Sunday 7 June 2015

Kenapa aku suka cerita Korea

Tajuk tak boleh blah! Hahaha... Tapi apa yang aku nak cerita ni benda yang berlaku kat keliling kita sekarang ni. Kenapa aku suka cerita korea?. Aku yakin ramai gugurl kat luar sana suka sangat dengan cerita Korea kan?. Walaupun aku suka cerita Korea, bukan bermakna aku ni tergedik-gedik minat nak tengok Mat Korea. Takde maknanye aku nak minat Mat Korea. Aku cuma minat penceritaan semata-mata. Depend masing-masing lah, ada yang suka tengok hero semata-mata, ada jugak yang suka tengok heroin dan paling aku tak nafikan (termasuk aku ler) ada jugak yang suka cerita Korea sebab suasana dan pemandangan cerita Korea sangat romantis dan cantik. Aku nak listkan sebab utama aku Fall in Love with Korean Dramas...

1) Jalan penceritaan yang bersahaja dan mempunyai maksud yang sangat mendalam
Setiap kali ada cerita Korea episod baru, aku mesti teruja nak tahu sambungan episod yang seterusnya. Aku paling suka tengok drama yang berunsurkan kekeluargaan yang hidup secara sederhana, lepas tu kebiasaannya cerita Korea akan tunjukkan kasih sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga masing2. Aku bukan nak perlekehkan cerita Melayu, tapi sememangnya aku memang bosan giler dengan penceritaan drama-drama Melayu sekarang ni. Jarang sekali beri unsur-unsur yang positif. Biasanya cuma tunjuk kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan masing2 jer. Asyik2 cerita tentang laki bini yang asyik gaduh. Kejap baik, kejap gaduh pastu baik pulak. Bosan okeh. Sori terimalah kenyataan bahawa drama Melayu tak masuk selera. Lagi satu perasan tak drama Korea ni walaupun dia ada watak utama, tapi diorang akan tumpukan jugak setiap penceritaan watak-watak sampingan yang lain. Jadi kat situ ada banyak konflik, ada banyak cerita berbeza yang biasanya saling berkaitan. Kalau cerita Melayu ni pulak biasanya tunjuk sikit-sikit je kisah watak sampingan tu. Biasanya akan muncul sekali sekala. Cerita pulak agak mendatar dan 'berterus terang'.  Kebanyakan cerita memang dah boleh agak ending dia macamana. Tak ada unsur suspen sangat, Seumur hidup, ada dua drama Melayu yang aku suka tengok. Pertama, Cerita tajuknya Dendam terlerai dan satu lagi cerita Nur Kasih. Aku dah tengok kebanyakan cerita Korea, konflik dan masalah yang diberi untuk melakonkan watak tu sangat hebat. Aku tak nak komen banyak2 nanti orang marah pulak. Haha..  Tapi satu je aku nak puji cerita Melayu, walaupun drama Melayu tak menarik tapi tahniah kebanyakan drama masih ada unsur Kemelayuan dan Islamik (Tak termasuk cerita suami isteri tak sah berpegang pegangan)

2) Heroin yang bersahaja, cool dan comel
Setiap kali aku tengok cerita Korea, aku mesti perasan watak heroin mesti menggambarkan seorang gadis yang bersahaja, cool dan agak comel. Diorang tak perlukan solekan tebal sampai mata jadi hitam biru, gincu merah menyala, rambut beropol-ropol ikal mayang, pipi pulak dah macam kena tampar. Make up diorang simple jer. Mesti ada yang kata "ala.. plastic surgery"... Biarlah plastik surgery pun, bagi aku heroin cerita Melayu pun boleh comel dengan solekan ringkas. Kalau cerita Melayu aku sampai naik menyampah tengok makeup macam dah nak jadi pengantin 30 hari sebulan. Bulu mata tak lekang, nak tidur pun pakai bulu mata.. Wakaka... Paling best bab rambut heroin cerita Korea ni biasanya simple je diorang dandan. Kadang-kadang tu macam tak bersikat pun ada. Bukanlah selekeh tapi simple. Yang paling sentap watak negatif dalam cerita Korea ni lah biasanya yang makeup lebih-lebih, terlebih seksi dan biasanya ada rambut yang lebih cun. Nampak tak kat situ?. Hahaha.... Apa yang paling best tentang watak heroin cerita Korea ni, mereka meletakkan harga diri yang tinggi. Diorang biasanya berwatak lebih agresif dalam mempertahankan diri dan bukan seorang yang mudah menumpahkan air mata.


3) Pemandangan dan Shooting yang menarik
Aku tak nafikan suasana negara Korea memang cantik sangat-sangat. Aku pernah lihat kawan aku upload gambar dia Trip ke Korea. Perghhh memang menawan kalbu betullah. Kat Malaysia memang tak ada salji, tak ada daun Sugar Maple dan tak ade jugak pokok sakura. Tapi bagi aku setiap negara ada keunikan dan kecantikan tersendiri. Salah satu sebab aku suka dengan cerita Nur Kasih sebab pengambaran yang kreatif. Tak lain tak bukan tu pengambaran kat Malaysia. Aku suka dengan pemilihan tempat yang cantik, menampakkan sawah bendang yang menghijau, rumah kampung yang kemas dan bersih. Pergh, aku rasa nak pergi jer tempat tu. Alangkah bagusnya jika drama kat Malaysia boleh pilih tempat shooting yang menarik macam tu. Baru best nak tengok. Ni asyik kat rumah mewah yang ada barang-barang mahal, kolam renang , bosanlah. Tengok ajelah penangan cerita Winter Sonata, pengarah pandai cari lokasi yang cantik bertemakan salji sampai cair hati ramai rakyat Malaysia kat ceria Korea. Seingat aku cerita Winter Sonata la pertama kali singgah kat Malaysia sebelum cerita-cerita Korea yang lain mendarat sama. Jatuh cinta dengan suasana dan pemandangan yang indah macam tu. 


4) Lagu yang best
Yang ni aku tak nafikan kebanyakan lagu Korea memang best-best dan sedap didengar. Aku tak maksudkan lagu Melayu tak best, tapi tak ada identiti dalam drama. Kadang-kadang tu aku tengok drama ni lagu sama, tengok pulak drama ni duk ulang lagu tu jugak, tengok pulak cerita lain, ada jugak lagu tu. Tu maksud aku tak ada identiti. Tapi ada jugak yang ada lagu khas untuk satu-satu cerita je. Tapi kebanyakan memang tak ada identiti lagu. Haha.. Tengok drama Korea, bila ada lagu 'From the beginning until now' kita dah boleh tahu tu dari cerita Winter Sonata, Bila dengar lagu 'Never Say Goodbye' kita pun bayangkan cerita My Girl. Cerita Korea bukan jer kreatif dalam penyusunan cerita tapi jugak penyusunan lagu, pemilihan lagu malah muzik latar pun diorang bukan sembarangan letak. Bila tengok memang ada feel.  

Hahaha... Merapu pulak aku petang-petang ni bab Drama Korea vs Drama Melayu. Bukan nak vs sangat la tapi aku just bagi pendapat aku jer. Ada jugak kot yang lebih suka drama Melayu. Bukan anti, sekadar meluahkan kekurangan. Tanpa kekurangan memang tak ada la perubahan  Aku harap cerita Melayu akan tambahkan lagi kualiti pembikinan ke peringkat yang lebih baik..



No comments: