tutup mata. Pernah dengar tak main galah panjang?. Yang ni aku suka jugak main. Hihihi.... tapi tak pernah menang okeh! Kesal!. Galah panjang ni bukan main lompat guna galah tau. Nama je galah tapi xde galah pun. Games ni kite lukis atas tanah jugak pastu ada la cara-cara main dia. Kite kena halang orang lintas laluan, kena sentuh baru la diorang terkeluar,  Orang tangan panjang memang best la main game ni. Aku yang tangan pendek asyik kalah jer, stress.. Sebenarnya byk lagi la mainan tradisional yang kitorang main masa kecik-kecik dulu, Aku yakin sangat kalau korang membesar era 90-an, korang pun main benda yang sama kan?...Aku main guli, main baling selipar, main cak kekok kaki ayam dan... macam-macam lagilah!. Tapi yang paling popular kitorang suka main lompat getah. Suka sangat main mainan lompat-lompat ni. Apesal aku tak tinggi haaa... okey tu cerita lain. Lompat getah ni aku tak tahu la budak-budak perempuan zaman sekarang main ke tak lagi. Tapi bukan budak perempuan je main, Aku ingat lagi, ada jugak budak2 lelaki kelas aku yang join main sekali dengan budak-budak perempuan, Hairan jugak aku dulu2 aku boleh lompat tinggi-tinggi. Tahu tak lompat getah ni macamane?. Kite sambung-sambung getah gelang tu bagi panjang pastu boleh la main. Lompat gimnastik pun aku boleh. Ala, yang kepala ke bawah kaki ke atas tu. Sekarang kalau suruh aku lompat memang tak boleh kot. Hahaha... Aku pernah sekali accident masa main getah ni. Ada sekali tu aku pegang tali getah kat telinga. Pastu aku tak sedar getah tu terputus. Pangggg... terus menjunam masuk dalam mata. Apa lagi, seminggu la mata aku merah. Sakit tak boleh nak kate la macamane. Sakit tahu tak??... seumur hidup mata aku dua kali ter'accident' macam ni. Sekali masa main lompat getah ni la, dan sekali lagi.... angkara suami aku sendiri la yang buat masa kitorang darjah 6. Wakakaka... sampai sekarang aku ingat. Nak marah tu xleh nk kate la.. rasa nak tumbuk2 dia keesokan hari. dah la tak mintak maaf. Dia pulak buat muke dont knoww...Ops... dah jadi suami aku pun sekarang... koh koh koh

Permainan 3
Korang rasa budak-budak perempuan zaman sekarang suka main pasir tak?? Aku kalau masih budak-budak zaman sekarang mesti hidup dalam kebosanan.. Hahaha... Nak tahu kenapa?. Sebab pasir pun salah satu mainan kesukaan aku. Korang pernah tak main buat jalan raya guna tanah?. Pastu korang ambik kayu atau ape2 je buat lori  ke, kereta ke, Aku bab main pasir ni memang paling suka lar. Walaupun aku budak perempuan, aku pun suka berkhayal main kereta. tengok la hbis satu padang depan rumah aku toreh dan timbun pasir buat jalan raya mini. Aku ambik reja-reja kayu yang ayah aku tak nak pastu aku buat kereta. Bukan kereta mainan pun. Kayu berbentuk petak semata-mata. Sepetang la aku main pasir, buat bukit sampai hitam tangan. Kah Kah.. Masa umur 8,10 tahun ok lagi kot aku main pasir macam ni. Tapi bile umur kanak-kanak aku dah senja (11, 12 tahun) teruk la aku kene marah di mak aku. Tahan telinga jelah. Yelah, main pasir dah la kotor, hitam pulak tu. Silap haribulan habis berkudis tinggal cop2 mohor. Aku masih ingat mak aku pernah belikan aku ubat bisul kaler biru. ubat tu jugak aku letak kat kudis-kudis. Memang pengotor betul kan aku dulu2?.. Memang tak hairan la muke aku berminyak dan mudah tumbuh jerawat sampai sekarang.( kantoi) dah memang aku tak jaga kecantikan dan keayuan sejak azali. Girl-girl zaman sekarang aku x nampak dah diorang main pasir nih. Selalu aku nampak diorang asyik main selfie dalam facebook jer. Pastu buat ayat-ayat alien yang aku susah nak faham. "Awkz" "aphew" " jlezzz" "nyeww""kewww"aaaauuuuuwwww....
aku nak bagi satu contoh pun dah semput. Pandai diorang ni reka tatabahasa baru. Jangan marah ek adik-adik, gurau jer,  Walaupun aku ni layan kereta-kereta, aku pun layan mainan pondok-pondok jugak. Aku tak main la mainan masak-masak yang dah siap kat kedai tu. Aku cuma main guna tempurung kelapa jer, memang syok giler la main pondok-pondok ni. Biasanya aku main-main masak nasik, masak kek guna pasir debu campur air.( sampai hitam legam) pastu aku kutip2 daun dalam semak samun yang aku rasa agak colorful nak dikacau dalam pasir. Hahaha... lebih ekstrem bile aku masak guna api sebenar. Memang tak hairan la kadang-kadang tu aku melepuh. Kih kih kih... 

Sekarang zaman kanak-kanak aku dah berlalu. Dah jadi remaja senja pun aku. Tak senja dah. Expired dah pun. Dewasa dah.. Seronok jadi kanak-kanak zaman dulu. Tak ada gadget, tak ada astro, yang ada cuma dunia nyata dan tv blur2 guna arial kejap ada kejap xde..  Tu jelah coretan ringkas aku tentang zaman kanak-kanak aku dulu. Sebenarnya banyak lagi la mainan extrem yang aku main tapi ni antara mainan-mainan yang aku suka.  Semoga aku masih gagah nak ajak anak bermain-main di luar suatu hari nanti... insyaAllah...