Thursday 4 June 2015

Awas!!! kawan makan kawan

Awas!!! kawan makan kawan!!!

Pernah tak dalam hidup korang kene tikam dari belakang oleh kawan sendiri. Aku pernah! Hanya orang yang pernah melalui je akan faham macamana rasanya bila kena tikam dari belakang ni. Tapi nak kata kawan tu taklah jugak, cukup rakan sekerja berlainan tempat, berlainan daerah dan tak dikenali. Wakakaka... Aku tak tahu la apa pengalaman korang yang pernah melalui situasi macam aku ni. Panjang ceritanya, aku sendiri pun tak tahu nak mula dari mana.



Bermulanya di tempat kerja

Sakit hati tak bile kawan sekerja 1 bos 1 company tapi berlainan tempat bekerja ni sebenarnya dalam diam-diam suka duk spy kite. Habis bende duk di'spy' nye dengan tujuan menjatuhkan kite!. Nak dijadikan cerita ada la kakak 2 orang ni bersahabat baik. Aku memang dah lama dengar cerita-cerita dari kawan-kawan sekerja yang lebih senior dari aku yang diorang ni agak &*(^%$# sikit. Aku ni jenis tak ambik pot sangat. Entah betul ke, entah tak betul ke sape tahu kan?. Aku selagi diorang tak kacau hidup aku memang aku tak endah je la.. bior je le... Aku pun tak ade hak nak benci diorang yang tak kacau aku kan? Aku nak berkawan dengan semua.. hiksss... (Ni la problem nye.. tak pandai pilih kawan langsung!)

Rasa lain macam 

Memang la mule2 kerja aku rasa ok jer, aku kawan dengan semua. Masa ni aku tak kenal siapa kawan siapa lawan. Yang aku tahu aku rasa semua kawan. Hahaha...Aku anggap macam masih kat universiti @ sekolah. Dulu bile berkawan aku rasa happy jer, Masing2 saling percaya mempercayai! jiwa masih suci!. Cheewah!! tak pernah pulak rasanya masa aku belajar dulu kene tikam macam ni. Nak mati okeh!!!. Sebenarnya aku tak tahu kenapa satu persatu kawan-kawan aku dipulaukan. Kawan-kawan yang selevel dengan aku.. Aku nak namakan kawan-kawan selevel aku ni sbg geng "JUJUR". dan geng yang level satu lagi aku namakan geng "BAJET BOS". Sebab ape aku bagi nama macam tu?.. Sebab dah sememangnye kami kije dgn perasaan jujur dan ikhlasssssss... Tapi geng bajet bos ni semestinya dapat tempat teratas di hati bos-bos sbb power bab bodek, kipas mengipas walaupun aku tahu diorang tu kerja macamana, Ape taknye, lagi setengah jam nak rehat dah boleh duduk kat Mall,, Aku tahu la sbb masa tu bertembung dgn aku yg tgh bercuti hujung minggu. Cuti hujung minggu kitorang tak sama. Aku tak nak ceritalah kawan-kawan geng 'jujur' ni dipulaukan macamane,, yang aku nak kasitahu itulah perangai geng bajet bos yang suka memburukkan orang dan berburuk sangka dengan orang. Bila hati sudah hitam!

Lebih aku rasa lain macam bila  geng-geng jujur ni selalu kena sound dalam email. Entah la macam-macam la duk marah-marah kat kitorang konon-konon nye kami ni 'penyusah' kpd geng bajet bos. Kitorang dah buat kerja masing-masing apa lagi yang tak puas hati?. Bos kitorang pun jenis pilih kasih. Kami ni dilayan macam kucing kurap jer. Buat kerja punya la taat tapi setiap kali mesti dapat taik!. Bos pun memang cap ayam.. sori bos aku terpaksa jujur kat sini cakap bos memang cap ayam. hikssss... Sebab bos cuma tahu mendengar tapi tak mahu melihat dengan mata kasar. Mampu percaya bulat2 dan tak mampu menyelidik. Bos sememangnya tak layak jadi bos. Penindasan kat geng-geng jujur ni berakhir bile satu persatu dah berhenti kerja. Sekarang tinggal aku sorang je yang masih kerja. Diorang kata rasa macam terlepas dari dihempap batu besar!. Aku jelah yang belum bebas. Banyaknya tekanan dan dugaan aku terima. Aku kerja tak layan sape2.. aku buat kerja aku tup2 aku dengar dari mulut seseorang bagitahu ramai betul tak puas hati dengan aku. Aku tersentak jugak. Pehal pulak nak sakit hati dengan aku? Aku ada kacau orang ke?. Aku ada lempang sepak terajang orang ke?..  Ni yang buat aku panasss...  Aku yakin tak lain tak bukan memang geng bajet bos la yang duk buruk-burukkan aku. Banyaknya pahala orang sedekah kat aku weii.. Terima Kasih... Lepas ni korang solat, mengaji la banyak2 pastu dermakan kat aku ye.. Alhamdulillah..pahala free sape tak nak kan?

Pecah lubang

Dipendekkan cerita sebenarnya rentetan dari orang buruk-burukkan aku tu banyak lagi benda orang per'dajjalkan aku kat tempat aku mencari sesuap nasi ni. Sehingga aku dapat last warning letter. Nampak benar nak halau aku kan?. Warning letter ni aku dapat before kawan-kawan aku berhenti. Aku tak mampu nak bercerita sebab apa aku dapat warning letter tu.. sebabnya aku tak tahu APA SALAH AKU?.  Itu persoalan utama yang bos sendiri tak mampu nak jawab!!.. Memang penindasan betul kan?. Aku cuma nak cari makan dgn gaji tak seberapa ni. Nak tumpang rezeki, aku bukan curi duit orang.  Dan aku masih tertanya2 siapa dalang dalam geng bajet bos yang memperdajalkan aku selama ni, Memang dajjal betul perangai. 

Dan... orang yang makan kawan ni jugak akhirnya kena makan dgn kawan sendiri jugak. Salah sorang geng bajet bos ni duk pecah lobang perangai kawan dia. Aku memang kenal la dalang berdua tu.. Kenal sangat-sangat la. Rupenye dia la geng utama yang kawan-kawan geng jujur hari tu benci sangat. Nak dijadikan cerita, diorang ni punye la rajin bekerja sampai rajin benor duk create 1 group rahsia dalam facebook. Dalam  tu penuh print screen status2 aku dan kawan aku. Dajjal2 dalam group tu duk sibuk sedekahkan pahale kat kami... macam2 duk komen. Perghhhhh memang tak sangka la memang tip top tahap 5 bintang la kejahatan korang nih.. tak sangka pulak aku. Selama ni aku tak pernah jumpa lagi kejahatan macam ni.. Terima kasih la kpd geng bajet bos yang duk pecah lubang tu.. Terima kasih sbb join sekali hina aku. Bagi aku orang macam korang ni langsung tak layak jadi kawan dengan orang lain mahupun kawan dengan group korang sendiri. Sama saje...Korang sekarang tak layak bergelar sahabat. Semoga korang insaf la. Syukur ajelah aku ditindas selama ni, sekurang2nya Allah beri kawan-kawan yang baik menggantikan korang yang bagi aku tak ade nilainye bagiku... Insaflah weiii....











No comments: